Loading...

Sani Ferry

Sani Ferry Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2016, merupakan sebahagian daripada perniagaan Sani United Berhad yang juga merangkumi Sani Express, Sani Hotel & Travel, dan Sani Terminal. Sani United Berhad juga adalah sebuah syarikat milik Bumiputera dan telah menjadi peneraju dalam industri pengangkutan Malaysia terkenal sejak tahun 2003. Bukan itu sahaja, Sani Ferry juga menawarkan perkhidmatan feri yang mewah, terutamanya pada laluan antara Langkawi, Kuala Perlis, Kuala Kedah, dan Penang. Kapal-kapal feri mereka termasuk feri moden yang boleh mengangkut sehingga 235 penumpang, termasuk 20 tempat duduk kelas perniagaan dan 215 tempat duduk kelas ekonomi. Kapal-kapal ini juga dilengkapi dengan kemudahan moden untuk memberikan para penumpang menikmati pelayaran yang selesa.

Laluan Feri Terkenal

  • Feri dari Langkawi ke Kuala Perlis
  • Laluan ini agak terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Perkhidmatan feri bermula pada pukul 10.30 pagi dan feri terakhir adalah pada pukul 6.00 petang.

  • Feri dari Kuala Perlis ke Langkawi
  • Harga yang marhaen dan berpatutan dari Langkawi ke Kuala Perlis. Mereka juga menjamin keselamatan penumpang.

Tarikan Destinasi yang Ditawarkan oleh Perkhidmatan Feri Sani

  • Makam Mahsuri: Sebuah tapak yang bersejarah dengan seni bina budaya Melayu yang unik.
  • Dataran Lang: Sebuah mercu tanda yang terlihat hebat yang menampilkan patung helang gergasi.
  • Jambatan Langit Langkawi: Mempamerkan pemandangan menakjubkan Pulau Langkawi dari jambatan tergantung.
  • Underwater World Langkawi: Salah satu akuarium hidupan marin dan air tawar yang terbesar di Asia Tenggara.
  • Pantai Cenang: Pantai yang terkenal dengan kehidupan malam yang meriah dan sukan air.

Tempah Tiket Sani Ferry Sekarang

Jadi marilah rasai perjalanan yang lancar dan hebat dengan memilih Sani Ferry. Selain dari menerokai tempat-tempat indah di Langkawi, anda juga boleh menciptakan kenangan yang indah dan tidak akan dilupakan bersama orang yang tersayang. Selain itu, terdapat juga banyak tempat menarik yang boleh anda lawati seperti Makam Mahsuri, di mana tempat bersejarah ini dibina dengan cara yang unik mengikut seni bina budaya Melayu yang sebenar. Seterusnya, anda juga wajib untuk lawati Dataran Lang dan Jambatan Langit Langkawi bersama dengan yang tersayang dan tak terlupakan juga untuk anda datang ke Underwater World Langkawi, Taman Hidupan Liar Langkawi, Pulau Beras Basah, Pantai Cenang, dan banyak lagi untuk anda kunjungi.

Jadi, tunggu apa lagi? Tempah tiket anda dengan Easybook sekarang dan mari kita bercuti di Langkawi!

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.