Loading...

Hari Thaipusam

Hari Thaipusam 2019

Perayaan Thaipusam didedikasikan kepada dewa Hindu iaitu Dewa Murugan (juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam), yang merupakan cuti umum buat orang awam untuk meraikan kebaikan yang telah berjaya mengalahkan kejahatan menurut kepercayaan agama Hindu. Sambutan ini dirayakan secara besar-besaran di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves yang terletak betul-betul di luar kawasan Kuala Lumpur.

Tarikh Hari Hari Perayaan Negeri
21 Januari Isnin Hari Thaipusam Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor

Fakta Tentang Hari Thaipusam

Thaipusam di Malaysia adalah salah satu perayaan oleh penganut beragama Hindu di negara ini dan ianya adalah perayaan terbesar di dunia yang khas didedikasikan buat tuhan masyarakat Hindu, Murugan. Sambutan Thaipusam terutamanya dirayakan ketika bulan penuh pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil (Januari/Febuari) dan perayaan ini diiktiraf sebagai cuti umum bagi negeri Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Johor, dan Selangor.

Perayaan Thaipusam terutamanya adalah untuk memperingati ulang tahun Dewa Murugan, di atas peristiwa dimana ibunya, Devi Parvathy, memberikannya sebatang tombak sebagai senjata bagi membantu Dewa Murugan untuk mengalahkan kuasa Syaitan yang jahat. Berjuta-juta penganut Hindu dari seluruh pelusuk dunia mengambil bahagian dalam perayaan rohani ini pada setiap tahun di kuil-kuil di seluruh negara untuk menjalankan hajat-hajat bersempana hari Thaipusam.

Di luar Malaysia, perayaan Thaipusam juga berlangsung di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Mauritius, India dan Singapura. Ramai penganut agama Hindu menganggap perayaan Thaipusam sebagai satu tanda kesetiaan dan ketaatan antara manusia dan tuhan. Perayaan ini juga boleh dianggap sebagai satu tanda kesyukuran bagi setiap takdir baik yang telah berlaku dan setiap doa yang telah ditunaikan oleh tuhan.

Tradisi Sambutan Thaipusam

Secara tradisinya, peserta-peserta sambutan Thaipusam akan menawarkan beberapa hadiah buat tuhan mereka, seperti bunga berwarna kuning dan juga buah limau. Perayaan Thaipusam di era moden juga masih berkait rapat dengan tradisi-tradisi lama perayaan dimana ianya masih melibatkan penawaran makanan seperti buah-buahan dan susu, serta kini perayaan ini digabungkan juga bersama ritual penindikan badan.

Di hari sambutan Thaipusam di Batu Caves, pelawat-pelawat akan dapat menyaksikan sendiri bagaimana pengikut-pengikut agama Hindu memberi penghormatan kepada tuhan mereka dengan menindik tubuh dengan menggunakan kavadi (sebuah sangkar diperbuat daripasa tusukan logam-logam yang tajam). Penghormatan kepada tuhan juga ditunjukkan dengan cara menaiki 272 anak tangga ke Kuil Gua di puncak Batu Caves.

Mereka yang telah membuat keputusan untuk mengangkat kavadi perlu menjalani diet yang sangat terhad dan berpuasa sepenuhnya beberapa hari sebelum perayaan Thaipusam berlangsung. Kavadi biasanya akan dihiasi dengan buah-buahan dan segelintir penganut memilih untuk menambahkan beban pada kavadi tersebut dengan menggunakan bekas-bekas susu yang agak berat.

Apabila pengikut-pengikut agama Hindu selesai menunaikan sesi penyembahan tuhan, logam-logam yang menusuki tubuh mereka akan ditanggalkan. Walaupun pembawa kavadi mempunyai banyak logam-logam tajam yang menusuki tubuh mereka, menariknya mereka tidak akan kehilangan darah dengan banyak ketika menanggalkan tusukan besi daripada kulit badan mereka.

Apabila tiba di kuil, Kavadi akan ditawarkan kepada Dewa Murugan, manakala sami India akan membacakan doa-doa Hindu dengan suara yang kuat dan lantang. Setelah sesi sembahyang selesai, logam atau lidi tajam yang melekat pada tubuh badan pembawa-pembawa kavadi akan ditanggalkan dan luka mereka akan dirawat dengan menggunakan jus lemon dan abu suci.

