Loading...

Cuti Umum

Hari Chap Goh Mei 2019

Hari Chap Goh Mei disambut pada hari ke-15 Tahun Baru Cina yang juga merupakan hari terakhir untuk perayaan besar ini. Walau bagaimanapun, Chap Goh Mei Malaysia tidak diklasifikasikan sebagai cuti umum tahunan. Ia hanya disambut sebagai amalan dan adat setiap tahun oleh kaum Cina.

Tarikh Hari Sambutan
19 Feb Selasa Chap Goh Mei

Maksud Perayaan Chap Goh Mei

Mungkin ramai akan bertanya “Apa itu Chap Goh Mei?” Apakah kepentingan sambutan ini selepas Tahun Baru Cina? Terdapat banyak fakta menarik mengenai hari terakhir Tahun Baru Cina ini. Walaupun tiada cuti Chap Goh Mei, adat sambutan Chap Goh Mei tetap dipraktikkan di kalangan orang Cina. Pertama sekali, Chap Goh Mei merupakan istilah Hokkien bermaksud ‘malam ke-15 tahun baru’, manakala dalam Mandarin, ia dipanggil sebagai Yuan Xiao Jie yang memberi makna ‘Perayaan Tanglung’.

Hari Chap Goh Mei juga dikenali sebagai 'Valentine’s Day’ versi Cina dan Festival Tanglung. Menurut mitos dan tradisi sambutan Chap Goh Mei, wanita yang belum berkahwin akan melontar buah limau Mandarin bersama nama dan nombor telefon tertulis di buah itu ke dalam sungai untuk mencari pasangan hidup. Dipercayai bahawa jika buah tersebut dijumpai dan dikutip oleh seseorang, wanita berkenaan akan mempunyai peluang untuk dapat suami yang baik. Di Malaysia, tradisi ini dapat disaksikan di Esplanade, Pulau Pinang di mana ada pertandingan diadakan setiap tahun untuk para lelaki ambil buah limau Mandarin yang dilontarkan oleh gadis-gadis dari bot.

Seperti Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei disambut dengan penuh kemeriangan dan kebahagiaan. Ahli keluarga dan saudara-mara akan berkumpul untuk makan dan berdoa untuk terima keberkatan dari tuhan. Rumah juga akan dihiasi dengan lampu-lampu untuk menggambarkan suasana riang perayaan Chap Goh Mei sebagai tanda penghujung perayaan Tahun Baru Cina.

Juadah Hidangan Chap Goh Mei

Makanan yang disajikan semasa hari Chap Goh Mei kebiasaannya sama seperti juadah yang dihidangkan untuk Tahun Baru Cina. Antaranya ialah Yee Sang, pangsit dan Tang Yuan. Setiap keluarga mungkin melayani juadah yang berbeza, tetapi sambutan ini tetap dirayakan dengan meriah oleh ahli keluarga dan rakan-rakan.

Hidangan Yee Sang melambangkan simbol kemakmuran di mana ia dihidangkan dengan pelbagai jenis ramuan dan bahan seperti ikan mentah, sayur-sayuran, lobak, kacang tanah, biji wijen, serbuk rempah dan banyak lagi. Gabungan ramuan-ramuan ini akan menghasilkan rasa dan tekstur makanan yang lazat. Pangsit Cina ialah adunan gandum yang dimasak atau dikukus dengan inti daging dan sayur. Tang Yuan pula ialah sejenis pencuci mulut Cina yang dibuat daripada tepung beras yang di campur dengan kuah manis untuk meraikan penutupan Tahun Baru Cina.

Tradisi Chap Goh Mei

Rumah-rumah akan dihiasi dengan lampu yang terang serta tanglung merah sebagai tanda pengakhiran Tahun Baru Lunar ini. Tokong-tokong cina akan dipenuhi orang untuk memohon keberkatan sempena tahun baru.

Beberapa bandar di Malaysia menawarkan persembahan kebudayaan seperti pesta tanglung, tarian singa dan perarakan Chingay. Seperti yang telah dijelaskan, melontar buah limau Cina ke dalam sungai merupakan sebahagian daripada tradisi Chap Goh Mei juga. Oleh itu, ramai wanita yang belum berkahwin akan mematuhi adat ini dengan harapan untuk memperolehi pasangan hidup yang sesuai.

Perayaan Chap Goh Mei

Salah satu cadangan bagi mereka yang ingin melihat suasana pesta Chap Goh Mei boleh membuat lawatan ke Tokong hean Hou di Kuala Lumpur. Dengan beribu-ribu pelawat datang setiap tahun, tokong ini akan meriah dengan lampu, tarian singa dan pelbagai aktiviti lain lagi sempena Pesta Tanglung ini.

Selain melawat tokong, Pulau Pinang juga merupakan satu tempat yang mempamerkan sambutan Chap Goh Mei setiap tahun di persiaran tepi laut Esplanade. Selain daripada persembahan kebudayaan tradisional, pelawat juga dapat menyaksikan wanita cina yang masih belum berkahwin melakukan adat lontaran buah limau Cina ke dalam sungai.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.