Loading...
× Jimat RM2 Caj Terminal bagi tempahan tiket di Easybook.com! Maklumat Lanjut

Pancaran Matahari

Pancaran Matahari Express adalah syarikat pengendali bas yang ternama di Malaysia dan ibu pejabatnya terletak di Alor Setar, Kedah. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1990 dan telah mengalami perkembangan yang pesat dan kini menawarkan pelbagai laluan perkhidmatan perjalanan meliputi bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia, seperti Kuala Lumpur, Alor Setar, Butterworth, Sungai Petani, dan Jitra.

Selain itu, syarikat ini juga terkenal dengan pengangkutannya yang selesa dan dilengkapi dengan kemudahan yang baik, yang mana bas-bas mereka dilengkapi dengan kemudahan seperti penghawa dingin, soket kuasa, lampu membaca, WiFi, port USB, dan CCTV untuk keselamatan para penumpang. Tempat duduk juga boleh dilaras dengan ruang kaki yang luas.

Seterusnya, perkhidmatan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Butterworth, Alor Setar, dan Sungai Petani, serta laluan dari Alor Setar ke pelbagai destinasi lain, merupakan antara laluan yang paling popular. Bukan itu sahaja, BusOnlineTicket dan redBus juga adalah platform yang memudahkan tempahan tiket secara dalam talian. Platform-platform ini juga menyediakan jadual lengkap, harga, dan diskaun yang tersedia.

Laluan Bas Popular

Bas dari Kuala Lumpur ke Alor Setar

Bas dari Kuala Lumpur ke Butterworth

Bas dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani

Bas dari Alor Setar ke Hentian Duta

Bas dari Hentian Duta ke Sungai Petani

Bas dari Hentian Duta ke Butterworth

Bas dari Hentian Duta ke Alor Setar

Bas dari Kuala Lumpur ke Jitra

Kemudahan Tersedia di Pancaran Matahari Express

  • Tempat Duduk Selesa: Bas dilengkapi dengan tempat duduk yang boleh dilaras dan mempunyai ruang kaki yang luas, membolehkan penumpang meregangkan badan dan berehat sepanjang perjalanan.
  • Penghawa Dingin: Mengekalkan persekitaran suhu yang nyaman sepanjang perjalanan.
  • USB dan Soket Kuasa: Setiap tempat duduk mempunyai tempat pengecasan untuk peranti elektronik dan WiFi untuk rangkain internet yang lebih pantas. Terdapat juga lampu membaca di setiap sudut tempat duduk untuk anda.
  • Kamera tertutup juga dipasang untuk memastikan keselamatan penumpang dijaga dan alat pemadam api serta peralatan kecemasan juga disediakan di dalam bas untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

    Dengan memilih Pancaran Matahari Express, keselesaan penumpang sentiasa menjadi keutamaan. Bas mereka dilengkapi dengan tempat duduk yang boleh laras untuk memberikan perjalanan yang lebih selesa. Selain itu, terdapat juga ruang yang luas untuk penumpang bersantai di tempat duduk mereka dengan selesa, serta soket kuasa untuk penumpang mengecas peranti elektronik mereka.
  • Tempah Tiket Bas Pancaran Matahari Express Sekarang!

    Jadi tunggu apa lagi? Tempah dengan Easybook sekarang, jimatkan masa anda daripada beratur di kaunter tiket dengan membeli tiket bas melalui sistem tempahan dalam talian Easybook. Semak perjalanan yang diinginkan untuk harga tiket bas, waktu berlepas, dan destinasi di laman web atau muat turun aplikasi mudah alih untuk jadual bas Pancaran Matahari Express.

    Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi

    Alamat: Pancaran Matahari (M) Sdn Bhd, No. 241, Jalan Shahab 2, Shahab Perdana, 05150 Alor Setar, Kedah, Malaysia.

    No Telefon: +604 - 720 8388/+604 - 720 8389

    Office Location

    Location Address Tel Fax
    Pancaran Matahari Express No. 241, Jalan Shahab 2, Shahab Perdana, 05150 Alor Setar, Kedah, Malaysia. +604 - 720 8388/+604 - 720 8389
    * Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.