Loading...

Christmas

Cuti Christmas 2019

Christmas ialah perayaan tahunan yang disambut seluruh dunia pada 25 Disember untuk memperingati hari kelahiran Jesus. Ia telah ditetapkan sebagai cuti umur terakhir di Malaysia.

Tarikh Hari Cuti Negeri
25 Dis Rabu Hari Christmas Semua Negeri

Tentang Hari Christmas

Sambutan Krismas disambut pada setiap akhir tahun oleh orang Kristian di seluruh dunia untuk memperingati hari Jesus dilahirkan. Sempena Hari Christmas, tahun baru juga disambut pada waktu sama yang menyebabkan wujudnya ucapan popular yang sering digunakan oleh ramai iaitu “Merry Christmas and Happy New Year.”

Walaupun mengikut sejarah tiada bukti yang kukuh menyatakan Jesus lahir pada 25 Disember, tarikh tersebut dipilih berdasarkan teori terdahulu apabila Krismas disambut buat pertama kali. Kemudian setelah tarikh Krismas telah ditetapkan pada 25 Disember, sebanyak 160 negara termasuk Malaysia mengumumkan Krismas sebagai cuti umum.

Makanan Christmas

Makanan memainkan peranan penting dalam perayaan Christmas. Hari Christmas biasa diraikan pada malam Christmas atau lebih dikenali sebagai ‘Christmas Eve’, di mana pelbagai makanan dihidangkan untuk keluarga nikmati beramai-ramai. Jenis makanan yang disediakan kebiasaannya berbeza mengikut negara. Antara makanan tradisional Krismas yang biasa disediakan pada perayaan ini ialah daging panggang, kaserol, kentang tumbuk, buah-buahan dan gula-gula.

Tradisi Perayaan Christmas

Terdapat pelbagai cara hari Christmas dirayakan di seluruh dunia. Salah satu tradisi popular ialah menghias rumah dengan lampu, tinsel dan kalungan. Pokok Krismas merupakan elemen yang wajib ada di setiap rumah dan ia akan dihiasi dengan perhiasan pokok Krismas warna-warni untuk memeriahkan lagi kelihatan pokok. Bukan hanya di rumah, sempena Christmas Malaysia, kebayakan kedai dan pusat membeli-belah juga akan mendirikan pokok Krismas untuk menggambarkan kemeriahan perayaan Christmas.

Lain daripada Tahun Baru Cina atau Hari Raya Aidilfitri, pertukaran hadiah merupakan amalan dan tradisi utama pada malam Krismas. Hadiah-hadiah akan diletakkan di bawah pokok Krismas dan akan dibuka dengan penuh kegembiraan pada waktu pagi hari Christmas. Aktiviti nyanyian karol juga akan dipraktikkan di gereja semasa perayaan ini.

Tempat Menarik untuk Lawati sempena Cuti Christmas

Memandangkan bulan Disember merupakan bulan cuti sekolah, ambil peluang ini untuk berjalan dan bercuti bersama keluar ke beberapa destinasi percutian popular di Malaysia. Berikut adalah beberapa cadangan destinasi percutian:

Johor Bahru, Johor

Ibu kota Johor ini menawarkan pelbagai tarikan menarik untuk pelancong melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan sesuai untuk semua peringkat umur. Dari taman hiburan ke tempat-tempat bersejarah, terdapat banyak lokasi yang boleh dilawati di Johor Bahru pada cuti Christmas seperti Legoland, Pantai Desaru, Sanrio Hello Kitty Town dan Galeri Seni Johor.

Genting Highlands, Pahang

Sebagai salah satu tempat percutian popular di Malaysia, Genting Highlands menjadi tarikan utama untuk pelancong yang ingin melarikan diri dari cuaca dan suhu panas. Ia merupakan sebuah stesen di atas bukit sejuk yang terletak hampir 2,000 meter di atas paras laut. Suhu di Genting agak rendah berbanding suhu biasa Malaysia. Perjalanan ke Genting memberi peluang kepada pelancong untuk merasi pengalaman menaiki kereta kabel ke puncak bukit di Resorts World Genting. Tarikan lain yang ada di Genting termasuk Kuil Chin Swee Caves, Butterfly Wonderland Genting dan Strawberry Leisure Farm (ladang strawberi).

Melaka

Melaka merupakan salah satu bandar Malaysia yang masih mengekalkan tapak-tapak bersejarah. Pengunjung akan dapat melihat mercu tanda, bangunan warisan dan tapak unik yang pernah dijajah penjajah terdahulu. Terdapat banyak tempat yang menarik untuk dilawati di Melaka, antaranya ialah A’Famosa Fort, Christ Church, The Stadthuys, St. Paul’s Church, Melaka Sultanate Palace dan Muzium Warisan Baba Nyonya yang member gambaran sempurna tentang bandar Melaka.

Tips Perjalanan Semasa Hari Christmas

Oleh kerana tarikh 2019 Christmas jatuh pada hari Rabu, jalan raya dijangka tidak akan sesak seperti musim perayaan lain. Untuk perjalanan jarak pendek dalam bandar, jalan akan menjadi sedikit sibuk kerana ramai orang akan guna satu hari cuti ini untuk keluar bersiar-siar. Tempoh perjalanan akan terganggu dan jadi lebih lama dari biasa kerana kesesakan lalulintas. Bukan sahaja jalan raya akan sesak, tempat tarikan popular juga akan dipenuhi dengan manusia semasa cuti perayaan Christmas. Anda dinasihatkan untuk mula merancang perjalanan awal.

Tips terbaik ialah menempah tiket terlebih dahulu bagi pelancong yang ingin menggunakan bas atau kereta api sempena cuti Christmas. Rancang perjalanan untuk mengelakkan sebarang kesulitan pada saat akhir. Bagi mereka yang memandu, mulakan perjalanan dan keluar dari rumah awal untuk elak kesesakan di jalan raya. Gunakan aplikasi GPS untuk membantu navigasi perjalanan dan menganggar masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi pilihan.

Tempah Tiket Sempena Cuti Christmas Melalui Easybook

Perancangan percutian Christmas Malaysia anda dapat dilakukan dengan mudah melalui platform dalam talian Easybook. Cuti Christmas juga boleh digunakan untuk pulang ke kampung halaman berjumpa keluarga dan rakan tercinta. Dengan promosi eksklusif ditawarkan hanya di Easybook, tiket pengangkutan boleh dibeli dan ditempah di mana sahaja anda berada.

Layari laman web Easybook atau muat turun aplikasi mudah alih untuk membuat tempahan tiket perjalanan serta penggunaan servis lain seperti kereta sewa, pemindahan penumpang dan pakej tour. Ikuti juga laman media sosial untuk terima berita terkini tentang promosi musim cuti Christmas.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.