Loading...

Train Stations

Stesen Kereta Api Batu Anam

Panduan Stesen Kereta Api Batu Anam

Stesen Kereta Api Batu Anam ialah hentian kereta api di Malaysia yang terletak di Batu Anam dalam daerah Segamat, Johor. Dikelilingi oleh kawasan ladang yang luas terutamanya ladang getah dan kelapa sawit, stesen ini hanya menawarkan perkhidmatan kereta api KTM Intercity.

Nama bandar Segamat berasal daripada ungkapan “sangat segar” oleh Bendahara Tepok sewaktu baginda melarikan diri melalui hulu Sungai Muar selepas penjajah Portugis menawan Melaka. Segamat terletak kira-kira 95 km dari Johor Bahru melalui Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Yong Peng, dan 77 km lagi melalui Laluan Persekutuan 1.

Bagaimana untuk ke Stesen Kereta Api Batu Anam

Penumpang dari pusat bandar Kuala Lumpur boleh menaiki kereta api dari KL Sentral ke arah Gemas menerusi perkhidmatan KTM ETS. Stesen Gemas ialah stesen pertukaran di Negeri Sembilan.

Penumpang kemudiannya perlu menukar kereta api ETS kepada kereta api KTM Intercity untuk meneruskan perjalanan ke Batu Anam. Walau bagaimanapun, anda perlu turun di Stesen Segamat dan seterusnya menaiki teksi atau perkhidmatan e-hailing untuk ke Stesen Kereta Api Batu Anam. Perjalanan menaiki kereta mengambil masa kira-kira 20 hingga 25 minit untuk tiba.

Operator Kereta Api Popular

Stesen Kereta Api Batu Anam dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), pengendali perkhidmatan kereta api nasional.

Laluan Kereta Api Popular

Laluan kereta api popular dari Stesen Kereta Api Batu Anam di Malaysia.

Kemudahan

Oleh kerana Stesen Kereta Api Batu Anam berfungsi sebagai hentian penurunan untuk kereta api KTM Intercity, tidak banyak kemudahan yang disediakan untuk penumpang. Bagi penumpang yang menunggu untuk berlepas, stesen ini mempunyai ruang menunggu berbumbung serta beberapa bangku untuk keselesaan.

Top features:

Kesimpulan

Stesen Kereta Api Batu Anam ialah stesen kereta api yang terletak dalam daerah Segamat di Johor, Malaysia. Stesen ini hanya menyediakan perkhidmatan KTM Intercity. Penumpang boleh ke Stesen Kereta Api Batu Anam melalui perkhidmatan ETS dari KL Sentral (atau mana-mana stesen ETS lain dalam laluan yang sama) menuju ke stesen Gemas, kemudian bertukar kepada kereta api KTM Intercity terus ke arah Segamat, Johor.

Dari Stesen Segamat, penumpang perlu menaiki teksi atau perkhidmatan e-hailing untuk ke Stesen Kereta Api Batu Anam. Perjalanan menaiki kereta mengambil masa kira-kira 20 hingga 25 minit bergantung kepada keadaan trafik.

Batu Anam Railway Station Contact Details:

Batu Anam Railway Station, Batu Anam, 85100 Batu Anam, Johor, Malaysia
Not available

*仅高价于柜台价格0.01% **仅适用于没有使用折扣码的交易 ***部分行程折扣已包含于票价中(低于柜台价) *图片仅供参考 * 行程时间仅为估计时间。