Loading...

Train Stations

Stesen Kereta Api Sungai Buloh

Stesen Kereta Api Sungai Buloh - Jadual Kereta Api, Laluan Kereta Api, Maklumat & Panduan

Ditubuhkan seawal tahun 1892, Stesen Kereta Api Sungai Buloh telah dibina semula pada November 1995. Stesen Kereta Api Sungai Buloh (juga dikenali sebagai Stesen Komuter Sungai Buloh) merupakan stesen KTM yang terletak di kawasan utara Kuala Lumpur di sepanjang Laluan Rawang - Seremban. Stesen ini menyediakan perkhidmatan untuk kawasan pinggir bandar Sungai Buloh serta kawasan perumahan berhampiran.

Stesen Kereta Api Sungai Buloh mempunyai balai persimpangan bertingkat yang dikongsi oleh dua stesen rel iaitu Stesen MRT Sungai Buloh dan Stesen KTM Sungai Buloh. Ia merupakan terminal utara bagi perkhidmatan tren di sepanjang Laluan MRT Sungai Buloh – Kajang.

Cara ke Stesen Kereta Api Sungai Buloh

Cara paling menjimatkan untuk ke Stesen Kereta Api Sungai Buloh adalah dengan menaiki beberapa perkhidmatan tren. Perkhidmatan tren KTM ETS membuat hentian di Stesen Sungai Buloh melalui Laluan Rawang – Seremban dari KL Sentral ke Sungai Buloh dan sebaliknya. Melalui perkhidmatan MRT pula, akses ke stesen boleh dicapai melalui Laluan Sungai Buloh – Kajang (juga dikenali sebagai Laluan SBK). Selain itu, Sungai Buloh hanya terletak kira-kira 15 minit pemanduan dari pusat bandar Kuala Lumpur.

Perkhidmatan Tren Popular di Stesen Sungai Buloh

Beberapa pengendali tren popular mengendalikan perkhidmatan tren di Stesen Kereta Api Sungai Buloh di Malaysia, termasuk pelbagai jadual perjalanan oleh KTM Berhad.

Laluan Kereta Api Popular

Laluan kereta api popular dari Stesen Kereta Api Sungai Buloh di Selangor termasuk:

Kemudahan di Stesen Kereta Api Sungai Buloh

Dengan menerima banyak perkhidmatan tren di dua hentian utama, Stesen Kereta Api Sungai Buloh menawarkan pelbagai kemudahan di dalam kawasan stesen. Kemudahan membeli tiket serta kemudahan asas turut disediakan untuk kegunaan umum.

Selain itu, stesen ini juga menyediakan tempat letak kereta bertingkat, kawasan menurunkan dan mengambil penumpang teksi, serta terminal bas pengantara bagi memudahkan pergerakan keluar dan masuk ke stesen. Terdapat juga pejabat khidmat pelanggan serta surau.

Ciri-ciri Utama:

Kesimpulan

Pada pandangan pertama, Sungai Buloh mungkin kelihatan seperti kawasan yang tenang dalam Lembah Klang. Namun pada hakikatnya, Sungai Buloh merupakan kawasan tumpuan yang sibuk dan terkenal sebagai pusat pencinta tanaman kerana ia memiliki jumlah nurseri tanaman terbesar di Malaysia. Hal ini sekaligus menjadikan Sungai Buloh sebagai kawasan hijau semula jadi yang menarik ramai pengunjung dari seluruh negara.

Easybook menawarkan platform tempahan tiket tren secara mudah agar semua orang boleh menuju ke destinasi pilihan tanpa kerumitan. Perkhidmatan tren di Stesen Kereta Api Sungai Buloh menawarkan pelbagai jadual perjalanan dengan ketibaan dan keberangkatan yang efisien. Melalui stesen ini, akses ke Sungai Buloh menjadi lebih mudah dengan tiket tren yang berpatutan. Tempah tiket kereta api termasuk tiket ETS sekarang bersama Easybook.

Sungai Buloh Railway Station Contact Details

Sungai Buloh Komuter Station, 47000 Sungai Buloh, Selangor
Not Available

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.