Terminal Bersepadu Gombak (TBG)
Terminal Bersepadu Gombak (TBG) merupakan terminal bersepadu utama di daerah Gombak yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih selesa dan efisien. Bertumpu di lokasi yang strategik sebagai titik permulaan bagi perjalanan ke negeri-negeri Pantai Timur seperti Pahang, Terengganu, Kelantan, serta ke kawasan Genting Highlands.
Lokasi yang terletak berhampiran dengan LRT Laluan Kelana Jaya, Plaza Tol Gombak dan tarikan-tarikan seperti Batu Caves, Terminal Bersepadu Gombak (TBG) ini telah menjadi titik permulaan perjalanan yang mudah dan strategik ke negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia, yang mana ia menyediakan lebih daripada 400 perjalanan bas pada setiap hari untuk ke destinasi yang diingini.
Bukan itu sahaja, terminal ini juga menggabungkan konsep terminal pengangkutan awam bersama dengan pusat membeli-belah, menjadikannya sebagai satu daya tarikan yang baru di kawasan Gombak.
Cara ke Terminal Bersepadu Gombak (TBG)
Perkhidmatan Bas Ekspres dan LRT Laluan Kelana Jaya: Para pengunjung boleh tiba dengan mudah melalui integrasi perkhidmatan bas ekspres dan LRT Laluan Kelana Jaya.
Plaza Tol Gombak: Pintu masuk utama ke Lebuhraya Karak (KL–Karak Highway) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, memudahkan pengguna dari kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang ke terminal ini tanpa perlu memasuki pusat bandar.
Laluan Bas Popular
Bas dari Kuala Lumpur ke Kuantan
Bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu
Bas dari Gombak ke Genting Highlands
Bas dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands
Bas dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu
Operator Bas Popular
Adik Beradik
Aerobus
Ekspres Perdana
Resort World Genting
Darul Iman Express
Eltabina Express
Intercity
Kejora
LA Holidays
Mara Liner
Pancaran Matahari
Sani Express
The One Travel & Tours (Five Stars)
Tarikan Berdekatan
Batu Caves: Destinasi pelancongan terkenal di Selangor, terletak hanya beberapa minit dari terminal.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM): Kampus utama universiti terletak berhampiran terminal.
Kawasan kediaman berdekatan seperti Taman Melati, Taman Greenwood, dan Taman Sri Gombak menawarkan pelbagai kemudahan seperti restoran, kedai, dan stesen minyak.
Fasiliti di Terminal Bersepadu Gombak (TBG)
Terminal ini menggabungkan konsep terminal pengangkutan awam dan pusat membeli-belah, menawarkan:
Sistem tiket bersepadu yang boleh dibeli secara dalam talian atau di kaunter tiket secara fizikal.
Ruang menunggu yang berhawa dingin dan selesa.
Ruang menunggu berhawa dingin dan selesa.
Kawasan tempat letak kereta yang luas.
Kemudahan mesra pengguna termasuk tandas, surau, restoran, kedai serbaneka dan ruang menunggu yang selesa.
Integrasi mudah dengan pengangkutan awam seperti LRT, bas awam, dan teksi.
Jadi tunggu apa lagi? Lakukan perjalanan mudah dan cepat dari Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dengan Easybook, platform tempahan tiket bas no 1 dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara. Nikmati kemudahan membeli tiket bas ekspres ke pelbagai destinasi popular seperti Kuantan, Kuala Terengganu dan Genting Highlands dengan lebih pantas, lebih murah dan lebih selesa!