Loading...

Perkhidmatan Citra Indomas Feri

Oleh kerana Indonesia terletak bersebelahan Malaysia, ianya mudah buat pelancong untuk mengunjungi kedua-dua negara tersebut. Selain daripada mengambil perkhidmatan kapal terbang untuk melawat negara jiran, pengunjung juga boleh mempertimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan feri untuk merasai pengalaman yang berbeza. Jika pelancong merupakan pengunjung kerap dari Johor, Malaysia dan Indonesia, anda boleh menempah tiket feri dengan Citra Indomas Feri. Syarikat pengangkutan terkenal yang berpangkalan di Johor Bahru kini boleh didapati menerusi tempahan dalam talian melalui Easybook. Mari mulakan perjalanan feri dengan Citra Indomas Feri ke Indonesia dari Johor hari ini!

Jadual dan Laluan Citra Indomas Feri

Citra Indomas Feri menyediakan perjalanan feri di Batam, Indonesia dan Stulang Laut di Johor, Malaysia untuk kemudahan pelancong. Terdapat dua perhentian untuk Indonesia iaitu di Batam Centre serta Terminal Feri Tanjung Pinang di Pulau Bintan, manakala Berjaya Waterfront/The Zon Terminal Feri sebagai hentian feri untuk Malaysia.

Di bawah merupakan perjalanan feri yang ditawarkan Citra Indomas Feri apabila anda memilih untuk membuat tempahan tiket feri online melalui Easybook:

Selain daripada perjalanan feri di atas, terdapat pelbagai lagi perjalanan yang tersedia di Easybook. Jadi, semak dengan teliti jadual feri serta harga tiket feri mengikut pelan masa pilihan anda. Ikuti panduan tempahan mudah yang Easybook sediakan untuk pelancong di laman web kami untuk mendapatkan tiket feri anda dengan mudah.

Pastikan pelancong mendaftar masuk awal di kaunter 90 minit sebelum berlepas dengan salinan cetakan tempahan tiket feri online anda. Anda HARUS mencetak “Ringkasan Pesanan” untuk tempahan Citra Indomas Feri.

Di Sekitar Hentian-hentian Feri

Jika pelancong menaiki feri dari Stulang Laut di Johor, anda perlu ke Berjaya Waterfront atau dikenali sebagai Terminal Feri The Zon di Jalan Stulang Laut. Terdapat “Zon Bebas Duti” sesuai untuk singgah membeli-belah. Selain itu, terdapat juga beberapa pilihan restoran dan kafe di sekitar kawasan ini untuk pelancong singgah sementara menunggu feri anda tiba.

Bagi pelancong yang berada di Indonesia, hentian Citra Indomas Feri akan berada sama ada di Tanjung Pinang atau Pusat Pelabuhan Batam. Apabila tiba di Tanjung Pinang yang merupakan pelabuhan buat Sri Bintan Pura, pelancong akan mendapati beberapa agensi kereta sewa untuk memudahkan perjalanan anda ke bandar terdekat. Jika pelancong memandu sedikit jauh, anda akan dapati banyak tempat menarik seperti Lama Boenda dan Bintan Indah Mall yang sibuk.

Dengan itu, Easybook membuat pelan perjalanan pelancong dengan lebih efisien menerusi tempahan tiket feri online melalui sistem tempahan dalam talian kami yang mudah. Pelancong boleh mempertimbangkan untuk membuat tempahan tiket feri bersama operator Citra Indomas Feri untuk perjalanan dari Malaysia ke Indonesia dan sebaliknya. Pelancong juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih Easybook yang disediakan secara percuma untuk membuat penyemakan tiket feri walau dimana anda berada.

Citra Indomas

Johor to Indonesia First Ferry Last Ferry Fare
Stulang Laut (Berjaya Waterfront/The Zon Ferry Terminal) to Batam Center Select Date
Stulang Laut (Berjaya Waterfront/The Zon Ferry Terminal) to Tanjung Pinang Ferry Terminal (Bintan) Select Date
Indonesia to Johor First Ferry Last Ferry Fare
Batam Center to Stulang Laut (Berjaya Waterfront/The Zon Ferry Terminal) Select Date
* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.