Selepas membuat pembelian di www.easybook.com, anda akan menerima ringkasan tempahan melalui e-mel dari kami. Ringkasan tempahan akan diberikan sebagai e-tiket/invois dan ianya akan digunakan apabila anda daftar masuk untuk menukarnya dengan pas pelepasan pada tarikh berlepas. Jika anda tidak menerima e-mel dari kami, anda boleh log masuk ke ahli-> lihat sejarah pembelian -> pilih tarikh berlepas, klik invois untuk mencetak. Anda disarankan untuk mencetak ringkasan tempahan untuk mempercepatkan daftar masuk selain dari menunjukkan ID anda. Sila ikut arahan di ringkasan tempahan terutamanya mengenai kod perlepasan untuk daftar masuk ke beberapa syarikat atau menunggu e-mel pada hari bekerja berikutnya untuk mendapatkan nombor tiket sebenar untuk daftar masuk.
Ianya bergantung kepada syarikat bas dan lokasi berlepas.
Ringkasan tempahan anda menyatakan dengan jelas kemana anda perlu pergi untuk lokasi pengambilan. Sebaik sahaja anda tiba di lokasi yang dinyatakan, jika terdapat kaunter di sana dengan nombor yang sepadan dengan ringkasan tempahan anda, anda dikehendaki untuk pergi ke kaunter tersebut untuk menukarkan ringkasan tempahan anda dengan pas perlepasan atau no pendaftaran bas & nombor platform. Tunjukkan pas pelepasan anda kepada pemandu bas ketika anda menaiki bas.
Jika di lokasi perlepasan tidak mempunyai kaunter seperti contohnya perhentian teksi, anda boleh menunjukkan ringkasan tempahan elektronik atau cetak dan tunjukkannya kepada pemandu bas ketika mahu bertolak.
Anda boleh sama ada mencetak ringkasan tempahan atau simpannya di dalam telefon bimbit anda. Sama ada dalam versi kertas mahupun elektronik bagi ringkasan tempahan yang anda diterima, selagi pekerja kaunter bas/pemandu boleh melihatnya dengan jelas.
*Jika anda merancang untuk menunjukkan ringkasan tempahan anda dalam versi elektronik, pastikan ringkasan tempahan yang ada 3 atau 4 halaman boleh dilihat dengan jelas di peranti anda.
Tiket yang dijual yang telah disahkan TIDAK BOLEH ditukar dalam apa jua keadaan. Anda masih boleh e-melkan kepada kami di enquiry@easybook.com untuk memohon pertukaran tarikh dan masa berlepas bagi e-tiket/ringkasan tempahan. Anda hanya boleh menukar e-tiket dengan syarikat yang sama sahaja. Walau bagaimanapun, tidak semestinya permohonan pertukaran akan berjaya pada setiap masa, ini tertakluk kepada keputusan syarikat bas itu sendiri.
Sila ambil perhatian bahawa tiada pembatalan atau bayaran balik dibenarkan. Terma pembatalan untuk tempahan bas ditentukan oleh syarikat bas itu sendiri, dan Easybook akan mematuhi terma ini. Walau bagaimanapun, Easybook berhak untuk membuat keputusan muktamad dalam kes yang serius sahaja berdasarkan budi bicara dan polisinya sendiri.
Ya. Anda tidak perlu membayar atau memberikan sebarang maklumat kad kredit untuk menyemak harga tambang dan tiket. Kami hanya memerlukan pembayaran sekiranya anda memilih untuk melengkapkan tempahan tersebut.
Jika anda terlupa kata laluan, tekan 'Lupa Kata Laluan' di halaman log masuk kemudian masukkan alamat e-mel anda. Kata laluan anda akan dihantar ke e-mel yang telah didaftarkan. .
Sila semaknya di folder spam anda jika anda tidak menemuinya di dalam peti masuk anda.
Ya, anda boleh membuat sedemikian. Tetapi anda perlu menukar maklumat penumpang terlebih dahulu kepada yang menaiki bas. Anda boleh log masuk ke -> ahli -> lihat sejarah tempahan -> pilih tarikh berlepas -> tekan ubah untuk mengubah maklumat penumpang.
Anda boleh dapatkannya semula dari e-mel atau laman ahli dengan mengikut langkah di soalan 3 atau 4 di atas. Anda digalakkan untuk mencetak ringkasan tempahan untuk mempercepatkan daftar masuk. Sila ikut arahan di ringkasan tempahan terutamanya tentang menunjukkan kod perlepasan untuk daftar masuk kepada syarikat atau menunggu e-mel pada hari bekerja berikutnya untuk mendapatkan nombor tiket sebenar untuk daftar masuk ke beberapa syarikat pengendali.
