Hari Tahun Baru adalah hari cuti umum pada 1 Januari 2019 di semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Semua sekolah dan kebanyakan perniagaan akan ditutup pada Hari Tahun Baru.
Tarikh | Hari | Hari Perayaan | Negeri |
---|---|---|---|
1 Jan | Selasa | Tahun Baru | Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu |
Menurut kalendar Gregorian, Hari Tahun Baru menandakan permulaan tahun baru. Walaupun sejarah menunjukkan penandaan tahun baru bermula sejak zaman purba, ia dianggap sebagai amalan yang agak moden.
Namun begitu, tidak semua budaya mengikuti kalendar Gregorian. Sebagai contoh, tarikh Hari Tahun Baru kalendar Hindu, Cina dan Islam tidak sama dengan kalendar Gregorian. Ini adalah kerana kebanyakan budaya mengikuti sistem kalendar bulan yang berbeza dengan sistem kalendar solar kalendar Gregorian. Walau bagaimanapun, semua budaya mempunyai perayaan yang unik untuk menyambut Tahun Baru.
Terdapat pelbagai sambutan Hari Tahun Baru di seluruh dunia tetapi apa yang tetap sama antara Malaysia dan negara-negara lain adalah menyambut Hari Tahun Baru dengan persembahan bunga api.
Untuk mengalu-alukan tahun baru 2019, akan ada acara seperti konsert dan persembahan dari selebriti terkemuka tanahair yang biasanya diadakan di tempat-tempat utama seperti Putrajaya dan Taman KLCC. Kemuncak malam tahun baru 2019 adalah apabila jam menunjukkan tepat pulul 12 malam, sorakan "Selamat Tahun Baru" dari orang ramai bergema diikuti dengan persembahan bunga api yang mempesonakan.
Negeri-negeri lain di Malaysia turut mengadakan sambutan tahun baru 2019 yang tersendiri berserta dengan pertunjukan bunga api. Selain itu, kebanyakan rakyat Malaysia akan keluar membeli-belah, berpesta atau meluangkan masa bersama dengan keluarga dan rakan-rakan pada malam tahun baru 2019.
Trafik akan menjadi sesak semasa musim perayaan seperti semasa Hari Tahun Baru kerana kebanyakan rakyat Malaysia akan menuju ke kampung halaman masing-masing untuk bersama dengan keluarga. Musim perayaan juga adalah ketika kebanyakan rakyat Malaysia keluar untuk bercuti beramai-ramai. Oleh itu, pengguna jalan raya harus menjangkakan keadaan trafik yang sesak terutama ketika cuaca buruk, serta kemalangan atau kerosakan kenderaan.
Sekiranya anda menggunakan pengangkutan awam, elakkan menghadapi kesesakan trafik pada Hari Tahun Baru dengan merancang perjalanan terlebih dahulu. Tetapkan tarikh perjalanan beberapa hari sebelum tarikh cuti rasmi dan beli tiket awal. Untuk perjalanan jarak jauh, pakai pakaian yang selesa dan pastikan membawa bekalan minuman dan makanan yang secukunya supaya tidak berlapar di jalan raya. Akhir sekali, gunakan aplikasi navigasi GPS untuk mengelak kesesakan trafik.
Malaysia merupakan salah satu destinasi utama di Asia Tenggara kerana terdapat pelbagai tempat menarik yang sesuai untuk sambutan Hari Tahun Baru. Antara destinasi istimewa untuk menyambut tahun baru 2019 yang meriah berserta dengan pemandangan yang indah adalah di Pulau Pinang, Sabah dan Pulau Langkawi. Kesemua lokasi yang disebut mempunyai tarikan unik tersediri.
Merancang perjalanan ketika cuti tahun baru 2019 adalah sangat mudah dengan menggunakan platform tempahan dalam talian Easybook. Easybook sentiasa menawarkan promosi dan tawaran menarik semasa cuti perayaan. Layari laman web Easybook atau muat turun aplikasi mudah alih Easybook untuk memulakan proses tempahan anda. Ikuti semua akaun media sosial rasmi kami untuk perkembangan terkini!