Loading...
Menyempurnakan Perjalanan Anda

Latest Deals

5

5 Sebab untuk Melawat Kawasan Pantai Timur Malaysia & Malaysia Timur

December 31, 2018

Pantai Timur Malaysia serta Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) dikenali sebagai bahagian dalam Malaysia yang diperkaya dengan banyak budaya. Pelbagai pengembaraan hebat boleh diterokai dengan lawatan ke bandar – bandar di jajahan timur dan oleh itu, kami ingin berkongsi beberapa cadangan destinasi untuk anda.

1)  Mendaki gunung yang tertinggi di Malaysia

Gunung yang berada di tangga ke-20 paling tertinggi di dunia terletak di Sabah yang merangkumi ketinggian setinggi 4,095 meter (13,435 kaki) daripada paras laut. Kepelbagaian hidupan yang terdapat di atas gunung tersebut telah mewartakannya sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

2) Berjemur di pantai – pantai

Pulau Redang dan Pulau Perhentian merupakan antara pulau – pulau di Terengganu yang harus dimasukkan ke dalam senarai tempat untuk diterokai di pantai timur Malaysia bagi peminat – peminat angin laut serta cahaya matahari yang terang.

3) Belajar tentang layang – layang atau wau kaum orang Melayu

Antara tradisi dalam budaya kaum orang Melayu merupakan warisan layang – layang atau lebih dikenali sebagai wau yang boleh didapati terutamanya di Kelantan dan sekitar kawasan lain dalam Malaysia.

4) Dapatkan pengalaman gaya hidup suku kaum yang unik

Lawatan ke Kampung Budaya Sarawak akan menyediakan pengalaman yang berilmiah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai gaya hidup serta budaya komuniti pelbagai etnik yang terdapat di pulau Borneo yang indah.

5) Nikmati pelbagai hidangan tradisional

Satu cara menarik untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai budaya sesuatu bangsa adalah melalui makanan – makanannya. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat begitu banyak serta pelbagai variasi makanan di Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan seperti Nasi Kerabu, Ayam Percik, Solok Lada, Kolok Mee, Laksa Sarawak serta Nonsom.

Easybook kini menawarkan diskaun khas sebanyak 15% (kod diskaun: TravelEast) bagi perjalanan ulang alik bas dan feri dari sekitar Pantai Timur Malaysia untuk anda. Apa yang anda tunggu lagi? Tempah tiket anda dengan Easybook sekarang!

Terma & Syarat

  1. Kod diskaun hanya boleh dipakai untuk tiket bas serta feri yang berlepas dari Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan di Malaysia sahaja.
  2. Kod diskaun adalah sah sehingga 30 Jun 2019.
  3. Kod diskaun adalah sah untuk perjalanan bas dan feri bermula sekarang sehingga 30 Jun 2019.
  4. Kod diskaun TravelEast perlu digunakan semasa membuat tempahan, diskaun harga tempahan tidak termasuk semua cukai dan caj yang dikenakan.
  5. Tawaran ini tidak boleh diguna pakai untuk promosi atau bersama kod diskaun lain.
  6. Easybook berhak untuk menghentikan atau meminda tawaran tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
Tempah Sekarang

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.