Ya, rakan anda boleh membeli tiket untuk anda. Mereka hanya perlu mengisi maklumat anda di maklumat penumpang. Kemudian rakan anda boleh e-melkan kepada anda ringkasan tempahan dan anda digalakkan untuk mencetak ringkasan tempahan untuk mempercepatkan proses daftar masuk. Sila ikut arahan di ringkasan tempahan terutamanya tentang menunjukkan kod perlepasan untuk daftar masuk kepada syarikat atau tunggu e-mel pada hari bekerja berikutnya untuk mendapatkan nombor tiket sebenar untuk daftar masuk ke beberapa syarikat pengendali. Jika rakan anda mengisi maklumat dengan maklumat mereka, rakan anda perlu hadir pada tarikh berlepas untuk mendapatkan tiket.
Kami mengenakan caj minimun untuk pengurusan/transaksi. Tetapi dalam tempoh promosi kami juga ada menawarkan kosong caj pengurusan untuk perjalanan bas yang terpilih di Easybook.
Kanak-kanak yang berumur 2 tahun dan ke atas perlu membeli tiket.
Semua maklumat yang ditunjukkan di ruangan kedua untuk ringkasan tempahan/invois. Alamat lokasi untuk berlepas dan turun ada dinyatakan di ruangan kedua ringkasan tempahan.
Tiket akan dijual biasanya dalam 6-8 minggu lebih awal.
Sila pilih [Asal Lokasi], [Mana-mana Sub Lokasi] dan [Destinasi], [Mana-mana Sub Lokasi] untuk melihat lebih banyak senarai yang ada. Jika “Tiada Perjalanan” ditunjukkan itu bermakna perjalanan tersebut telah ditempah sepenuhnya.
Kami/syarikat bas akan menelefon atau menghantar e-mel untuk memaklumkan jika terdapat sebarang kelewatan atau perubahan, sila pastikan nombor telefon dan e-mel adalah betul supaya kami boleh menghubungi anda.
Sila rujuk halaman Promosi kami.
Tidak, anda hanya boleh menikmati satu diskaun/promosi pada satu masa. Promosi, tawaran dan diskaun tidak boleh digunakan dengan yang lain - hanya satu sahaja yang dibenarkan pada satu masa.
Sesetengah perjalanan tidak dibuka di dalam talian tetapi boleh dibeli di luar talian, maka anda perlu pergi ke kaunter syarikat bas tersebut untuk membelinya.
Easybook.com menawarkan pelbagai jenis pembayaran dan pilihan kepada anda, bergantung kepada negara yang anda menempah untuk berlepas dan tempoh masa yang ada sebelum anda berlepas.
Anda akan ditawarkan dengan satu atau lebih dari pilihan pembayaran berikut:
Oleh kerana kami mempunyai pelbagai pilihan pembayaran yang berbeza dari negara yang berlainan, kami mencadangkan untuk anda memeriksa terlebih dahulu pilihan pembayaran yang tersedia untuk anda. Jika pilihan pembayaran anda tidak dipaparkan, ianya mungkin tidak tersedia di negara anda ingin bertolak atau tempoh masa berlepas mungkin terlalu singkat.
Sila semak e-mel ahli anda di www.easybook.com untuk memeriksa jika ringkasan tempahan terdapat di sana.
Jika tiada, sila e-melkan ke enquiry@easybook.com secepat mungkin, bersama dengan alamat e-mel tempahan, perjalanan bas, masa atau harga. Jadi kami boleh menghubungi anda pada hari yang sama.
Senario 1: Anda telah menerima e-mel mengatakan pembayaran telah berjaya dibuat dan menunggu sementara untuk menerima ringkasan tempahan tersebut.
Periksa folder spam anda untuk melihat jika ianya ada di situ.
Periksa e-mel ahli anda di www.easybook.com untuk menyemak jika ringkasan tempahan tersebut ada di sana.
Jika tiada, sila e-melkan ke enquiry@easybook.com secepat mungkin, bersama dengan alamat e-mel tempahan, perjalanan bas, masa atau harga. Jadi kami boleh menghubungi anda pada hari yang sama.
Senario 2: Anda tidak menerima sebarang e-mel dari kami mengenai pembayaran.
