Loading...

Cuti Umum

Pengisytiharan Kota Bersejarah Melaka 2019

Pada tahun 2008, UNESCO mengisytiharkan Melaka sebagai salah satu daripada Tapak Warisan Dunia yang berharga, di mana perisytiharan itu mengiktiraf pengaruh Asia dan warisan multikultural dari Eropah yang terdapat di Kota Melaka dan juga di atas aktiviti perdagangan yang telah berlaku antara kawasan Timur dan Barat selama tempoh 500 tahun di perairan Selat Melaka.

Tarikh Hari Hari Perayaan Negeri
15 April Isnin Pengisytiharan Kota Bersejarah Melaka Melaka

Fakta Tentang Melaka Bandar Bersejarah

Pengisytiharan Kota Bersejarah Melaka atau juga dikenali sebagai cuti Melaka Bandaraya Bersejarah disambut pada setiap tahun sejak tahun 2008 oleh semua warga penduduknya sebagai cuti umum. Melaka telah dinaiktaraf sebagai lokasi pilihan percutian utama di Malaysia bagi pelancong-pelancong oleh kerana warisannya yang unik, pelbagai tapak-tapak bersejarah untuk dilawati dan masakan Nyonya yang enak lagi popular.

Negeri Melaka diiktiraf sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2008 kerana bandar ini mempamerkan tahap awal sejarah yang berasal dari zaman kesultanan Melayu di abad ke-15. Nilai sejarah semasa zaman jajahan dari negara Portugis dan Belanda dapat dilihat sepanjang jalan-jalan di Melaka. Semua sekolah dan perniagaan di negeri ini tidak akan beroperasi di tarikh hari sambutan cuti Melaka Bandaraya Bersejarah kerana ianya adalah hari cuti bagi semua penduduk umum.

Pengisytiharan Melaka Bandar Bersejerah diharapkan dapat menarik lebih banyak pelancong ke Melaka kerana negeri ini mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik untuk diterokai oleh pelawat tempatan mahupun antarabangsa. Kecantikan seni bina dan budaya yang merentasi bandaraya ini yang berkait rapat dengan sejarah negara sejak semasa Zaman Kesultanan Melaka lagi pasti tidak akan mengecewakan. Oleh itu, melawati Melaka semasa cuti Hari Bersejarah Melaka 2019 pada bulan April adalah pilihan yang baik terutama sekali buat pencinta sejarah-sejarah lama.

Sejarah Kota Melaka

Pada abad ke-14, bandar Melaka dikenali sebagai kampung nelayan seorang putera bernama 'Parameswara' yang melarikan dirinya dan mengembara sepanjang perjalanan dari Sumatera dan mendarat di sepanjang persisiran pantai Melaka. Legenda lama menceritakan bahawa putera Parameswara sedang berehat di bawah pokok dimana di ketika itu dia telah melihat seekor rusa teleh menendang anjingnya ke dalam sungai, dan membuat dirinya sedar bahawa tempat itu mempunyai tuah yang amat baik. Dia kemudiannya membuat keputusan untuk membuka sebuah kedai dan menamakan tempat itu berdasarkan nama pokok dimana dirinya berehat sebelum ini, iaitu pokok Melaka.

Pada masa yang sama, bandar Melaka pada masa itu sedang memonopoli laluan perdagangan serta industri dengan lokasinya yang amat strategik dimana ianya terletak diantara negara China dan India. Bandar ini berkembang pesat dan menjadi sebuah pusat perdagangan yang terkenal bagi para pedagang dari seluruh Asia termasuklah pedagang-pedagang dari negara India, China dan Arab.

Oleh kerana ramai pendatang Cina menetap di bandar ini untuk menjalankan kegiatan perdagangan, budaya Peranakan kemudiannya secara tidak langsung wujud di Melaka. Penduduk Cina yang telah berkahwin dengan penduduk berketurunan Melayu tempatan telah menghasilkan keturunan Baba Nyonya Melaka. Pada zaman moden, cuti Melaka Bandaraya Bersejarah biasanya dirayakan oleh penduduk tempatan tanpa mengira kaum dan pelawat dari luar bandar dengan menjalankan beberapa aktiviti-aktiviti pelancongan yang menarik.

Fungsi UNESCO

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bertindak sebagai pembina rangkaian di antara negara-negara berlainan untuk membolehkan perpaduan antara mereka untuk tujuan pendidikan, membina pemahaman antara budaya, melindungi kebebasan bersuara dan lain-lain. Ditubuhkan pada tahun 1945, UNESCO telah menetapkan pelbagai tempat di seluruh dunia sebagai Tapak Warisan Dunia bagi melindungi kawasan-kawasan yang unik ini.

Bagi UNESCO, adalah penting untuk memastikan semua warisan dapat disampaikan ke generasi-generasi yang akan datang. Dengan mempromosi dan memartabatkan warisan semua jenis budaya, UNESCO dapat menguatkan ikatan di kalangan negara-negara yang berlainan di seluruh dunia. Oleh itu, hari Melaka Bandar Bersejarah 2019 dianggap sebagai peristiwa penting bagi kebanyakan penduduk yang tinggal di bandar ini sebagai satu tanda penghargaan terhadap kejayaan negeri mereka yang telah berjaya untuk disenaraikan sebagai salah satu daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.