Loading...

Cuti Umum

Hari Gawai 2019

Festival Hari Gawai atau juga dikenali sebagai Gawai Dayak adalah satu sambutan yang penting bagi meraikan akhir musim penuaian padi pada bulan Jun dan ianya adalah salah satu perayaan utama yang diraikan di Sarawak.

Tarikh Hari Hari Perayaan Negeri
1 Jun Sabtu Hari Gawai Sarawak
2 Jun Ahad Cuti Hari Gawai Sarawak

Fakta Tentang Hari Gawai

Di Sarawak, penanaman padi masih merupakan sumber pendapatan utama bagi sebahagian besar penduduk yang tinggal di rantau ini. Festival Hari Gawai Malaysia adalah hari penting yang meraikan pengakhiran musim penuaian pada bulan Jun selepas hampir lima bulan menunggu hasil tuaian. Perayaan ini juga menandakan permulaan musim penanaman baru yang biasanya akan bermula pada bulan September. Sambutan ini juga menjadi tanda penghargaan kepada roh-roh yang telah menganugerahkan penuaian yang berlimpah ruah kepada rakyat Dayak, yang juga salah satu daripada kumpulan asli Borneo.

Pesta Hari Gawai menghormati nilai perpaduan dan oleh itu acara ini disambut oleh pelbagai kumpulan etnik dari Sarawak termasuklah masyarakat Bidayuh, Kelabit, Iban serta Murut. Pesta perayaan Hari Gawai bermula pada awal petang tanggal 31 Mei dengan majlis yang digelar sebagai 'Muai Antu Rua'. Ritual ini berlaku sehari sebelum tarikh Hari Gawai tiba untuk membuang sebarang semangat tamak dan takdir yang tidak baik.

Hari Gawai mengekalkan warisan kepelbagaian kaum dengan mengadakan sambutan yang melibatkan pelbagai etnik berbilang bangsa dan agama di Sarawak. Seluruh masyarakat Dayak akan mengambil bahagian dalam perayaan ini pada setiap tahun dan upacara ini melibatkan banyak acara ritual sahih yang disertai dengan persembahan nyanyian, tarian, pesta tradisional serta pelbagai jenis permainan. Perayaan Hari Gawai juga boleh dianggap sebagai upacara keagamaan dan juga sosial di dearah Timur Malaysia.

Makanan Tradisional Hari Gawai

Perkara utama dalam sambutan Hari Gawai adalah sesi mengunjungi ahli keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan di rumah mereka untuk menikmati makanan tradisional yang telah disediakan khas sempena Festival Hari Gawai. Rumah terbuka juga akan diadakan di ketiga-tiga rumah panjang khas (Iban, Bidayuh serta Orang Ulu) dan tetamu akan ditawarkan dengan pelbagai jenis masakan tempatan yang lazat.

Untuk makanan tradisi Hari Gawai di Malaysia, ianya telah menjadi kebiasan bagi masyarakat Dayak untuk minum air istimewa yang dikenali sebagai 'tuak', yang merupakan sejenis wain beras tempatan yang didihkan. Minuman ini diperbuat daripada beras yang dicampur dengan yis buatan sendiri, Minuman ini selalunya akan ditawarkan kepada para tetamu yang melawati rumah-rumah panjang.

Pada malam sebelum tibanya Hari Gawai, mereka yang merayakan perayaan ini biasanya akan memanggang nasi pulut di dalam buluh di atas api terbuka di mana hidangan itu dikenali sebagai 'ngelulun pulut'. Selain itu, ayam yang dihidangkan bersama serai merupakan hidangan tradisi popular lain yang turut dimasak dalam buluh di atas bara api panas bersuhu tinggi.

Hidangan-hidangan manis yang disajikan semasa Pesta cuti Hari Gawai kebanyakannya diperbuat daripada tepung beras dan gula, serta beberapa bahan yang lain yang mudah untuk didapati. Hidangan seperti penganan (kuih dari tepung beras, gula dan santan), cuwan (kek acuan), dan kui sepit (kuih sepit) adalah antara hidangan-hidangan tradisional terkenal yang sering disajikan untuk perayaan Hari Gawai.

Tradisi Hari Gawai

Di dalam rumah panjang, tikar baru akan dibentangkan dan dinding dihiasi dengan sejenis selimut tradisional untuk merayakan sambutan Hari Gawai. Pada hari perayaan, sesi penawaran (juga dikenali sebagai miring) akan berlaku, di mana ketua acara perayaan itu akan mengucapkan terima kasih kepada para dewa di atas hasil tuaian yang baik sambil mengorbankan seekor ayam muda. Pada waktu tengah malam, gong (cakera logam) akan dibunyikan dan masyarakat di Sarawak akan meminum 'tuak' (wain beras) sambil mengucapkan dan mendoakan kebaikan diantara satu sama lain untuk mendapatkan takdir yang baik di masa hadapan.

Bagi cuti Gawai 2019, penduduk Sarawak dan pelancong dari negara-negara lain yang melawat bandar ini akan berlpeluang untuk menyaksikan beberapa amalan kebudayaan yang paling tulen daripada orang Dayak sendiri semasa hari sambutan. Untuk perayaan Hari Gawai di Malaysia, ianya telah menjadi kebiasaaan bagi orang Dayak untuk mengamalkan tarian tradisional mereka yang dikenali sebagai 'ngajat'. Tarian ini dipersembahkan pada hari perayaan oleh penari-penari lelaki dan juga perempuan untuk memeriahkan lagi acara dan menjadikan sambutan Hari Gawai lebih istimewa.

Untuk tarian ini, setiap penari perlu mengenakan pakaian tradisional yang lengkap bersama perhiasan kepala yang unik. Penari lelaki akan memakai pelepah besar sebagai sebahagian daripada perhiasan kepala mereka, beberapa aksesori dan pakaian yang bernama 'cawat'. Penari wanita pula akan memakai perhiasan kepala yang lebih berat dan rumit serta pakaian tradisional yang dipenuhi dengan hasil tenunan yang unik.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.