Sila ambil gambar bukti pembayaran telah diselesaikan (dengan bank anda), kepilkan di e-mel dan nyatakan perjalanan bas dibeli, tarikh dan hantarkan kepada enquiry@easybook.com.
Ya. Easybook menggunakan teknologi SSL untuk melindungi semua maklumat peribadi yang telah dihantar melalui internet dari komputer anda ke server easybook.com.
Bas akan bertolak mengikut masa dan tidak boleh menunggu penumpang lain. Sila tiba seawal 30 minit sebelum berlepas.
Kebiasaannya bas akan berhenti sebanyak 1 atau 2 kali sepanjang perjalanan untuk ke tandas atau berehat sebentar dan ia bergantung pada tempoh masa perjalanan. Jika anda mempunyai urusan mustahak dan perlu berhenti, anda disarankan untuk memberitahu pemandu tersebut.
Kesemua kawasan bas adalah dilarang merokok.
Sila rujuk kepada halaman Contact.
Senarai adalah seperti berikut:
Sila isi borang di sini.
PS: harga bergantung pada tarikh bertolak seperti contoh musim yang sibuk atau tidak, sehala atau dua hala, seharian dan lain-lain.
Rakyat Singapura, Thailand dan Malaysia tidak memerlukan visa. Walaubagaimanappun, visa diperlukan untuk warganegara yang lain. Ianya amat penting untuk memeriksa jika visa diperlukan untuk perjalanan anda kerana anda mungkin akan dihalang untuk masuk tanpa visa dan kami tidak bertanggungjawab untuk situasi berikut. Membuat visa ketika di kastam 2nd link tidak digalakkan kerana ianya akan mengambil masa lebih 30 minit dan bas tidak akan menunggu lebih dari 30 minit.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh log masuk ke:
Kementerian Luar Negeri
PS: Maklumat di atas tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
Maksimum 15kg (60cm x 20cm x 55cm) anda boleh meletakkan bagasi di ruangan bagasi di bawah bas atau ruangan atas tempat duduk anda. Ianya merupakan tanggungjawab anda untuk memastikan bagasi anda dibawa di dalam bas yang anda naiki.
Apabila anda keluar dari Singapura ke Malaysia, anda perlu meninggalkan bagasi anda di dalam bas di kastam Singapura tetapi perlu menurunkannya di kastam Malaysia untuk diperiksa; jika anda dari Malaysia ke Singapura, anda perlu meninggalkan bagasi ketika di kastam Malaysia dan perlu menurunkannya di kastam Singapura untuk diperiksa. Pemandu akan membantu memberikan arahan kepada anda.
Sila rujuk laman web ICA.
Bergantung kepada syarikat. Kebanyakan mereka menggunakan 2nd link, kecuali lokasi berlepas berdekatan dengan utara seperti Kovan Hub.
Sila rujuk halaman Local Tour kami.
Anda boleh mendapatkan tambang dan jadual kereta api dari laman web kami di www.easybook.com.
Bergantung kepada tarikh yang jatuh pada hujung minggu atau musim perayaan di Malaysia, ianya menyebabkan permintaan tinggi atau tiket telah habis dijual.
Ya, anda boleh membuat tempahan berkumpulan.
Ringkasan tempahan dari Easybook akan di e-melkan kepada anda sebagai peringatan bahawa pembayaran anda telah berjaya.
Kedua, e-mel terakhir akan dihantar kepada anda. Ini merupakan e-tiket yang perlu dibawa bersama anda dalam bentuk (cetak/elektronik) untuk kereta api.
Tidak, anda tidak perlu menunjukkan e-tiket di kaunter. Anda boleh pergi terus ke tempat duduk anda.
Anda boleh mencetak tiket atau simpannya sebagai PDF di peranti anda. Jika anda mahu menunjukkan e-tiket di peranti anda, sila pastikan semua muka surat boleh diakses.
Ya, anda boleh menempah dan daftar luar dari Malaysia. Apa yang anda perlu ialah talian internet yang stabil.
Tidak. Tiket tidak boleh ditukar atau dikembalikan.
Sila semak folder spam anda terlebih dahulu.
Jika tiada, sila e-melkan ke enquiry@easybook.com secepat mungkin.
Anda layak jika anda dikategorikan seperti yang berikut:
Tiket konsesi/diskaun tidak sah untuk perkhidmatan di JB Sentral – Woodlands- JB Sentral.
Ya, anda boleh mendapatkannya dari pembantu yang bertugas di KTMB ataupun di pejabat urusan stesen KTMB berdekatan.