Tempat Untuk Dilawati

Jika anda ingin menyaksikan sendiri bagaimana masyarakat Hindu merayakan Hari Thaipusam di Malaysia, berikut adalah tempat-tempat yang sesuai untuk dilawati:

Batu Caves, Kuala Lumpur

Batu Caves terletak kira-kira 13 km ke utara dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Setiap tahun, lebih daripada sejuta orang akan mengunjungi Kuil Sri Subramaniar Swamy semasa perayaan Thaipusam untuk merasakan sendiri bagaimana salah satu perhimpunan agama terbesar yang pernah diadakan di Malaysia akan berlansung dan disambut. Jika pelancong merancang untuk pergi ke lokasi ini semasa Hari Thaipusam 2019, mereka dinasihatkan untuk menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Georgetown, Pulau Pinang

Bagi mereka yang tidak gemar berada di tempat yang sesak, bandar Georgetown adalah pilihan terbaik untuk menyambut Hari Thaipusam 2019. Dengan kumpulan penganut Hindu yang lebih kecil meraikan Thaipusam di bandar ini, Kuil Nattukottai Chettiar menawarkan tahap keseronokan dan kemeriahan yang hampir serupa seperti di Batu Caves dengan sambutannya yang berwarni warni dan ceria.

Berada di bandar indah ini, pelawat juga boleh mengambil peluang untuk meneroka bandar Georgetown dengan sepenuhnya selepas menghadiri sambutan Thaipusam. Kaya dengan makanan-makanan yang lazat dan tapak-tapak bersejarah, pelancong tempatan serta antarabangsa pasti akan berpuas hati setelah mengunjungi bandar unik ini.

Ipoh, Perak

Anda tidak semestinya berada di negara India untuk merasai bagaimana perayaan Thaipusam berlangsung. Satu lagi lokasi yang hebat untuk dilawati semasa Hari Thaipusam 2019 di negara ini adalah bandar diraja Ipoh, Perak. Dengan komuniti Hindu yang besar yang tinggal di bandar ini, Kuil Kallumalai Arul Migu Subramaniar amat terkenal dengan aktiviti-aktiviti menarik sempena perayaan Thaipusam buat orang awam. Pada hari perayaan, pelbagai jenis kavadi yang menarik dan unik akan dibawa oleh penganut-penganut beragama Hindu di sekitar kawasan kuil.

Petua Perjalanan untuk Perayaan Thaipusam

Semasa Festival Thaipusam, keadaan lalu lintas di jalan raya akan menjadi amat sesak dengan beribu-ribu masyarakat India akan pergi ke kuil-kuil dan ada juga yang mengambil peluang ini untuk pergi bercuti di tempat-tempat menarik di seluruh negara. Semua hab pengangkutan utama, termasuk lapangan terbang, stesen keretapi, terminal feri dan bas akan dipenuhi dengan orang ramai. Bagi mereka yang memilih untuk memandu, pasti sekali akan menghadapi keadaan trafik yang sesak selama berjam-jam di jalan raya.

Untuk Hari Thaipusam 2019, pelancong disarankan untuk menempah tiket penerbangan, feri, bas atau kereta mereka seawal yang mungkin sebelum hari rasmi perayaan menjelma untuk mengelak sebarang isu yang tidak diingini. Bagi mereka yang memandu ke destinasi yang jauh untuk bercuti, mereka haruslah mengenakan pakaian yang sesuai untuk perjalanan yang lebih selesa.

Tempah Tiket Bersama Easybook

Untuk menjadikan pengalaman perjalanan anda lebih cepat dan lebih mudah diakses, Easybook membolehkan pelancong membuat tempahan dalam talian untuk mendapatkan tiket kereta api, tiket feri, tiket bas dan banyak lagi perkhidmatan pengangkutan yang lain dengan serta-merta melalui proses pembelian yang amat mudah. Tempah tiket anda sekarang bersama Easybook sebagai permulaan perancangan percutian menarik anda!

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.