Loading...

Cuti Umum

Pertabalan Agong 2019

Hari Keputeraan Agong 2019 adalah cuti kebangsaan di Malaysia yang diperuntukkan di tarikh hari kelahiran Yang di-Pertuan Agong dan disambut setiap tahun bagi memberi peluang kepada semua rakyat untuk menghormati hari istimewa baginda. Di Malaysia, Agong juga digelar sebagai Raja.

Tarikh Hari Hari Perayaan Negeri
9 September Isnin Hari Pertabalan Agong Nasional

Fakta Tentang Hari Pertabalan Agong

Cuti yang di-Pertuan Agong adalah hari pelepasan umum yang membolehkan rakyat Malaysia untuk menunjukkan rasa penghargaan mereka terhadap Agong mereka. Setiap tahun, sambutan besar-besaran Hari Pertabalan Agong akan berlansung di Istana Negara yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur. Sambutan Hari Pertabalan Agong dijalankan dengan cara yang lebih formal jika dibandingkan dengan hari-hari perayaan yang lain di negara ini.

Sebagai ketua negara Malaysia, Yang di-Pertuan Agong telah ditugaskan untuk melaksanakan pemerintahanya selama tempoh lima tahun. Diantara tugasan yang perlu digalas oleh Agong adalah untuk memainkan peranan eksekutifnya, perundangan dan kehakiman, serta peranannya dalam tiga cabang Kerajaan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Sambutan Cuti Keputeraan Agong akan bermula di waktu pagi, di mana baginda akan menyampaikan ucapan dari ruang takhta istananya kepada rakyat jelata yang biasanya disiarkan secara langsung melalui siaran televisyen.

Isu-isu serius akan dikemukakan oleh Yang di-Pertuan Agong di dalam ucapannya di Hari Pertabalan Agong, ini termasuklah isu politik negara, cabaran-cabaran global dan isu kebajikan rakyat. Warga Malaysia yang telah mempamerkan nilai keberanian dan bagi mereka yang telah berjaya mengharumkan nama negara dipersada dunia akan dianugerahkan piala dan reben sebagai tanda penghargaan buat mereka di Hari Cuti Agong 2019.

Tradisi Hari Pertabalan Agong

Cuti Pertabalan Agong 2019 bukan hanya disambut bagi menghormati hari kelahiran baginda, malah sambutan ini juga sering disertai dengan pelbagai tradisi bagi menjadikannya lebih bermakna buat semua. Selain daripada sesi ucapan yang disampaikan oleh Agong dari takhtanya yang telah diamalkan sejak bertahun lamanya, ucapan ini akan kemudiannya dikuti oleh satu sesi resepsi minum petang di istana.

Tradisi utama yang dipraktikkan di Hari Pertabalan Agong adalah upacara “Perarakan Berwarna Warni” yang diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Diwarisi dari budaya penduduk British, perarakan ini kebiasaannya disertai oleh tiga cabang utama Angkatan Tentera Malaysia iaitu Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Angkatan Udara Diraja Malaysia.

Sudah menjadi tradisi bagi Yang di-Pertuan Agong, yang juga Panglima tertinggi Angkatan Tentera Malaysia untuk memberikan tabik hormat bersama para komandan dan anggota-anggota pasukan Angkatan Tentera Malaysia di padang dataran pada hari sambutan. Upacara ini juga melambangkan ikrar kesetiaan Angkatan Bersenjata Malaysia kepada yang di-Pertuan Agong sendiri. Majlis sambutan ini akan diadakan setiap tahun pada Hari Pertabalan Agong dan upacara ini boleh disertai oleh setiap pelusuk masyarakat.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.