Loading...

Cuti Panjang Hujung Minggu

Cuti Panjang Hujung Minggu di Malaysia

Sebagai sebuah negara multikultural yang terdiri dari berbilang kaum, Malaysia mempunyai pelbagai jenis perayaan yang telah diisytiharkan sebagai cuti umum rasmi. Dalam kalendar tahunan, pasti akan ada senarai cuti panjang yang jatuh pada hari sebelum atau selepas hujung minggu (Sabtu dan Ahad), menjadikan cuti itu sebagai hujung minggu yang panjang. Hujung minggu panjang biasanya berlangsung sekurang-kurangnya selama 3 hari apabila cuti umum jatuh pada hari Jumaat atau Isnin di negeri-negeri di Malaysia.

Walau bagaimanapun, jika cuti umum dijadualkan pada hari Selasa atau Khamis, sesetengah orang yang bekerja akan mengambil cuti pada hari Isnin atau Jumaat untuk menjadikan cuti mereka kepada 4 hari. Hujung minggu panjang juga dianggap sebagai peluang untuk bebaskan diri daripada bekerja untuk pergi bercuti. Tetapi tidak semua negeri akan terkesan dengan cuti panjang ini, kerana negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu menggunakan sistem hari bekerja lain di mana hujung minggu untuk negeri-negeri tersebut dijadualkan pada hari Jumaat dan Sabtu.

Tempah Tiket dengan Mudah melalui Easybook

Cuti panjang hujung minggu menjadi waktu terbaik untuk merancang perjalanan percutian ke mana-mana destinasi di Malaysia. Perancangan percutian boleh di buat dengan senang melalui Easybook. Dengan banyak laluan popular yang ditawarkan, pelancong boleh menempah tiket pengangkutan ke destinasi yang hendak dituju. Selain daripada tiket perjalanan, anda juga boleh guna servis pakej tour dan kereta sewa melalui platform tempahan dalam talian ini.

Anda perlu melengkapkan beberapa langkah mudah dalam proses pembelian tiket secara online dengan hanya mengisi maklumat perjalanan anda di laman web Easybook tanpa sebarang kesulitan. Rasai cuti panjang pada hujung minggu dan mulakan perancangan perjalanan anda bersama Easybook hari ini!

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.