Loading...

Train Stations

Stesen Kereta Api Rawang

Stesen Kereta Api Rawang - Jadual Kereta Api, Laluan Kereta Api, Maklumat & Panduan

Terletak di Rawang dalam daerah Gombak, Selangor, Stesen Kereta Api Rawang merupakan stesen terminal paling utara bagi perkhidmatan KTM melalui laluan Rawang – Seremban. Stesen ini dibina untuk memenuhi keperluan trafik di kawasan pinggir bandar Rawang memandangkan sebelum itu tiada perkhidmatan komuter atau pengangkutan massa di kawasan Lembah Klang. Ia mula dibina pada tahun 1892 dan telah dibangunkan semula pada tahun 1995 sebagai stesen hentian bagi laluan Intercity Utara-Selatan antara Stesen Kereta Api Kuala Kubu Bharu di utara dan KL Sentral di selatan.

Rawang ialah sebuah bandar tipikal di Malaysia yang tidak mempunyai banyak tarikan pelancongan. Kebanyakan penduduk tempatan menggunakan stesen kereta api di Rawang untuk urusan kerja dan perniagaan. Stesen Kereta Api Rawang beroperasi setiap hari bermula dari jam 6:15 pagi hingga 9:30 malam.

Cara untuk ke Stesen Kereta Api Rawang

Akses ke Stesen Kereta Api Rawang boleh diperoleh melalui beberapa jenis perkhidmatan pengangkutan. Salah satu cara yang paling menjimatkan untuk bergerak ialah dengan menaiki perkhidmatan kereta api. KTM menawarkan laluan ke Rawang bersama destinasi lain melalui pelbagai perkhidmatan kereta apinya. Untuk ke Stesen Kereta Api Rawang, perkhidmatan KTM Intercity akan singgah di stesen ini melalui laluan Rawang – Seremban. Dari Ipoh ke Kuala Lumpur, perkhidmatan ETS juga berhenti sebentar di Stesen Kereta Api Rawang.

Perkhidmatan Kereta Api Popular di Stesen Kereta Api Rawang

Pada masa ini, operasi kereta api di Stesen Kereta Api Rawang hanya ditawarkan oleh KTM Berhad. Tiket kereta api termasuk tiket perkhidmatan ETS oleh KTM kini boleh disemak secara dalam talian di laman web berserta jadual perjalanan masing-masing. Adalah disarankan untuk membuat tempahan awal bagi ETS kerana kuota tempat duduk adalah terhad.

Laluan Kereta Api Popular

Laluan kereta api popular dari Stesen Kereta Api Rawang di Selangor:

Kemudahan di Stesen Kereta Api Rawang

Beberapa kemudahan disediakan di Stesen Kereta Api Rawang untuk keselesaan pengguna. Dengan jadual perjalanan kereta api yang kerap, stesen ini mudah diakses oleh ramai penumpang yang keluar masuk ke bandar Rawang.

Stesen ini mempunyai beberapa pintu tambang (fare gate) dengan papan maklumat serta papan tanda di sekeliling kawasan stesen. Kemudahan asas seperti tandas dan surau turut disediakan berserta beberapa kedai kecil. Ruang parkir kereta juga boleh digunakan berhampiran Stesen Kereta Api Rawang.

Kemudahan Utama:

Kesimpulan

Pada asalnya sebuah bandar perlombongan bijih timah pada awal abad ke-19, kawasan kecil Rawang telah berkembang pesat dan kini menjadi sebuah kawasan perbandaran besar. Rawang terletak kira-kira 30 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur dengan banyak kawasan perumahan di sekelilingnya.

Tempah tiket kereta api murah sekarang bersama Easybook untuk ke Stesen Kereta Api Rawang. Bandar Rawang mudah diakses dengan menaiki perkhidmatau perkhidmatan kereta api melalui stesen ini. Perkhidmatan kereta api dalam stesen menawarkan pelbagai jadual perjalanan dengan waktu ketibaan dan pelepasan yang efisien. Laman tempahan tiket dalam talian kini disediakan di Easybook melalui platform yang mudah digunakan, termasuk pembelian tiket ETS.

Rawang Railway Station Contact Details

Stesen Komuter Rawang, Off Jalan Weellem, 48000 Rawang, Selangor
Not Available

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.