Jika itu berlaku, sila hubungi stesen kereta api berdekatan atau kaunter pengurusan stesen kereta api.
Tidak. Tempahan tidak boleh dipulangkan dan ditukar.
Sila semak informasi tempahan kereta dengan baik sebelum semak keluar. Pembelian sewaan kereta ialah muktamad dan tidak akan dipulangkan kembali wang atau diubah. Transaksi pendua juga tidak akan dikembalikan wang kerana transaksi pendua menghalang pengguna lain dari menyewa kereta. Tiada pemulangan wang untuk sebarang perkhidmatan yang tidak digunakan atau digunakan separuh.
Semak lesen memandu ialah sah dan semak samaada kewarganegaraan anda memerlukan lesen antarabangsa yang membolehkan anda memandu di destinasi anda.
Lesen antarabangsa untuk bukan warganegara yang ingin memandu di Malaysia.
Easybook bekerjasama dengan 80+ syarikat kereta sewa untuk menyediakan anda dengan pelbagai pilihan apabila menempah kereta sewa. Kami sentiasa bekerjasama dengan syarikat baharu untuk menawarkan anda dengan lebih banyak pilihan.
Apabila anda menempah kereta di Easybook, anda akan melihat nama syarikat, jenama kereta dan jenis kereta di ruangan carian.
Sila tekan pada pautan syarikat di hasil carian untuk ketahui lebih lagi mengenai kereta yang dipilih.
Sila ambil perhatian gambar kereta adalah untuk tujuan pengiklanan sahaja. Sesetengah syarikat memuat naik gambar sebenar tetapi sesetengah syarikat memuat naik gambar seakan –akan. Syarikat kereta sewa mempunyai pelbagai jenis kereta dan sentiasa menambah baik kenderaan, kereta sewa anda mungkin seakan sama tetapi tidaklah tepat seperti yang dipaparkan.
Tempat duduk dan kapasiti bagasi untuk setiap kereta digunakan sebagai rujukan sahaja.
Di halaman carian, tekan pada “lihat” untuk ketahui lebih lanjut.
Anda boleh melihat jenis gear kereta, harga harian, syarikat, berhawa dingin atau tidak, pemandu disediakan dan bilangan tempat duduk.
Easybook menawarkan pelbagai jenis kereta untuk menyesuaikan keperluan anda, seperti hatchback, sedan, MPV, SUV, Van dan kereta mewah. Kereta berbeza berdasarkan agensi dan lokasi.
Apabila anda mencari lokasi, anda boleh melihat senarai kereta yang disediakan.
Ketersedian kereta adalah terhad ketika musim sibuk seperti cuti umum dan lain-lain. Oleh itu, disarankan untuk menempah kereta beberapa hari sebelumnya untuk mengelakkan sebarang kekecewaan.
Easybook menawarkan perkhidmatan sewa kereta di pelbagai lokasi seluruh Malaysia termasuk KLIA, Sabah dan Sarawak.
Anda boleh memilih lokasi pilihan untuk mengambil kereta anda di seluruh Malaysia.
Sebaik sahaja anda memilih kereta dan teruskan kepada halaman maklumat/pembayaran, anda boleh masukkan kereta dipilih dan lokasi pemulangan./p>
Anda boleh mnyemak sama ada kereta tersebut didatangi dengan pemandu dengan menekan “Lihat” di halaman carian.
Jika pemandu tidak disediakan, anda boleh memohon dengan e-melkan ke enquiry@easybook.com dan kami akan melakukan yang terbaik untuk memberikan anda pemandu.
Tidak, tidak pada masa ini.
Syarikat kereta akan menghubungi anda dengan maklumat bagaimana untuk mendapatkan kereta anda dalam masa 48 jam pengesahan tempahan, jadi sila pastikan maklumat anda (telefon dan email) adalah benar sebelum membuat pesanan. Anda juga boleh mencari talian syarikat kereta tersebut di dalam e-mel ringkasan tempahan, jika anda perlukan lebih banyak maklumat lanjut dari mereka.
Biasanya, syarikat kereta sewa akan manghantar kepada anda di lokasi yang diberikan seperti hotel, lapangan terbang, terminal bas dan stesen kereta api.
Ini bergantung kepada syarikat. Setiap syarikat mempunyai polisi yang berlainan. Walau bagaimanapun, semua syarikat membenarkan pemulangan kereta di tempat yang sama dengan lokasi pengambilan.
Sesetengah syarikat kereta membenarkan pemulangan kereta di tempat berlainan tetapi caj mungkin akan dikenakan. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan, sila baca T&S syarikat di halaman pembayaran sebelum anda tekan untuk “Bayar Sekarang".
