Loading...

Cuti Sekolah 2019

Cuti Sekolah Malaysia 2019

Cuti sekolah untuk tahun 2019 kini hampir tiba! Nikmati percutian yang menarik semasa musim cuti sekolah pada tahun 2019 dan mulakan pengembaraan bandar yang menakjubkan di sekitar Malaysia.

Kalendar Cuti Sekolah 2019 diasaskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di mana tarikh cuti sekolah 2019 yang dikeluarkan merupakan tarikh – tarikh rasmi untuk jadual cuti sekolah bagi tahun 2019. Bagi kalendar tahun 2019 di Malaysia, sesi cuti sekolah akan diumumkan sebelum permulaan tahun baru pada akhir tahun semasa dan sistem cuti persekolahan tahun 2019 terbahagi kepada dua kumpulan tersendiri yang dikenali sebagai Kumpulan A serta Kumpulan B.

Kumpulan – kumpulan ini telah ditubuhkan kerana beberapa negeri memperuntukkan hari cuti hujung minggu yang berbeza daripada negeri – negeri lain. Kumpulan A merujuk kepada negeri yang memperuntukkan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu yang berhubung kepada negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. Sebaliknya, Kumpulan B merujuk kepada negeri – negeri yang memperuntukkan hari Sabtu dan Ahad sebagai cuti hujung minggu yang berhubung kepada negeri – negeri serta wilayah yang tidak dinyatakan selain daripada yang terdapat dalam Kumpulan A.

Berikut merupakan kalendar kebangsaan untuk Takwim Cuti Sekolah Malaysia bagi tahun 2019.

Kumpulan A (Kedah, Kelantan, Johor, Terengganu)

Sesi Cuti Sekolah Mula Akhir
Sesi 1 22 Mac (Jumaat) 30 Mac (Sabtu)
Cuti Pertengahan Tahun 24 Mei (Jumaat) 8 Jun (Sabtu)
Sesi 2 9 Ogos (Jumaat) 17 Ogos (Sabtu)
Cuti Akhir Tahun 22 Nov (Jumaat) 31 Dis (Selasa)

Kumpulan B (Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor)

Sesi Cuti Sekolah Mula Akhir
Sesi 1 23 Mac (Sabtu) 31 Mac (Ahad)
Cuti Pertengahan Tahun 25 Mei (Sabtu) 9 Jun (Ahad)
Sesi 2 10 Ogos (Sabtu) 18 Ogos (Ahad)
Cuti Akhir Tahun 23 Nov (Sabtu) 31 Dis (Selasa)

Tempah Tiket di Easybook

Tempah tiket perjalanan dengan Easybook sekarang untuk memulakan percutian yang menarik semasa musim cuti penggal sekolah di Malaysia pada tahun 2019. Easybook menawarkan platform mudah untuk percutian yang menyeronokkan dengan tempahan tiket bas, kereta api, feri serta menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan bas. Semak pelbagai tawaran cuti sekolah yang hebat di Easybook dengan melawati laman web dan laman media sosial Easybook untuk promosi terkini atau muat turun aplikasi mudah alih Easybook untuk menempah tiket di mana saja pada bila – bila masa! Layari Easybook hari ini dan tempah tiket perjalanan dengan mudah untuk menikmati musim cuti sekolah pada tahun 2019 ini!

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.