Loading...

Cuti Umum

Hari Raya Aidilfitri 2019

Masyarakat Islam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun yang juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa di Malaysia menandakan berakhirnya puasa sepanjang bulan Ramadan.

Tarikh Hari Cuti Negeri
5 Jun Rabu Hari Raya Aidilfitri Semua negeri
6 Jun Khamis Hari Raya Aidilfitri Semua negeri

Mengenai Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Puasa di Malaysia merupakan suatu masa perayaan, kepulangan, pengampunan dan perdamaian. Sambutan hari raya menandakan pengakhiran bulan Ramadan dan dianggap sebagai perayaan kesyukuran kepada Allah yang diraikan bersama keluarga, sahabat serta orang – orang yang dikasihi.

Latar belakang raya Aidilfitri bermula dengan puasa pada bulan Ramadan yang merupakan antara salah satu Rukun Islam. Sepanjang tempoh ini, umat Islam perlu berpuasa selama 30 hari bermula dari Subuh hingga matahari terbenam pada senja. Maksud berpuasa termasuk menahan diri dari makan dan minum serta menjauhkan diri daripada sebarang bentuk kelakuan yang boleh membatalkan puasa menurut Islam.

Setelah berakhirnya bulan Ramadan, hari raya diraikan sebagai tanda kemenangan. Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditentukan mengikut Kalendar Hijrah. Setiap tahun, sambutan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada bulan ke-10 yang dikenali sebagai bulan Syawal dalam Kalendar Hijrah dan tarikh sambutan hari raya adalah berbeza dari tahun ke tahun kerana Kalendar Hijrah merupakan sebuah kalendar lunar.

Makanan sepanjang Hari Raya Aidilfitri

Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan musim yang menawarkan pelbagai pilihan makanan sama seperti sambutan perayaan – perayaan lain.

Hidangan terkenal semasa sambutan hari raya dikenali sebagai Ketupat yang dihidangkan bersama Rendang. Rendang diperbuat daripada campuran santan bersama rempah – rempah Melayu dan boleh menggunakan daging lembu, ayam atau kerang. Hidangan lazat lain yang sering dihidangkan semasa hari raya termasuk Lemang (beras pulut yang dimasak dalam tiub buluh), Serunding dan kari ayam.

Makanan Hari Raya Aidilfitri

  • Ketupat dan Lemang
  • Rendang (daging, ayam, kerang)
  • Kuih Raya (Tart Nenas, Almond London dan Ondeh – Ondeh)
  • Kuih (atau kek) Lapis
  • Lontong
  • Laksa
  • Serunding

Adat Hari Raya Aidilfitri

Solat Hari Raya akan diadakan pada waktu pagi hari pertama Hari Raya Aidilfitri di semua masjid. Pengampunan akan diminta daripada ibu bapa diikuti dengan rutin pemberian duit raya dalam paket kecil seperti Ang Pow yang diberikan pada Tahun Baru Cina. Tiga hari pertama sambutan hari raya akan dikhaskan untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga. Jemputan rumah terbuka kemudiannya akan diadakan untuk rakan – rakan serta jiran – jiran pelbagai kaum juga turut dijemput bagi memeriahkan perayaan yang berlangsung selama 30 hari tersebut.

Menandakan kejayaan atas disiplin diri dalam menghadapi rintangan, sambutan Hari Raya Aidilfitri dinilai sebagai suatu perayaan yang meriah melambangkan keimanan dan pemulihan diri. Sambutan hari raya berpaksikan persahabatan serta perdamaian terutamanya di kalangan ahli keluarga dan rakan – rakan terdekat. Mesej Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin seringkali disampaikan sewaktu perayaan ini sebagai tanda meminta maaf untuk pengampunan.

Orang Melayu akan memakai baju baru yang dikenali sebagai baju Melayu untuk lelaki dan baju Kurung atau Kebaya untuk wanita semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. Lampu minyak tanah kecil atau lebih dikenali sebagai lampu pelita akan dinyalakan di banyak rumah kampung Melayu di mana lampu tersebut biasanya buatan sendiri pada zaman dahulu. Kini, lampu berkelip berwarna – warni digunakan sebagai hiasan alternatif atas perkembangan kontemporari.

Tempat untuk Melawat

Tahun ini, sambutan Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada hari Rabu dan setiap negeri di Malaysia diberikan dua hari cuti umum pada Rabu dan juga Khamis. Oleh kerana Hari Raya Aidilfitri disambut secara meluas di negara ini, ramai yang diramalkan akan mengambil cuti pada hari Jumaat seterusnya untuk menikmati cuti hujung minggu selama lima hari pada tahun 2019. Berikut adalah beberapa destinasi pelancongan yang boleh dipilih untuk nikmati hujung minggu yang panjang ini.

