Loading...

Bus Terminals

Terminal Bas Bandar Penawar

Terminal Bas Bandar Penawar adalah terminal bas yang terletak di tengah-tengah bandar. Ia menyediakan banyak ketibaan dan keberangkatan bas untuk bas ekspres jarak pendek dan jarak jauh, termasuk bas ekspres ke Kuala Lumpur dan Kota Tinggi. Perkhidmatan bas di terminal ini dikendalikan oleh pengendali bas iaitu Star Coach Express dan beberapa yang lain. Memilih perkhidmatan bas ekspres adalah salah satu cara untuk bergerak pintar kerana selesa dan menjimatkan kos berbanding dengan memandu kenderaan sendiri terutama untuk perjalanan jarak jauh.

Laluan Bas Popular

Laluan bas popular di Terminal Bas Bandar Penawar di Johor, Malaysia.

Cara Menuju ke Terminal Bas Bandar Penawar

Dikenali sebagai Perhentian Bas & Teksi Bandar Penawar, terminal bas ini mudah dicari kerana terdapat banyak mercu tanda di sekitar bandar. Sebagai contoh, Lembaga Bandaran Johor Tenggara (LBJT) terletak bersebelahan dengan Terminal Bas Bandar Penawar. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minit memandu dan 3 minit berjalan kaki dari Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim Bandar Penawar ke terminal bas tersebut.

Pengendali Bas Popular

Beberapa pengendali bas terkenal yang berkhidmat di Terminal Bas Bandar Penawar termasuk Star Coach Express dan Maraliner, yang menawarkan laluan ke TBS dan Larkin di Johor Bahru, Malaysia.

Kemudahan di Terminal Bas Bandar Penawar

Terminal bas Bandar Penawar menyediakan beberapa kemudahan untuk kegunaan pengembara. Kemudahan ini termasuk pejabat Transitlink, ruang rehat pemandu, kantin, serta tempat menaiki dan menurunkan penumpang yang selesa.

Kemudahan:

Tempah Tiket Bas di Easybook

Naik bas ekspres ke Larkin atau TBS dengan mudah dari Terminal Bas Bandar Penawar. Tempah tiket bas dalam talian dari Terminal Bas Bandar Penawar terus melalui laman web tempahan dalam talian Easybook, di mana terdapat pelbagai jadual bas dan pengendali bas yang boleh dipilih mengikut keutamaan anda.

Terminal Bas Bandar Penawar

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.