Hari kelepasan am di Johor secara umumnya sama seperti negeri Malaysia yang lain. Walau bagaimanapun, ia mempunyai tiga cuti tambahan iaitu Hari Keputeraan Sultan Johor, Awal Ramadan (hari pertama bulan puasa dalam kalendar Islam) dan Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar.
Kerajaan mengisytiharkan bahawa 23 Mac akan menjadi cuti umum tahunan, menggantikan tarikh sebelumnya iaitu 22 November yang pada mulanya telah diraikan sebagai Hari Keputeraan Sultan Johor. Perubahan ini dilakukan sempena penobatan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang merupakan Sultan Johor yang kelima dalam sejarah moden Johor. Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar merupakan hari kemangkatan mantan sultan Johor yang telah diisytiharkan sebagai hari cuti umum.
Tarikh cuti umum negeri Johor untuk tahun 2019 yang dinyatakan dalam jadual di bawah mungkin akan ada pengubahsuaian jika ada sebarang pengumuman rasmi dikeluarkan mengenai cuti umum Johor.
Tarikh | Hari | Cuti |
---|---|---|
21 Jan | Isnin | Hari Thaipusam |
5 Feb | Selasa | Tahun Baru Cina |
6 Feb | Rabu | Tahun Baru Cina Hari Kedua |
23 Mac | Sabtu | Hari Keputeraan Sultan Johor |
1 Mei | Rabu | Hari Pekerja |
6 Mei | Isnin | Awal Ramadan |
19 Mei | Ahad | Hari Wesak |
5 Jun | Rabu | Hari Raya Aidilfitri |
6 Jun | Khamis | Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua |
11 Ogos | Ahad | Hari Raya Haji |
12 Ogos | Isnin | Hari Raya Haji Hari Kedua |
31 Ogos | Sabtu | Hari Merdeka |
1 Sep | Ahad | Awal Muharram |
1 Sep | Ahad | Cuti Hari Merdeka |
9 Sep | Isnin | Hari Keputeraan YDP Agong |
16 Sep | Isnin | Hari Malaysia |
5 Okt | Sabtu | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar |
27 Okt | Ahad | Hari Deepavali |
9 Nov | Sabtu | Maulidur Rasul |
25 Dis | Rabu | Hari Krismas |
Warga Johor kini boleh mula merancang percutian dengan merujuk pada tarikh-tarikh cuti 2019 Johor rasmi yang telah diumumkan. Sama ada untuk perjalanan jarak pendek dan jauh, Easybook bersedia untuk membantu pelancong dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Tiket perjalanan bas, kereta api dan feri boleh dibeli dengan hanya beberapa klik melalui sistem tempahan dalam talian. Bukan itu sahaja, Easybook juga menyediakan servis lain seperti kereta sewa, pemindahan penumpang serta pakej tour.
Terdapat banyak laluan perjalanan yang boleh dipilih dan rancangan percutian anda boleh dibuat tanpa sebarang kerumitan hanya di Easybook. Perjalanan antara daerah di Johor juga ditawarkan kerana terdapat pelbagai laluan bas yang ada tersedia. Rancang hari cuti yang menyeronokkan sempena cuti Johor 2019 melalui Easybook hari ini dan ikuti laman media sosial Easybook untuk ketahui promosi istimewa cuti yang terkini.