Loading...

Servis Feri Riesa Enterprise

Pulau Batam adalah salah satu destinasi yang indah dan popular untuk percutian hujung minggu bagi warga Singapura dan juga rakyat Malaysia. Pulau ini merupakan pulau kecil kepunyaan Indonesia di Laut China Selatan yang terletak bertentangan dengan Singapura. Anda boleh memilih untuk melancong dengan Riesa Enterprise, salah satu penyedia perkhidmatan feri dari Johor ke Batam, Indonesia yang berpusat di Malaysia. Perjalanan antara kedua-dua tempat ini mudah sahaja melalui tempahan dalam talian untuk tiket feri Riesa Enterprise di laman web Easybook.

Jika anda berada di Johor, feri Riesa Enterprise berlepas dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour di Nusajaya dan ia akan membawa anda ke Terminal Pelabuhan Teluk Harbour di Indonesia. Oleh kerana permintaan untuk perjalanan ini sangat memberangsangkan, Riesa Enterprise menjalankan perkhidmatan feri ke laluan ini beberapa kali dalam sehari. Anda boleh menyemak jadual feri di laman web Easybook bersama dengan harga tiket feri untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Riesa Enterprise menyediakan perkhidmatan feri yang moden dan laju berserta dengan kerusi yang selesa, sistem penghawa dingin dan dilengkapi dengan jaket penyelamat. Penumpang boleh duduk dan bersantai sambil menikmati pemandangan laut yang indah dalam perjalanan ke Batam.

Antara lokasi menarik yang harus anda kunjungi ialah salah satu Kuil Maha Vihara Duta Maitreya dan Masjid Raya, juga dikenali sebagai Masjid Besar yang mempunyai struktur gaya piramid. Selain itu, datanglah ke Mega Mall Batam yang mempunyai banyak restoran yang bagus, kedai alat elektronik yang murah dan kafe-kafe yang menarik. Pastikan perjalanan feri anda dengan Riesa Enterprise dari Johor ke Batam berbaloi dan jangan lupa untuk tiba di terminal feri 90 minit sebelum menaiki feri untuk mendaftar masuk dan mencetak tiket feri terlebih dahulu.

Tiket feri Riesa Enterprise kini boleh didapati untuk tempahan dalam talian di Easybook. Anda hanya perlu melihat maklumat feri sedia ada untuk Riesa Enterprise di Easybook dan pilih jadual feri yang paling sesuai untuk pelan percutian anda. Hanya isi butiran penumpang dan terus ke halaman pembayaran tiket feri online, anda akan menerima teks pesanan ringkas mengenai tiket feri anda dalam tempoh 24 jam.

Anda juga boleh menggunakan aplikasi mudah alih Easybook yang boleh didapati di Google Play Store atau Apple Store untuk membeli tiket feri Riesa Enterprise dengan mudah. Jangan lupa untuk mendapatkan tiket pengangkutan ke percutian anda yang seterusnya menerusi perkhidmatan Easybook!

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.