Loading...
× New User 41% off use code NEW2021 T&C apply , Existing User 28% off use code EB2021 for bus tickets. T&C apply

2019

Cuti Panjang 2019

Mengambil cuti dari bekerja telah menjadi suatu momen rileks yang amat dinantikan oleh para pekerja. Kebanyakan pekerja akan cuba menggunakan cuti tahunan mereka dengan baik, jadi ini menjadikan cuti panjang hujung minggu menjadi tarikh-tarikh penting untuk diambil perhatian ramai. Hujung minggu panjang merupakan tempoh bercuti yang merangkumi sekurang-kurangnya satu hari lebih selepas atau sebelum hujung minggu. Ia menjadikan hujung minggu dipanjangkan lebih daripada dua hari.

Memandangkan tahun 2018 akan menutup tirai tidak lama lagi, ramai rakyat Malaysia pasti ingin tahu senarai cuti panjang 2019. Jangan bimbang kerana cuti untuk tahun 2019 telah dikeluarkan dengan beberapa cuti panjang tersenarai di dalam kalendar. Anda boleh bersiap sedia untuk tanda kalendar sempena cuti untuk tahun 2019 di Malaysia!

Senarai Cuti Panjang 2019

Tarikh Hari Cuti Cuti Panjang Negeri
21 Jan Isnin Hari Thaipusam Sabtu-Isnin
(19-21 Jan)
Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Penang, Perak, Putrajaya dan Selangor
19-20 Mei Ahad & *Isnin Hari Wesak Sabtu-Isnin
(18-20 Mei)
Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
11-12 Ogos Ahad & *Isnin Hari Raya Haji Sabtu-Isnin
(10-12 Ogos)
Semua Negeri
9 Sep Isnin Hari Keputeraan YDP Agong Sabtu-Isnin
(7-9 Sep)
Semua Negeri
16 Sep Isnin Hari Malaysia Sabtu-Isnin
(14-16 Sep)
Semua Negeri

* Hari cuti umum yang jatuh pada hari Ahad dibawa ke hari Isnin untuk semua negeri kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Hari bekerja di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada hari Ahad hingga Khamis, menjadikan Jumaat dan Sabtu sebagai hari hujung minggu di 4 negeri itu. Cuti panjang 2019 hujung minggu yang tersenarai di atas tidak terlibat untuk negeri-negeri tersebut.

Cadangan Hari Cuti untuk Cuti Panjang 2019

Terdapat beberapa hari cuti umum di mana rakyat Malaysia boleh ambil cuti satu atau dua hari untuk memanjangkan tempoh cuti hujung minggu dan menjadikan ia satu hujung minggu yang panjang. Cadangan hari cuti boleh dilihat di bawah:

Tarikh Cuti Negeri Hari Cuti Tempoh Cuti
5 Feb (Selasa)
6 Feb (Rabu)
Tahun Baru Cina Semua Negeri 4 Feb (Isnin) 5 hari
2-6 Feb (Sabtu-Rabu)
1 Mei (Rabu) Hari Pekerja Semua Negeri 2-3 Mei (Khamis-Jumaat) 5 hari
1-5 Feb (Rabu-Ahad)
5 Jun (Rabu)
6 Jun (Khamis)
Hari Raya Aidilfitri Semua Negeri 7 Jun (Jumaat) 5 hari
5-9 Jun (Rabu-Ahad)
12 Ogos (Isnin) Hari Raya Haji Semua Negeri 9 Ogos (Jumaat) 4 Hari
9-12 Ogos (Jumaat-Isnin)
2 Sep (Isnin) Awal Muharram Semua Negeri 30 Ogos (Jumaat) 4 Hari
30 Ogos - 2 Sep (Jumaat-Isnin)
25 Dis (Rabu) Hari Krismas Semua Negeri 26-27 Dis (Khamis-Jumaat) 5 Hari
25-29 Dis (Rabu-Ahad)

Tempah Tiket dengan Mudah melalui Easybook

Dengan platform tempahan tiket online yang disediakan di Easybook, pelancong boleh beli tiket perjalanan ke mana-mana destinasi percutian di Malaysia. Tiket bas, kereta api dan feri untuk pelbagai laluan boleh ditempah dengan hanya beberapa klik sahaja. Selain daripada pembelian tiket, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan kereta sewa, kereta sewa dan servis pemindahan penumpang dengan Easybook.

Gunakan cuti panjang Malaysia 2019 untuk merancang perjalanan percutian lebih awal. Pelancong dinasihatkan untuk tidak buat perancangan pada saat akhir supaya sebarang kesulitan dapat dielakkan. Kebiasaannya Easybook akan menawarkan promosi dan diskaun sempena musim cuti. Jadi untuk ketahui berita lebih lanjut mengenai promosi tersebut, anda boleh ikuti laman media sosial Easybook untuk nantikan berita secara langsung.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.