Loading...

Cuti Umum

Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar 2019

Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar adalah cuti umum di negeri Johor yang jatuh pada 5 Oktober setiap tahun. Ia juga dikenali sebagai cuti Hol Almarhum Sultan Iskandar 2019.

Tarikh Hari Cuti Negeri
5 Oct Sabtu Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor

Tentang Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar

Di Johor, Hari Hol adalah acara agama seiring dengan kemangkatan mantan Sultan Johor iaitu Almarhum Sultan Iskandar. Menariknya, peristiwa ini bermula sejak berabad yang lalu sebelum Tanah Melayu mendapat kemerdekaan dari British. Hari Hol yang pertama terjadi pada tahun 1896, setahun selepas kematian Sultan Abu Bakar.

Umat Islam di Johor akan berdoa dan meminta rahmat dari Allah untuk memaafkan dosa-dosa sultan yang sebelum ini dan juga untuk memberkati negeri Johor pada Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar. Perbuatan baik serta sumbangan-sumbangan sultan terhadap kesejahteraan rakyat juga diingati pada hari ini

Tradisi Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar

Untuk Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar 2019, pelbagai doa dan tahlil akan diadakan di kebanyakan masjid di serata negeri Johor. Majlis rasmi memperingati Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar akan diadakan di Makam Diraja di Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sultan Johor akan mendahului upacara dengan menaburkan bunga dan air wangi ke atas makam Sultan Iskandar selepas bacaan doa oleh Mufti negeri Johor. Upacara ini akan diikuti dengan bacaan doa dan tahlil. Individu yang memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah, Ahli Dewan Undangan, Anggota Parlimen, Ketua Jabatan Agama Islam serta gelaran Datuk yang dianugerahkan oleh Kerajaan Johor wajib menghadiri upacara Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.