Loading...

Servis Feri Tobindo (Malaysia)

Tobindo (Malaysia) Sdn Bhd adalah salah satu pembekal perkhidmatan feri yang berpusat di bahagian selatan Malaysia yang membolehkan anda melakukan perjalanan dari Terminal Feri Puteri Harbour di Johor ke Terminal Feri Tanjung Balai Karimun di Indonesia. Feri Tobindo juga beroperasi di laluan pulang antara dua terminal feri tersebut setiap hari. Jadual feri kini boleh didapati dalam talian dan anda boleh menyemak jadual Feri Tobindo di Easybook tanpa banyak kerumitan. 

Tiket feri disediakan untuk tempahan dalam talian di Easybook untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Walaupun pembayaran ke atas tiket feri telah dibuat, penumpang perlu menyediakan sejumlah wang tambahan untuk cukai pelabuhan di terminal feri sebelum menaiki kerana ia tidak termasuk bersama harga tiket feri. Semua feri Tobindo Malaysia merupakan bot laju moden yang mempunyai kerusi selesa dan jaket keselamatan untuk tujuan keselamatan. Sistem penyaman udara juga dipasang dalam feri Tobindo Malaysia supaya penumpang boleh duduk dengan nyaman di samping menikmati pemandangan laut sepanjang menuju ke destinasi.

Mengenai pekan Karimun di Tanjung Balai, ia adalah sebuah bandar pelabuhan yang sibuk dengan kegiatan komersial yang menarik minat ramai pelancong dari Singapura dan Malaysia. Ia dianggap sebagai salah satu destinasi percutian yang popular di Asia Tenggara. Anda akan dapat melihat suasana meriah apabila ramai pelancong melawat pulau ini semasa hujung minggu dan musim percutian. Tarikan utama di kawasan pantai ini ialah aktiviti snorkeling dan sukan air yang sesuai untuk seluruh keluarga. Tambahan pula, terdapat beberapa restoran yang menyediakan makanan laut yang segar dan lazat di persisiran pantai.  

Untuk tiba di Pulau Karimun dari Malaysia, anda boleh menaiki perkhidmatan feri Tobindo Malaysia dari Puteri Harbour, Johor ke Tanjung Balai Karimun, Indonesia. Tiket feri online Tobindo Malaysia kini boleh didapati melalui Easybook, iaitu platform tempahan pengangkutan darat dan laut terbesar di Asia Tenggara.

Lihat jadual feri Tobindo Malaysia yang ada dalam talian dah pilih sahaja masa yang sesuai dengan jadual anda. Seterusnya, isi bilangan penumpang, butiran peribadi dan teruskan ke halaman pembayaran. Untuk memudahkan lagi proses tempahan, anda boleh memuat turun aplikasi mudah alih Easybook melalui Google Play Store atau Apple Store dan menempah tiket feri online bila-bila masa yang anda mahukan. Lawati laman web Easybook hari ini dan teruskan membeli tiket feri Tobindo Malaysia ke Pulau Karimun! 

Tobindo (Malaysia) Sdn Bhd

Johor to Indonesia First Ferry Last Ferry Fare
Puteri Harbour Ferry Terminal to Tanjung Balai Karimun Ferry Terminal Select Date
Indonesia to Johor First Ferry Last Ferry Fare
Tanjung Balai Karimun Ferry Terminal to Puteri Harbour Ferry Terminal Select Date
* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.