Loading...
× New User 41% off use code NEW2021 T&C apply , Existing User 28% off use code EB2021 for bus tickets. T&C apply

2020

Cuti Panjang 2020

Cuti umum merupakan hari yang sering dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia kerana ia menjadi masa yang sesuai untuk rehat dari kerja dan pergi bercuti bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Di kalendar tahunan Malaysia, pasti akan ada cuti umum yang jatuh pada hari sebelum atau selepas hujung minggu yang menjadikan cuti tersebut sebagai hujung minggu panjang. Untuk cuti ini hujung minggu biasanya akan dipanjangkan selama tiga hari atau lebih, memberi peluang untuk orang ramai rancang percutian dengan senang.

Gunakan peluang untuk mula tanda tarikh pilihan di kalendar anda kerana terdapat 6 cuti panjang yang dijangka akan berlaku pada tahun 2020. Tarikh cuti panjang Malaysia 2020 kini telah dikeluarkan dan ini membolehkan pelancong Malaysia merancang percutian lebih awal.

Senarai Cuti Panjang 2020

Tarikh Hari Cuti Cuti Panjang Negeri
25-27 Jan Sabtu, Ahad & *Isnin Tahun Baru Cina Sabtu-Isnin
(25-27 Jan)
Semua Negeri
1 Mei Jumaat Hari Pekerja Jumaat-Ahad
(1-3 Mei)
Semua Negeri
24-26 Mei Ahad, *Isnin, Selasa Hari Raya Aidilfitri Sabtu-Selasa
(23-26 Mei)
Semua Negeri
31 Jul Jumaat Hari Raya Haji Jumaat-Ahad
(31 Jul-2 Ogos)
Semua Negeri
31 Ogos Isnin Hari Merdeka Sabtu-Isnin
(29-31 Ogos)
Semua Negeri
25 Dis Jumaat Hari Krismas Jumaat-Ahad
(23-25 Dis)
Semua Negeri

* Hari cuti umum yang jatuh pada hari Ahad dibawa ke hari Isnin untuk semua negeri kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Hari bekerja di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada hari Ahad hingga Khamis, menjadikan Jumaat dan Sabtu sebagai hari hujung minggu di 4 negeri itu. Cuti panjang 2020 hujung minggu yang tersenarai di atas tidak terlibat untuk negeri-negeri tersebut.

Cadangan Hari Cuti untuk Cuti Panjang 2020

Selain daripada senarai cuti panjang 2020 yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa cuti umum lain pada tahun 2020 yang membolehkan rakyat Malaysia ambil satu atau dua hari cuti untuk panjangkan jumlah hari cuti hujung minggu. Cadangan hari cuti boleh dilihat seperti berikut:

Tarikh Hari Negeri Hari Cuti Tempoh Cuti
7 Mei (Khamis) Hari Wesak Semua Negeri 4 Mei (Jumaat) 4 Hari
7-10 Mei (Khamis-Ahad)
9 Sep (Rabu) Hari Keputeraan YDP Agong Semua Negeri 10-11 Sep (Khamis-Jumaat) 5 Hari
9-13 Sep (Rabu-Ahad)
16 Sep (Rabu) Hari Malaysia Semua Negeri 17-18 Sep (Khamis-Jumaat) 5 Hari
16-20 Sep (Rabu-Ahad)
29 Okt (Khamis) Maulidur Rasul Semua Negeri 30 Okt (Jumaat) 4 Hari
29 Okt-1 Nov (Khamis-Ahad)

Tempah Tiket dengan Mudah melalui Easybook

Perancangan percutian untuk cuti panjang Malaysia 2020 kini boleh dilakukan dengan mudah melalui sistem tempahan dalam talian Easybook. Pelancong akan ditawarkan dengan pelbagai jenis perkhidmatan online seperti tempahan tiket bas, kereta api dan feri serta kereta sewa, pakej tour dan servis pemindahan penumpang.

Dengan 6 cuti panjang yang dijadualkan dalam kalendar 2020, warga Malaysia boleh mula merancang percutian masing-masing dalam masa terdekat. Easybook juga menawarkan promosi istimewa sempena musim cuti. Jadi untuk ketahui maklumat lebih lanjut secara langsung, anda boleh ikuti laman media sosial Easybook untuk dapatkan berita mengenai diskaun dan promosi dengan cepat!

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.