Loading...
Menyempurnakan Perjalanan Anda

Terminal Bas

Terminal Bas

Menggunakan perkhidmatan bas merupakan salah satu pilihan pengangkutan yang baik kerana ia menyediakan perjalanan yang selamat untuk para penumpang, tidak lupa juga menawarkan harga tiket bas online yang lebih berpatutan dan cekap berbanding dengan perkhidmatan pengangkutan yang lain.

Demi memberikan kemudahan untuk para penumpang, terminal bas disediakan di seluruh Malaysia dari bandar ke kawasan luar bandar. Terdapat pelbagai perkhidmatan bas ekpress seperti bas Transnasional yang menawarkan perkhidmatan harian untuk mengambil dan menghantar para penumpang ke terminal bas pilihan yang sedia ada di negeri masing-masing.

Para penumpang boleh meneruskan perjalanan mereka setelah tiba di terminal bas pilihan melalui perkhidmatan penyambungan yang lain seperti teksi, bas tempatan, LRT, MRT dan juga perkhidmatan keretapi Komuter di sekitar bandar Kuala Lumpur. Ini kerana perkhidmatan tersebut memperuntukkan laluan terus dari dan ke beberapa buah terminal bas di kawasan sekitar.

Di Easybook, pelbagai terminal bas disenaraikan mengikut daerah-daerah di seluruh Malaysia untuk memudahkan para penumpang untuk menempah tiket bas online ke destinasi pilihan mereka. Tambahan pula, para penumpang juga boleh membeli tiket bas TBS mereka dengan mudah melalui laman web dan aplikasi mudah alih Easybook.

Bus Terminals in:

Bus Terminals in Malaysia
Johor Kedah Kelantan Kuala Lumpur Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis Penang Sabah Sarawak Selangor Terengganu
* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.