Loading...

Feri Konsortium Mesra Duta

Bagi pelancong yang sedang mencari percutian ke pulau yang menarik pada hujung minggu di Semenanjung Malaysia, Pulau Pangkor merupakan salah satu pilih yang terbaik. Pulau ini terletak di Daerah Manjung, negeri Perak di Malaysia dan ia menjadi satu destinasi pelancong yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong luar negara. Terdapat pelbagai hotel yang berpatutan yang menyediakan pemandangan indah menghadap ke pantai dari bilik. Destinasi ini sangat sesuai bagi pelancong yang ingin merasai percutian yang tenang dan menyeronokkan untuk mengelak dari kehidupan bandar yang sibuk. Kini bersama Konsortium Mesra Duta, operator feri ini bersedia membawa penumpang ke Pulau Pangkor dengan hanya menempah tiket feri melalui Easybook.

Perjalanan ke Pulau Pangkor agak mudah dari bandar Lumut di Daerah Manjung. Dari Lumut, anda boleh menaiki feri di Jeti Lumut dan perjalanan feri ini akan menuju terus ke Pulau Pangkor. Konsortium Mesra Duta Sdn Bhd adalah salah satu penyedia perkhidmatan feri terkenal yang berpusat di Perak dan ia menawarkan laluan feri antara Jeti Lumut dan Pulang Pangkor setiap hari. Jadual feri terkini serta harga tiket feri Konsortium Mesra Duta dapat diakses di laman web Easybook untuk semakan segera.

Perjalanan feri Konsortium Mesra Duta satu hala antara Jerti Lumut dan Pulau Pangkor mengambil masa 30 hingga 45 minit dan ia juga bergantung pada keadaan cuaca. Perlu diambil perhatian bahawa feri ini juga biasanya akan berhenti di Jeti SPK di Sungai Pinang Kecil, jadi pastikan anda tidak silap turun di jeti ini. Jeti yang anda perlu turun ialah Jeti Pangkor yang memberi akses ke Pulau Pangkor.

Perkara Menarik Yang Boleh Dilakukan di Pulau Pangkor

Percutian ke Pulau Pangkor menawarkan pelbagai aktiviti air yang menarik untuk para pengunjung. Selain berenang, terdapat banyak aktiviti sukan air lain seperti jet ski, berkayak dan bot pisang.

Pencinta makanan laut pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati makanan laut yang segar di Pulau Pangkor. Terdapat banyak restoran yang menyediakan makanan laut yang dimasak dalam pelbagai cara yang anda boleh dapati di sini seperti ketam dan sotong.

Ikan bilis adalah satu produk yang paling terkenal di Pulau Pangkor. Terdapat banyak produk makanan kering yang dihasilkan di pulau ini. Pengunjung boleh membeli pelbagai produk ikan kering lain serta ikan bilis dalam kuantiti yang banyak di banyak kedai berdekatan kerana kebanyakan kedai menawarkan harga yang sangat berpatutan.

Jika anda ingin hidup seperti penduduk setempat, cara yang paling mudah untuk terokai Pulau Pangkor adalah dengan menaiki motosikal atau basikal. Anda boleh menyewa dengan dari pelbagai kedai yang menawarkan servis penyewaan kenderaan roda dua ini. Dengan menaiki motosikal atau basikal, ia menjadi satu kemudahan yang berguna kerana anda tidak memerlukan banyak ruang tempat letak kenderaan.

Tiket feri Konsortium Mesra Duta kini boleh didapati secara online di Easybook. Anda boleh membuat pembelian tiket feri online dengan hanya mengikuti langkah-langkah yang mudah. Jadual feri Konsortium Mesra Duta dan harga tiket feri boleh dilihat di laman web rasmi Easybook. Anda boleh pilih masa perjalanan feri yang sesuai dengan pelan perjalanan anda. Selepas buat pembayaran, butiran penempahan anda akan dihantar ke e-mel dalam tempoh 24 jam. Pastikan anda mencetak butiran perjalanan feri yang ditempah untuk ditunjukkan kepada pegawai terminal feri yang bertugas di Jeti Lumut, Perak. Anda juga boleh rujuk panduan yang menerangkan cara-cara untuk tempah tiket feri online di Easybook.

Konsortium Mesra Duta Sdn Bhd

Perak to Perak First Ferry Last Ferry Fare
Lumut Jetty to Pangkor Jetty Select Date
Pangkor Jetty to Lumut Jetty Select Date
* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.