Miri adalah sebuah bandar yang terletak di bahagian selatan Sarawak, di kepulauan Borneo. Ekonomi dan pembangunan di bandar ini dipengaruhi oleh sektor petroleum dan industri gas. Perancangan bandar Miri termasuklah pusat komersial dan kawasan perumahan. Sektor perniagaan disini menawarkan bangunan pejabat, rumah kedai dan institusi kewangan yang menyumbang kepada ekonomi setempat. Hal ini menyumbang kepada pilihan tempat tinggal yang pelbagai bagi populasi penduduk ramai.
Bandar ini mempunyai kemudahan pendidikan dan kesihatan dengan adanya sekolah, universiti, hospital dan pusat perubatan yang memenuhi keperluan dan kehendak penduduk. Kemudahan utiliti seperti elektrik dan bekalan air bersih membantu melengkapkan fungsi bandar.
Sebelum ini, Miri mempunyai terminal bas iaitu Terminal Bas Ekspres Miri yang terletak di Pujut Corner. Namun kini, terminal ini telah diperbaharui dengan nama Terminal Bas Miri Sentral yang terletak di lokasi yang berbeza. Penambahbaikan fasiliti ini adalah untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik bagi penumpang yang datang dari Miri atau sebaliknya. Pembaharuan ini adalah sebuah langkah positif dalam pembangunan infrastruktur bandar bagi memberi kemudahan kepada para penumpang dan pengguna terminal.
Miri Sentral berhubung dengan Jalan Miri By Pass. Lokasi utama ini memberi kemudahan dan akses yang baik bagi pengangkutan dari dan ke terminal. Hal ini menjadikan Miri Sentral mudah diakses oleh para penumpang dan pengguna. Sama ada mereka datang dari dalam bandar atau dari kawasan berdekatan, mereka boleh terus ke hub pengangkutan di Miri ini.
Kawasan sekitar dan daya tarikan:
Terminal Bas Miri Sentral
Alamat: Jalan Miri By Pass, 98000 Miri, Sarawak
No.tel: -
GPS: 4.36700,114.00779
Pilihan Pengangkutan | Bagaimana Ingin Ke Sana |
Kereta |
|
Kereta Sewa |
|
Penerbangan |
|
Teksi |
|
Jalan Miri By Pass, 98000 Miri, Sarawak