Loading...

Public Holidays

Cuti Umum di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dan berlainan agama. Oleh itu, terdapat lebih banyak cuti umum di Malaysia berbanding kebanyakan negara lain. Cuti umum di negara ini adalah hari tidak bekerja yang secara rasmi diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada rakyat. Walau bagaimanapun, pengedaran dan tarikh cuti umum di Malaysia dikawal oleh undang-undang persekutuan setiap negeri seperti yang berikut:

  • Akta Hari Kelepasan 1951 (hanya dikenakan kepada Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia)
  • Ordinan Buruh Sarawak
  • Ordinan Buruh Sabah

Pada dasarnya, jikalau cuti umum jatuh pada hari kerja (Isnin hingga Jumaat) di dalam kalendar, hari itu berubah menjadi hari yang tidak bekerja. Pekerja dan pelajar biasanya tidak dikehendaki untuk pergi ke tempat kerja atau sekolah. Walau bagaimanapun, pekerja yang bekerja di sektor lain seperti peruncitan serta makanan dan minuman harus bekerja pada cuti umum. Ini kerana kebanyakan pusat-pusat membeli-belah dan tarikan utama dikehendaki untuk beroperasi pada hari cuti Malaysia.

Cuti umum dikenakan untuk semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, yang memulakan hari kerja pada hari Ahad dan bukan hari Isnin. Sekiranya cuti umum jatuh pada hari Sabtu di dalam kalendar, individu yang biasanya bekerja pada hari itu layak untuk cuti hujung minggu selama tiga hari. Tetapi jika cuti umum jatuh pada hari Ahad, penggantian diberikan pada hari berikutnya (Isnin). Dengan berbuat demikian, bilangan hari cuti Malaysia dalam setahun hasil daripada cuti umum akan kekal sama tanpa sebarang potongan hari.

Tempah tiket dengan Easybook

Easybook adalah platform tempahan dalam talian yang memudahkan anda membeli tiket pengangkutan untuk perjalanan ke mana-mana sahaja destinasi menarik di Malaysia! Jimat masa berharga menerusi tempahan dalam talian tanpa membeli tiket di kaunter. Sempena cuti umum Malaysia yang akan datang ini, pastikan anda mengikuti semua akaun media sosial Easybook untuk mendapatkan perkembangan terkini serta diskaun dan harga promosi tiket sepanjang tahun.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.