Loading...

Cuti Umum

Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown 2019

Rakyat Malaysia menggemari musim cuti dan bagi rakyat Pulau Pinang, cuti umum diberikan buat mereka pada setiap tahun di bulan Julai untuk memperingati penamaan bandar Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO sejak tahun 2008.

Tarikh Hari Hari Perayaan Negeri
7 Julai Ahad Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown Pulau Pinang

About Georgetown World Heritage City Day

7 Julai 2019 menandakan tahun ke sebelas sejak bandar George Town dan juga Melaka, dianugerahkan status sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown ditetapkan sebagai tanda penghormatan terhadap tapak- tapak warisan bersejarah dan dalam pada masa yang sama memberi peluang kepada pelancong- pelancong untuk menghargai keunikan bangunan-bagunan terkenal dan landskap menarik yang terdapat di Georgetown.

Anugerah yang diterima oleh bandar Georgetown oleh UNESCO telah berjaya menarik minat lebih ramai pelancong untuk melawati negeri Pulau Pinang. Georgetown menerapkan pengaruh negara Britain dari abad ke-18 di dalam pembinaan bangunan-bangunannya dan bandar ini kaya dengan pemandangan seni bina bandar yang unik. Tidak hairanlah bahawa warisan pelbagai etnik Georgetown dan pengaruh kolonial purba telah menjadikannya salah satu Tapak Warisan Dunia yang menakjubkan di Asia Tenggara.

Tradisi Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown

Dalam merayakan Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown, banyak aktiviti yang bertumpuan kepada peristiwa sejarah dan aktiviti kebudayaan dijalankan di sekitar kawasan bandar. Tema yang berbeza akan dipilih untuk festival yang berpusatkan komuniti ini pada setiap tahun dan acara ini kebiasaanya berlangsung selama beberapa hari.

Sebagai contoh, sambutan tahun lepas membawa tema 'Potensi yang lalu, pada masa sekarang, untuk Masa Depan', di mana sambutan itu terutamanya dijalankan untuk meneroka potensi masa depan berdasarkan pengalaman yang lepas. Perayaan Hari Bandar Warisan Georgetown biasanya melibatkan pelbagai kraf, makanan perayaan, permainan tradisional serta acara sukan untuk membawa keseronokan buat para pelancong tempatan dan juga antarabangsa.

Selain itu, perayaan ini juga melibatkan acara yang dapat menyerlahkan lagi sejarah bandar Georgetown buat pelawatnya. Ramai penduduk tempatan akan menawarkan diri mereka untuk membantu mengiringi para pelancong untuk melawati lokasi-lokasi beribadah utama di Georgetown semasa Hari Bandar Warisan Georgetown. Antara tempat-tempat ibadah yang terkenal di bandar indah Georgetown ialah Gereja St George, Masjid Kapitan Keling, Kuil Dato Koyah dan Kuil Nattukottai Chettiar.

UNESCO World Heritage Sites

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memilih ibu kota negeri Pulau Pinang iaitu bandar Georgetown sebagai Warisan Dunia untuk memelihara tapak-tapak warisan semulajadi yang terdapat di bandar. Ditubuhkan pada tahun 1945, UNESCO telah memilih pelbagai tempat di serata dunia sebagai Tapak Warisan Dunia untuk melindungi kawasan-kawasan tersebut.

UNESCO percaya bahawa ianya penting untuk memastikan agar semua tapak warisan dapat dilindungi buat generasi akan datang. Organisasi ini mengenal pasti, melindungi dan memelihara tapak warisan budaya di seluruh dunia yang memiliki nilai-nilai yang baik kepada negaranya. Dengan mempromosikan warisan dan kepelbagaian budaya, UNESCO dapat menguatkan lagi ikatan di kalangan masyarakat di seluruh dunia.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.