Terengganu merupakan antara destinasi percutian menarik yang menawarkan pantai – pantai indah di pelbagai pulau. Seperti negeri – negeri lain di Semenanjung Malaysia, negeri Terengganu memperuntukkan sejumlah cuti umum untuk penduduknya bagi meraikan pelbagai perayaan penting termasuk Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Cuti umum yang hanya terdapat di Terengganu termasuk upacara Pertabalan Sultan Terengganu serta Hari Ulang Tahun Sultan Terengganu di mana sambutan – sambutan ini diwartakan sebagai hari cuti umum dan diraikan pada setiap tahun.
Berikut adalah senarai tarikh rasmi cuti umum di Terengganu bagi tahun 2019. Sila rancang setiap perjalanan terlebih dahulu semasa sambutan perayaan – perayaan yang penting terutamanya pada perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali kerana kelewatan perjalanan seringkali diramalkan.
Tarikh | Hari | Cuti |
---|---|---|
5 Feb | Selasa | Tahun Baru Cina |
6 Feb | Rabu | Cuti Tahun Baru Cina |
4 Mar | Isnin | Pertabalan Sultan Terengganu |
26 Apr | Jumaat | Hari Ulang Tahun Sultan Terengganu |
1 Mei | Rabu | Hari Buruh |
19 Mei | Ahad | Hari Wesak |
22 Mei | Rabu | Nuzul Quran |
5 Jun | Rabu | Hari Raya Aidilfitri |
6 Jun | Khamis | Cuti Hari Raya Aidilfitri |
11 Ogos | Ahad | Hari Raya Haji |
12 Ogos | Isnin | Cuti Hari Raya Haji |
31 Ogos | Sabtu | Hari Merdeka |
1 Sep | Ahad | Cuti Hari Merdeka |
1 Sep | Ahad | Awal Muharram |
9 Sep | Isnin | Hari Ulang Tahun Agong |
16 Sep | Isnin | Hari Malaysia |
27 Okt | Ahad | Deepavali |
9 Nov | Sabtu | Hari Ulang Tahun Nabi Muhammad |
25 Dis | Rabu | Hari Krismas |
Lawati Easybook sekarang untuk menempah tiket perjalanan dan nikmati percutian yang menyeronokkan di Terengganu dengan melihat pemandangan – pemandangan indah sebuah bandar di pesisir pantai serta suasana yang aman damai. Easybook menawarkan platform mudah untuk percutian yang menyeronokkan dengan tempahan tiket bas, kereta api, feri serta menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan bas. Tiket juga boleh ditempah untuk perjalanan selain ke Terengganu seperti ke Kelantan, Genting Highlands, Langkawi dan ibu kota Kuala Lumpur. Layari Easybook hari ini dan tempah tiket perjalanan dengan mudah untuk bercuti semasa musim cuti – cuti umum di Terengganu pada tahun 2019!