Loading...

Cuti Umum

Awal Muharram 2019

Awal Muharram atau juga dikenali sebagai sambutan Maal Hijrah, adalah menandakan hari pertama tahun baru bagi kalendar Islam, yang diiktiraf sebagai sambutan Hari Tahun Baru bagi orang Muslim. Di tarikh1 Muharram, cuti umum diisytiharkan buat seluruh rakyat Malaysia.

Tarikh Hari Hari Perayaan Negeri
1 September Ahad Awal Muharram Nasional
2 September Isnin Cuti Awal Muharram Nasional kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu

Fakta Tentang Awal Muharram

Selain daripada bulan Ramadhan, Awal Muharram dianggap sebagai bulan paling suci di dalam kalendar Islam bagi seluruh umat Islam di Malaysia. Mengikut sejarah Islam, pada 1 Muharram telah berlakunya perhijrahan (hijrah) oleh Nabi Muhammad (SAW) dari kota Mekah ke Madinah. Oleh itu, Tahun Baru Islam secara tidak langsung mewakili titik permulaan era Islam yang seiring dengan peristiwa hijrah itu sendiri.

Awal Muharram dianggap sebagai salah satu masa terbaik bagi penganut agama Islam untuk mendapatkan pengampunan dari tuhan, memupuk kesedaran diri dan untuk sentiasa berada di dalam keadaan yang damai. Semasa di hari sambutan, umat Islam dilarang untuk melakukan sebarang aktiviti tidak bermoral untuk menghormati bulan Awal Muharram yang mulia ini. Walaupun Awal Muharram hanyalah bermakna detik tibanya Tahun Baru Islam, tetapi pada bulan ini juga akan berlakunya perhimpunan agama secara besar besaran di kalangan saudara-saudara Muslim sendiri.

Berlainan daripada sambutan yang meriah pada Hari Tahun Baru di peringkat kebangsaan yang sering diraikan pada tanggal 1 Januari pada setiap tahun, Awal Muharram hanya dirayakan dengan amat bersederhana oleh umat Islam. Perayaan Awal Muharram pada kebiasaannya hanya melibatkan perbuatan-perbuatan amal dan sesi bacaan doa yang menenangkan.

Makanan Tradisional Awal Muharram

Semasa perayaan Awal Muharram di Malaysia, telah menjadi tradisi bagi umat Islam untuk berkumpul beramai ramai untuk menyediakan hidangan khas yang dikenali sebagai bubur Asyura. Hidangan bubur ini kaya dengan pelbagai jenis herba, rempah-ratus, bersama dengan bubur yang manis dan kekacang yang biasanya dimasak oleh sukarelawan di dalam kuali atau periuk yang besar.

Setelah siap dimasak, bubur ini akan dibungkus ke dalam plastik-plastik kecil untuk diedarkan dan disajikan kepada mereka yang menyambut hari cuti Awal Muharram. Pada hari ke-10 Muharram, kebanyakan umat Islam akan berpuasa daripada awal pagi hingga lewat petang; maka bubur manis adalah semestinya salah satu sumber tenaga yang terbaik bagi tubuh mereka.

Tradisi Hari Awal Muharram

Perayaan Awal Muharram di Malaysia melibatkan perhimpunan keagamaan untuk umat Islam membincangkan dan berkongsi makna ayat-ayat Al-Quran di kalangan mereka berdasarkan kepercayaan Islam serta pengetahuan mereka sendiri. Sejak bertahun lamanya, kegiatan kerja sukarelawan dan aktiviti derma secara tradisinya sentiasa diamalkan ketika sambutan hari Awal Muharram. Amalan-amalan baik ini juga amat digalakkan untuk dipraktikkan oleh umat-umat Islam pada era ini.

Pada hari sambutan ini, telah menjadi tradisi untuk orang-orang Muslim untuk berselawat ke atas nabi mereka dan sebahagian besar daripada mereka akan berpuasa secara sukarela. Masyarakat Islam juga akan melawati masjid-masjid berhampiran berhampiran untuk melaksanakan solat khas sempena Awal Muharram. Kebanyakan daripada umat Islam akan tetap berada di masjid selepas sesi bacaan doa berakhir untuk mengambil bahagian di dalam sebarang aktiviti-aktiviti keagamaan yang disediakan. Oleh kerana sesi doa dan khutbah akan diadakan di masjid-masjid awam, kawasan-kawasan ini akan menjadi amat sesak sehingga lewat malam.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.