Tidak semestinya. Ianya boleh berlainan, bagaimanapun tertakluk kepada polisi syarikat tersebut.
Sesetengah syarikat kereta membenarkan pemulangan kereta di tempat berlainan tetapi caj mungkin akan dikenakan. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan, sila baca T&S syarikat di halaman pembayaran sebelum anda tekan untuk “Bayar Sekarang".
Ya, anda boleh menempah sehala dan perlu memulangkan di lokasi yang sama.
Anda perlu menghubungi syarikat kereta sewa tersebut untuk melihat sama ada anda boleh menukar lokasi pemulangan. Anda boleh melihat talian mereka di ringkasan tempahan.
Sebarang perubahan kepada tempahan boleh menyebabkan caj tambahan oleh syarikat.
Anda perlu menghubungi syarikat sewaan kereta tersebut untuk menyemak polisi mereka. Anda boleh mencari talian mereka di ringkasan tempahan.
Tidak, insurans tidak termasuk. Walau bagaimanapun kebanyakan syarikat menawarkan Collision Damage Waiver untuk mengurangkan kesusahan kepada pelanggannya. Sila baca T&S dengan berhati-hati.
Disarankan untuk membeli insurans perjalanan. Easybook tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan atau kerosakan yang mengakibatkan pembatalan perjalanan, kehilangan bagasi, kemalangan, kecederaan atau kesakitan.
Jika anda mempunyai insurans perjalanan, sila semak jika ianya dilindungi oleh kemalangan. Anda juga perlu melaporkannya kepada pihak polis.
Bergantung kepada mata wang & lokasi. Kami menyokong banyak pembayaran yang terkini untuk keselesaan anda seperti kad kredit dan PayPal. Di laman semak keluar, anda boleh melihat pelbagai pilihan pembayaran yang disediakan.
Bergantung kepada syarikat. Sesetengah syarikat memerlukan kaedah pembayaran yang seperti ini. Ianya akan dinyatakan sewaktu semak keluar jika syarikat mahukan anda membayar seperti yang tertera.
Jika benar, anda diperlukan untuk membuat peratusan pembayaran di Easybook.com, dan kemudian membayar yang lain sewaktu mengambil kereta.
Anda akan menerima ringkasan tempahan di e-mel anda yang menunjukkan pengesahan tempahan.
Jika anda tidak menerima e-mel ringkasan tempahan tersebut lebih dari 15 minit selepas menempah, sila e-melkan keenquiry@easybook.com.
Jika selepas 15 minit, sila e-melkan ke enquiry@easybook.com dan juga sila semak dengan akaun bank anda untuk melihat jika pembayaran berjaya dibuat atau tidak.
Bergantung kepada syarikat. Semak T&S di e-mel ringkasan tempahan. Jika ia tidak dinyatakan, ianya ialah tiada had.
Sila semak T&S di ringkasan tempahan. Biasanya, anda perlu membayar untuk jarak yang lebih yang anda telah digunakan.
Tempahan tidak boleh dipulangkan dan diubah.
Walau bagaimanapun, jika syarikat feri membatalkan perjalanan, tambang tiket anda akan dipulangkan.
Di www.easybook.com/ferry, sila pilih lokasi naik dan turun, tarikh dan masa, dan bilangan penumpang.
Kemudian di senarai keputusan, pilih perjalanan pilihan dan pilih tempat duduk anda.
Masukkan maklumat diri dan teruskan ke pembayaran.
Selepas pembayaran berjaya, kami akan menghantar ringkasan tempahan ke e-mel anda.
Anda boleh mencetak ringkasan tempahan anda atau muat turun di peranti mudah alih anda dan pastikan ianya boleh diperlihatkan ketika bertolak.
Anda memerlukan ia sama ada dalam cetakan atau eloktronik untuk diperlihatkan ketika bertolak.
Kami menyarankan anda mendaftar masuk dengan passport anda dan salinan ringkasan tempahan dan ambil pas perlepasan sekurang–kurangnya seawal sejam setengah sebelum berlepas.
Ya, kanak–kanak bawah 2 tahun perlu membeli tiket
Anda boleh membayar dengan Ringgit Malaysia (RM) atau Dollar Singapura (SGD).
Anda boleh membayar dengan Visa atau Mastercard, eNets atau PayPal.
Sila semak di e-mel ahli di www.easybook.com anda untuk melihat jika ianya ada di sana.
