Loading...

Feri Indomaya Ekpres

Perjalanan dari Sabah ke Indonesia dipermudahkan kini dengan kemudahan perkhidmatan feri yang disediakan oleh Indomaya Express. Indomaya Express telah menawarkan perkhidmatan feri yang efisien untuk penduduk tempatan dan pelancong dari Tawau, Sabah ke Tarakan di Kalimantan selama beberapa tahun dimana tempahan dalam talian untuk tiket feri kini boleh dibuat dengan mudah melalui Easybook.

Perkhidmatan feri yang disediakan oleh Indomaya Express menghubungkan Terminal Feri Tawau di Sabah serta Pelabuhan Tarakan di Kalimantan Indonesia. Indomaya Express juga menjanjikan perjalanan feri Tawau ke Tarakan selama empat jam yang menyenangkan dengan membawa para pelancong dari serata dunia ke pelbagai tempat menarik.

Laluan dan Jadual Feri Indomaya Express

Indomaya Express menawarkan perjalanan feri yang dijadualkan hanya satu kali perjalanan untuk setiap destinasi setiap hari. Dari Pelabuhan Tarakan di Indonesia, Indomaya Express berangkat jam 11:00 pagi ke Terminal Feri Tawau. Perkhidmatan feri dari Terminal Feri Tawau di Sabah berlepas pada jam 12:00 pagi menuju ke Pelabuhan Tarakan.

Selain daripada dikenali dengan makanan laut yang segar dan murah, Tawau juga dikenali sebagai salah satu destinasi untuk agro-pelancongan terbesar di Malaysia dengan beberapa tempat menarik seperti Balung River Eco Resort serta Muzium Teck Guan Cocoa. Tarakan di sisi lain pula, terkenal dengan panorama dipenuhi dengan sisa perang dan monumen dari zaman dahulu.

Kedua destinasi ini boleh dikunjungi dengan mudah melalui tempahan dalam talian bersama Easybook untuk tiket feri online Indomaya Express. Harga tiket feri mungkin berbeza untuk dewasa dan kanak-kanak bergantung kepada lokasi perlepasan.

Kunjungi ke Tawau serta Tarakan untuk menikmati pemandangan yang indah dan menarik. Buat tempahan dalam talian tiket feri dengan mudah melalui Easybook untuk perjalanan yang lebih efisien bersama Indomaya Express.

Office Location

Location Address Tel Fax
TB4381, Lot 6, Pasaraya Plaza, Jln Coastal Highway, 91000 Tawau, Sabah 019-8088033
* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.