Loading...

Latest News

Baru

Baru di Easybook: Perjalanan Bas yang Murah pada SGD3

November 07, 2019

Ingin menerokai pulau – pulau berdekatan Batam dan Bintan di Indonesia dari Lapangan Terbang Changi Singapura? Anda kini boleh menggunakan perkhidmatan ulang – alik dari Lapangan Terbang Changi serta Terminal Feri Tanah Merah dan mulakan perjalanan dengan mudah! Tiket bagi perkhidmatan ulang – alik boleh didapati melalui tempahan secara atas talian supaya anda boleh bergerak tanpa sebarang kerumitan.

Dilancarkan pada 2017, perkhidmatan ulang alik dari kini disediakan setiap 30 minit dari 6.30am hingga 9pm setiap hari. Tiket ditawarkan pada harga yang berpatutan iaitu $3 bagi setiap perjalanan. Para penumpang boleh menaiki perkhidmatan ulang – alik ini dari Terminal 1 Lapangan Terbang Changi, Terminal 4 Lapangan Terbang Changi dan Terminal Feri Tanah Merah.

Sila tuju ke Terminal 1 untuk mengambil perkhidmatan ulang – alik sekiranya pelepasan penerbangan anda adalah di Terminal 2 atau 3 Lapangan Terbang Changi. Masa perjalanan dari Terminal 1 ke Terminal 2 dan 3 akan mengambil lebih kurang 8 minit dengan berjalan kaki melalui sambungan jambatan atau 6 minit dengan menaiki kereta api laju.

Dapatkan tiket bas ulang – alik anda dan nikmati perjalanan yang mudah pada tambang yang berpatutan. Untuk dapatkan tempat duduk lebih awal, hanya buat tempahan secara atas talian sekarang di Easybook! 

Tempah Sekarang

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.