Jika ianya tiada, sila e-melkan ke enquiry@easybook.com secepat mungkin, bersama dengan alamat e-mel yang digunakan untuk tempahan, perjalanan bas, masa atau harga jadi kami boleh menghubungi anda semula.
Sila ambil perhatian, ianya akan mengambil masa sehingga 30 minit untuk ringkasan tempahan masuk ke alamat e-mel anda.
Jangan lupa untuk menyemak folder spam.
Senario: anda menerima e-mel yang mengatakan pembayaran anda berjaya, dan perlu menunggu sementara sebelum menerima ringkasan tempahan.
Sila semak e-mel ahli di www.easybook.com untuk menyemak jika ringkasan tempahan anda di sana.
Jika ianya tiada, sila e-melkan ke enquiry@easybook.com secepat mungkin, bersama dengan alamat e-mel yang digunakan untuk tempahan, perjalanan bas, masa atau harga jadi kami boleh menghubungi anda semula.
Tidak. Kami menyarankan anda untuk membeli insurans perjalanan sendiri.
Bergantung kepada syarikat yang anda naiki. Sila semak T&S syarikat feri di laman web mereka.
Maximum 9 tickets including children and infant you can purchase ticket.
For safety reasons, most carrier accept children above age of 8 days and under the age of 2 years, as on the date of travel. Infant policy may vary for different airlines, please contact the airline directly for more accurate information.
Prices may vary depending on the airline policy. Please contact the airline directly for more detailed information.
No extra seats may be booked for Infants. Infants cannot travel in their own seat and must be seated in an adult's lap.
Special Combo is specific for roundtrip booking, total ticket price will show at return trip with the best combo ticket price.
You should know that there are many people who want to buy tickets which cost the same as the price you want. If the price changed while you proceed, it means the tickets was booked by someone. You need to check your ticket price before you make payment. You are not allowed to cancel if you paid the ticket without check the price and received the confirmation ticket at the end.
If no trips shown, it means the selected trips are fully booked.
The most common allowed size of cabin baggage is 56cm x 36cm x 23cm and does not weight more than 7kg. Nevertheless, each airline may have different baggage allowances depending on airline policy. Should you check or contact the airline you plan to travel for detailed information.
Please contact airlines directly for the seats booking, fees and availability are subject to airline policy.
Before you proceed booking, please contact the respective airlines for more information due to rules for pregnant passengers are different in between airlines.
According to airline regulation, passenger below 18 years old is not allowed to travel alone and must be accompanied by an adult who is at least 18 years old.
Should you want to cancel or modify your ticket, you should contact us for further information. All the modifications or cancellations of flight ticket reservations are governed by the rules of the airlines company. You may also visit/contact respective airlines.
You must change or cancel each one-way flight individually. Changing or cancelling one flight in your roundtrip ticket will not automatically update or impact the other. Please contact each individual airline directly to change or cancel your flights. Should you check the charges of change or cancellation before you proceed.
Please contact us for further information. All the cancellations of flight ticket reservations are governed by the rules of the airlines company. Should you check the status of payment/booking before you proceed again.
No, we offer zero admin fee and zero transaction fee for your Visa/Mastercard payment on flight booking made at Easybook.com.
You will be received the confirmation ticket with confirmation code via the email address which you filled in while make the booking. You may also find it by log in to your member account and going to ‘My Booking History’.
Yes, you will be received an email with the tax invoice and confirmation ticket after the payment had verified.
You may pay by Visa or Mastercard, Online Banking or E-wallet. We have different payment options from different countries, we would ask that you check during the booking process what payment options are available to you. If your desired payment option is not shown, it may not be available for the country that you are departing from.
Yes, you will need to perform check in for your flight at counter or online check in through airline website. The airport check in counter usually open 2-3 hours before flight departure. We suggest you arrive at airport at least 2-3 hours before your departure time.
You may either provide your booking confirmation code or passport to check-in counter/auto check-in machine to get your boarding pass.
We suggest you contact directly to airline for further assistance.
If you want to confirm the departure time of your flight, we suggest you contact the airline or the airport in order to be accurately informed. We will make any possible effort to inform you in the event that somethings changed on your flight. Nevertheless, in case of bad weather conditions, airport’s or airline’s personnel strike etc, we strongly recommend that you contact directly the airline or the airport.
We will try to inform you for any changes before the date of departure so that you adjust your program to these changes. Please ensure that your contact number and email are correct, so that we can contact you successfully and a notification will be sent to you via the email address you filled in while make the booking.