Keturunan Cina adalah sebahagian daripada populasi di Malaysia dimana mereka mewakili kumpulan etnik kedua terbesar selepas majoriti Melayu; Oleh itu, Tahun Baru Cina dirayakan dengan meriah di negara ini setiap tahun dan diiktiraf sebagai cuti nasional.
Tarikh | Hari | Hari Perayaan | Negeri |
---|---|---|---|
5 Febuari | Selasa | Tahun Baru Cina | Nasional |
6 Febuari | Rabu | Tahun Baru Cina | Nasional |
Tahun Baru Cina adalah salah satu perayaan yang paling menarik di dunia, dan ia sentiasa menjadi musim percutian yang penting di Malaysia. Perayaan ini disambut pada hari pertama Kalendar Lunar Cina oleh lebih kurang satu perempat daripada penduduk di negara ini. Tarikh Raya Cina 2019 jatuh pada 5 dan 6 Febuari, yang merupakan cuti umum bagi semua rakyat Malaysia.
Setiap tahun, perayaan ini dinamakan sempena salah satu daripada 12 haiwan Zodiak Cina, dan untuk Tahun Baru Cina 2019, ia adalah tahun khinzir. Cuti Thun Baru Cina di Malaysia biasanya dirayakan selama 15 hari berturut-turut, di mana tiga hari pertama adalah hari yang paling meriah dan penting. Juga dikenali sebagai "Festival Musim Luruh" dan "Tahun Baru Lunar", perayaan ini secara tradisinya merupakan waktu paling sesuai untuk menghormati tempat kediaman dan dewa-dewi surgawi.
Sama seperti perayaan yang lain di negara ini, Tahun Baru Cina adalah masa untuk berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang. Perayaan ini disambut di seluruh pelusuk dunia terutama sekali di negara-negara yang mempunyai populasi masyarakat Cina yang tinggi. Ini termasuklah negara Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Kemboja.
Mengikut tradisi lama, jamuan makan di malam Tahun Baru Cina adalah amat penting dan tetamu akan dihidangkan dengan masakan yang berunsurkan daging dan ikan yang dipercayai sebagai simbol bertambahnya pendapatan. Pada era yang lebih moden ini, ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk memeriahkan majlis makan malam tahun baru yang juga dikenali sebagai "Nian Ye Fan". Untuk Tahun Baru Cina 2019, meja makan akan dipenuhi dengan pelbagai jenis masakan Cina yang lazat, buah oren Mandarin dan santapan Yee Sang yang terkenal.
Yee Sang adalah sejenis hidangan tradisional yang diperbuat daripada ikan salmon yang dihiris mentah, sayur-sayuran jeruk, kacang tanah dan perencah perencah yang lain. Ianya juga merupakan sejenis salad ikan yang penuh dengan perisa yang enak. Hidangan ini akan digaulkan bersama oleh semua tetamu di meja makan setinggi yang mungkin di udara sambil mengucapkan kata-kata selamat datang bagi tahun baru yang bakal menjelma. Adalah dipercayai bahawa semakin tinggi hidangan ini diangkat ketika digaul; lebih banyak kebaikan akan berlaku di dalam kehidupan.
Daun bawang, yang merupakan sejenis sayuran dan kek lobak putih juga merupakan antara makanan popular yang biasanya disediakan sebagai makanan buat Tahun Baru Cina. Nama hidangan-hidangan ini di dalam bahasa Kantonis seiring dengan perkataan "kekayaan" dan "peringkat kejayaan yang baru". Oleh itu, Tahun Baru Cina 2019 akan lebih meriah dengan adanya hidangan-hidangan ini yang dipercayai mampu membawa kemakmuran dan takdir yang lebih baik.
Bagi sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia, ianya telah menjadi kebiasaan bagi mereka yang menyambut perayaan ini untuk mempraktikkan konsep rumah terbuka di kediaman masing masing. Rumah-rumah terbuka ini boleh dikunjungi oleh seluruh masyarakat di negara ini tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.
Selain menjadi masa yang terbaik untuk meluangkan masa berkualiti bersama orang yang tersayang, perayaan Tahun Baru Cina juga disertai dengan pelbagai tradisi dan ritual untuk menjadikan sambuntannya lebih bermakna. Amalan kebiasaan yang telah menjadi tradisi semasa Tahun Baru Cina adalah proses pembersihan rumah dan sesi mendekorasi rumah.
