Loading...

Latest News

Ciri

Ciri Bual Langsung Baharu boleh Didapati di Easybook

March 13, 2019

Berita baik! Bagi memperbaharui pengalaman dalam talian untuk para - para pelanggan, kami dengan bangganya memperkenalkan ciri bual langsung baharu yang membolehkan anda berinteraksi bersama kami dengan cepat! Anda boleh mengemukakan sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan kami melalui bual langsung kami yang disediakan oleh Freshchat.

Bual langsung adalah cara yang mudah untuk anda menyemak tiket – tiket pengangkutan serta mendapatkan jawapan untuk pelbagai pertanyaan. Ciri ini akan membantu anda menjimatkan lebih banyak masa dengan proses komunikasi yang dipercepatkan tanpa perlu menunggu maklum balas melalui e-mel atau panggilan telefon.

Kepuasan pelanggan merupakan salah satu keutamaan kami! Kami berharap bahawa platform ini dapat memberikan kemudahan serta maklum balas cepat yang anda cari untuk merancang perjalanan pada masa akan datang melalui tempahan dengan Easybook.

Cuba Sekarang

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.