Seperti negeri lain di Malaysia, cuti umum di Kuala Lumpur (KL) dijadualkan pada tarikh yang sama setiap tahun. Walau bagaimanapun, ia mempunyai tarikh lain yang diisytiharkan sebagai cuti umum iaitu Hari Wilayah Persekutuan. Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada setiap 1 Februari yang disambut untuk memperingati peristiwa ketika Kuala Lumpur dijadikan sebahagian daripada wilayah persekutuan Malaysia. Hari kelepasan awam ini juga diisytiharkan cuti di dua wilayah persekutuan lain di Malaysia iaitu Labuan dan Putrajaya.
Tarikh cuti Kuala Lumpur 2019 yang disenaraikan di bawah mungkin akan diubah suai jika terdapat sebarang pengumuman rasmi yang terlibat dengan cuti umum di Kuala Lumpur.
Tarikh | Hari | Cuti |
---|---|---|
1 Jan | Selasa | Tahun Baru |
21 Jan | Isnin | Hari Thaipusam |
1 Feb | Jumaat | Hari Wilayah Persekutuan |
5 Feb | Selasa | Tahun Baru Cina |
6 Feb | Rabu | Tahun Baru Cina Hari Kedua |
1 Mei | Rabu | Hari Pekerja |
19 Mei | Ahad | Hari Wesak |
20 Mei | Isnin | Cuti Hari Wesak |
22 Mei | Rabu | Hari Nuzul Quran |
5 Jun | Rabu | Hari Raya Aidilfitri |
6 Jun | Khamis | Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua |
11 Ogos | Ahad | Hari Raya Haji |
12 Ogos | Isnin | Hari Raya Haji Hari Kedua |
31 Ogos | Sabtu | Hari Merdeka |
1 Sep | Ahad | Awal Muharram |
2 Sep | Isnin | Cuti Awal Muharram |
9 Sep | Isnin | Hari Keputeraan YDP Agong |
16 Sep | Isnin | Hari Malaysia |
27 Okt | Ahad | Hari Deepavali |
28 Okt | Isnin | Hari Cuti Deepavali |
9 Nov | Sabtu | Maulidur Rasul |
25 Dis | Rabu | Hari Krismas |
Perancangan percutian ke mana-mana destinasi kini mudah dilakukan dengan Easybook. Dengan platform tempahan dalam talian, pelancong dari Kuala Lumpur boleh mula rancang percutian mereka melalui laman web atau aplikasi mudah alih Easybook. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Easybook termasuk tempahan tiket perjalanan, sewa kereta, servis pemindahan penumpang serta pakej tour.
Terdapat banyak laluan merentasi Malaysia dari Kuala Lumpur yang boleh didapati di Easybook. Bukan hanya itu, pembelian tiket juga dapat dilakukan dengan cepat. Antara laluan perjalanan ke destinasi popular ialah Johor Bahru, Cameron Highlands dan Langkawi. Pelancong boleh menggunakan cuti 2019 Kuala Lumpur untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan. Layari laman web Easybook dan ikuti halaman media sosial untuk mengetahui berita lebih lanjut dan promosi yang akan ditawarkan!