Ini biasanya mengambil tempat beberapa hari sebelum perayaan, di mana keluarga akan menjalankan sesi pembersihan menyeluruh bagi kediaman mereka, sementara pintu dan tingkap dihiasi dengan lampu-lampu yang berwarna merah. Di dalam proses permbersihan ini, lantai perlu disapu, dan perabot harus dibasuh dengan niat untuk membuang sebarang nasib malang yang masih ada daripada tahun-tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, apabila Hari Raya Cina tiba, lantai tidak boleh lagi disapu, kerana tindakan ini dipercayai dapat membuang segala takdir yang baik keluar daripada rumah.
Pada hari perayaan, ianya telah menjadi tradisi bagi setiap keluarga yang beragama Buddha untuk melawati saudara-mara dan rakan-rakan. Mereka yang lebih berumur akan memberikan Ang Pow (paket merah yang mengandungi wang ringgit) kepada kanak-kanak yang melawati rumah mereka. Semasa Tahun Baru Cina 2019, penduduk di negara ini perlu bersiap sedia untuk menyaksikan tarian singa dan naga yang berwarna warni di kawasan perumahan dan kedai-kedai. Persembahan ini dikatakan dapat membawa kedamaian dan juga menakutkan roh-roh jahat.
Jika pelancong-pelancong memilih untuk mengembara Malaysia semasa Cuti Raya Cina 2019 ini, berikut adalah beberapa cadangan tempat-tempat menarik untuk mereka kunjungi:
Bandar Georgetown di Pulau Pinang adalah tempat yang amat disyorkan untuk diterokai semasa Tahun Baru Cina 2019. Di sini, pelawat akan berpeluang untuk mengunjungi kuil-kuil lama yang dihiasi dengan dekorasi-dekorasi unik yang hanya bertempat di seberang jalan. Daya tarikan pelancong yang terkenal di bandar ini adalah Kuil Kek Lok Si yang menawarkan pelbagai aktiviti, persembahan dan sambutan yang hebat buat pelawatnya semasa perayaan Tahun Baru Cina. Kuil ini juga akan menyalakan tanglung-tanglung Cina yang berwarna merah di hari sambutan.
Jika anda seorang pencinta makanan, lawatan ke kota Ipoh akan menjadi pilihan terbaik semasa Cuti Raya Cina 2019. Banyak gerai dan restoran milik penjaja Cina disediakan untuk para pengunjung untuk menikmati masakan-masakan yang lazat dan segar. Kebanyakan masakan yang akan dihidangkan di bandar Ipoh semasa hari perayaan akan secara tidak langsung mempamerkan sedikit sebanyak campuran kebudayaan Melayu, Cina dan India, yang amat memuaskan.
Pelancong sudah tentul sekali perlu melawat Chinatown bersama anak anak di Petaling Street jika mereka memilih untuk meneroka Kuala Lumpur semasa cuti sekolah Tahun Baru Cina 2019. Ini terutamanya buat mereka yang gemar menonton tarian singa dan tarian naga. Pada beberapa hari pertama sambutan, pelawat akan dapat menyaksikan sendiri persembahan tarian singa di kedai-kedai dan pusat membeli-belah di kawasan ini. Chinatown juga akan dihiasi dengan dekorasi-dekorasi bertemakan warna merah yang amat indah.
Jika pengembara ingin menikmati perjalanan tanpa stress dan lancar bagi cuti Tahun Baru Cina 2019, mereka dinasihatkan untuk mengamalkan beberapa petua-petua perjalanan jarak jauh untuk mengelakkan sebarang isu yang tidak diingini. Pelancong harus menempah tiket penerbangan, bas, feri atau tiket kereta api seawal yang mungkin sebelum tarikh rasmi Hari Raya Cina tiba untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Bagi mereka yang mengembara jarak jauh, pakaian yang selesa haruslah dipilih untuk keselesaan yang maksima ketika perjalanan.
Adakah anda bersedia untuk melancong ke destinasi kegemaran anda di Malaysia bagi Tahun Baru Cina 2019? Untuk menjadikan pengalaman perjalanan anda lebih cepat dan mudah diakses, Easybook membantu pelancong tempatan dan juga antarabangsa untuk membuat tempahan dalam talian bagi pengangkutan pilihan mereka tanpa perlu melalui sebarang proses yang rumit. Tempah tiket anda hari ini untuk meneroka tempat-tempat menarik bersama yang tersayang di Easybook!