Loading...

Latest News

Nikmati

Nikmati Ganjaran Hebat melalui Transaksi Tanpa Tunai dengan Easybook Wallet

April 24, 2019


Tempahan tiket perjalanan kini lebih mudah! Nikmati transaksi tanpa wang tunai dengan Easybook Wallet yang baru untuk dapat tiket perjalanan secara mudah hanya melalui beberapa klik dan tekanan. Ciri e-dompet baru kami menawarkan cara yang menyenangkan untuk menempah tiket kereta api, bas serta feri bagi perjalanan di seluruh Asia Tenggara.

Untuk menggunakan e-dompet kami, log masuk ke laman web Easybook dan daftar sebagai ahli. Anda boleh semak baki tunai e-dompet anda serta buat pengeluaran tunai hanya melalui halaman Easybook Wallet. Selain itu, ganjaran bonus tunai sebanyak 5% setahun juga akan diberikan apabila anda menambah nilai e-dompet anda. Untuk menggunakan Easybook Wallet dengan lebih mudah, anda boleh muat turun aplikasi mudah alih kami di iOS dan Android bagi tempahan tiket perjalanan pada hujung jari anda di mana sahaja pada bila – bila masa!

Buat masa ini, Easybook Wallet hanya menyediakan beberapa jenis mata wang termasuk SGD, MYR, Rp, THB, USD, CNY dan MMK. Beli tiket perjalanan dengan mudah melalui ciri baru Easybook Wallet dan alami perkhidmatan menyeluruh yang tiada tandingannya. Layari laman web Easybook hari ini untuk melihat ciri e-dompet baru yang disediakan oleh Easybook dan nikmati pembelian tiket perjalanan dengan mudah hanya di hujung jari anda!

Tambah Nilai Sekarang
* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.