Loading...

Cuti Umum

Hari Hol Pahang 2019

Hari Hol Pahang adalah cuti umum yang memperingati kemangkatan Sultan Pahang yang keempat. Tarikh Hari Hol Pahang telah ditetapkan dan disambut pada 7 Mei setiap tahun.

Tarikh Hari Cuti Negeri
7 Mei Selasa Hari Hol Pahang Pahang

Tentang Hari Hol Pahang

Diraikan sejak tahun 1974, cuti Hari Hol Pahang 2019 adalah hari di mana seluruh negeri Pahang mengingati kehidupan, pengorbanan dan kemangkatan pemerintah keempatnya, Sultan Abu Bakar, iaitu ayahanda kepada Sultan Ahmad Shah yang kini memerintah.

Almarhum Sultan Abu Bakar sangat disayangi oleh rakyat Pahang kerana baginda telah memainkan peranan yang penting dalam membina semula pembangunan sosial dan politik Pahang di dalam bidang agama dan pendidikan. Baginda berjaya membawa pembaharuan semasa pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.

Tradisi Hari Hol Pahang

Pada Hari Hol Pahang, rakyat Pahang akan menghormati Sultan Abu Bakar dengan mengadakan acara keagamaan seperti bacaan tahlil dan membaca ayat-ayat dari Al-Quran di masjid. Bacaan Al-Quran serta doa dilakukan untuk meminta kemaafan dari Allah ke atas dosa-dosa Sultan Abu Bakar dan memberkati negeri Pahang.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.