Langkawi, Kedah

Terokai Langkawi dengan menyelam ke dalam lautan luasnya dan nikmati pemandangan indah di sekitar pesisir pantai berpasir. Dikenali secara rasminya sebagai Permata Kedah, keindahan pulau Langkawi dapat dilihat melalui pelbagai jenis air terjun, telaga air panas serta taman – taman hutan rimba di samping menawarkan pelbagai spa, restoran makanan laut dan tempat istirahat di sekitar pantainya yang menakjubkan.

Kota Kinabalu, Sabah

Untuk percutian pulau yang lebih mempesona, berangkat ke Kota Kinabalu (KK) di Sabah. Dikelilingi dengan penduduk tempatan yang mesra, seni dan muzik tempatan yang mekar serta unik, pengembara pasti akan menikmati percutian di pulau ini disertakan dengan spektrum kulinari dari makanan jalanan hingga ke hidangan – hidangan eksklusif.

Klebang, Melaka

Menawarkan pelbagai tarikan yang indah, Klebang mempunyai bukit – bukit pasir putihnya yang unik akibat aktiviti penambakan tanah beberapa dekad yang lalu. Selain daripada bukit – bukit pasir, Klebang juga terkenal dengan pantainya serta pelbagai trak makanan dan air kelapa yang menyelerakan.

Cameron Highlands, Pahang

Cameron Highlands yang terletak di Pahang merupakan antara destinasi pelancongan yang paling popular semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri. Sila maklumkan bahawa kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands boleh mengambil masa yang lama sepanjang musim perayaan kerana populariti lokasi tersebut. Tanah tinggi ini menawarkan koleksi pemandangan bandar yang damai serta landskap yang indah dan iklim cuaca yang sejuk untuk melarikan diri daripada cuaca panas negara Malaysia.

Kuala Lumpur

Perjalanan sepanjang musim perayaan sambutan Hari Raya Aidilfitri selalunya bermaksud terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk. Menuju ke ibu kota Kuala Lumpur boleh dijadikan sebagai satu alternatif untuk mengelakkan kesesakan tersebut. Keadaan di ibu kota seringkali sunyi semasa musim perayaan ini kerana semua orang telah kembali ke kampung halaman masing – masing. Percutian ke Kuala Lumpur sepanjang Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2019 akan menjadi lebih menyeronokkan untuk melihat pelbagai tarikan termasuk mercu tanda yang terkenal ditawarkan di ibu negara seperti Menara Berkembar Petronas dan Bukit Bintang.

Tip Balik Kampung

Pada setiap sambutan Hari Raya Aidilfitri, trafik yang begitu sesak serta kelewatan perjalanan adalah perkara biasa kerana beribu – ribu orang sekali gus memulakan perjalanan balik kampung untuk perayaan tersebut. Trafik yang tidak bergerak akan mengambil masa selama beberapa jam dan semua hab pengangkutan utama termasuk lapangan terbang, stesen kereta api, perkhidmatan feri serta terminal bas akan menjadi sesak.

Semua orang dinasihatkan untuk merancang setiap perjalanan dan pastikan tiket perjalanan telah ditempah terlebih dahulu untuk mengelakkan situasi kehabisan tiket. Tonton siaran TV atau dengar di stesen radio untuk aliran trafik semasa bagi perjalanan yang mudah. Untuk perjalanan yang menyenangkan, sila bawa bantal leher atau selimut yang selesa kerana kelewatan perjalanan semasa musim perayaan boleh mengambil masa sehingga beberapa jam. Untuk perjalanan dengan bas, kereta api, kapal terbang dan pengangkutan awam yang lain, pastikan ruang untuk keperluan ini disediakan untuk perjalanan jarak jauh yang selesa.

Tempah Tiket Balik Kampung Murah dengan Easybook

Layari Easybook hari ini untuk membeli tiket perjalanan dengan mudah. Pastikan tiket perjalanan ditempah lebih awal semasa musim perayaan untuk mengelakkan sebarang kekecewaan. Lihat pelbagai promosi Hari Raya Aidilfitri yang menakjubkan di Easybook dengan melawat laman web dan laman media sosial untuk ganjaran terkini atau muat turun aplikasi mudah alih Easybook untuk menempah tiket di mana – mana saja pada bila – bila masa!

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.