Loading...

Deepavali

Cuti Deepavali 2019

Deepavali merupakan salah satu perayaan terbesar yang disambut oleh penganut agama Hindu. Sambutan ini diisytiharkan sebagai cuti umum untuk beberapa buah negara di dunia termasuk Malaysia.

Tarikh Hari Cuti Negeri
27 Oct Ahad Hari Deepavali Semua negeri kecuali Sarawak
28 Oct Isnin Hari Cuti Deepavali Semua negeri kecuali Kedah, Terengganu, Kelantan, Johor & Sarawak

Tentang Perayaan Deepavali

Dikenali sebagai ‘Pesta Cahaya,’ Diwali atau Deepavali ialah perayaan Hindu terkenal yang diraikan seluruh dunia. Tarikh cuti Deepavali berbeza-beza setiap tahun kerana ia ditentukan berdasarkan kalendar Hindu dan kebiasaannya ia akan jatuh pada bulan Oktober atau November. Perayaan Deepavali disambut setiap tahun untuk melambangkan “kemenangan cahaya dari kegelapan, kebaikan dari kejahatan dan pengetahuan dari kejahilan.” Cahaya menandakan penghapusan kegelapan untuk pencerahan, pengetahuan dan kejayaan.

Seperti perayaan lain, Diwali ialah hari untuk keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan untuk berkumpul bersama. Rumah dan kuil Hindu akan dihiasi dengan lampu minyak atau dikenali sebagai ‘diyas’ untuk memperingati perayaan ini. Deepavali disambut selama 5 hari untuk memberi penghormatan kepada Lakshmi, dewi Hindu yang menjadi simbol kekayaan dan kemakmuran. Maka, kebanyakan rumah akan dihiasi lampu untuk membantu Lakshmi mencari jalannya ke rumah-rumah yang bercahaya.

Juadah Hidangan Deepavali

Makanan India sangat digemari oleh ramai kerana rempah dan bahan-bahan unik lain yang digunakan dalam masakan. Di Malaysia, restoran India digelar sebagai “mamak” di mana ia menjadi satu tempat popular dan mudah untuk orang dari pelbagai bangsa makan bersama. Terdapat pelbagai jenis hidangan enak yang disajikan semasa perayaan Deepavali. Dari makanan berat hingga makanan ringan akan disediakan seperti Kari Dhal, Tosai, Bebola Minyak Sapi, Ladoo, Murukku dan Nasi Beriani.

Kari Dhal ialah sejenis sos sayuran yang dimakan dengan Tosai (lempeng India) dan Nasi Beriani. Kombinasi makanan terbaik ini menjadi kesukaan ramai untuk memenuhi selera perut yang lapar. Bebola Minyak Sapi dan Ladoo merupakan hidangan pencuci mulut tradisional India yang manis. Terdapat juga snek terkenal iaitu Murukku yang diadun dan dimasak dengan pelbagai rasa dan sentiasa dihidangkan sebagai snek penyambut tetamu di rumah.

Adat Perayaan Deepavali

Banyak tradisi yang diamalkan semasa musim perayaan ini. Untuk Deepavali Malaysia, penganut agama Hindu akan melaksanakan beberapa tradisi umum yang banyak diketahui oleh rakyat Malaysia. Selain daripada melawat saudara-mara dan mengenakan pakaian tradisional, orang Hindu akan mencahayai rumah mereka dengan barisan lampu dan lukisan ‘kolam.’

Kehadiran cahaya di setiap rumah main peranan penting semasa perayaan Deepavali untuk membeli petunjuk kepada tuhan Lakshmi. Seperti perayaan lain, rumah harus dibersihkan untuk memastikan kesucian tempat tersebut. ‘Kolam’ pula ialah hiasan Diwali yang dapat dilihat di banyak tempat, terutamanya pusat membeli belah. Ia merupakan bentuk lukisan yang direka dalam pelbagai corak dan dilukis dengan menggunakan tepung beras berwarna, kapur atau serbuk batu.

Tarikan Menarik untuk Lawati Sempena Cuti Deepavali

Memandangkan Deepavali jatuh pada hari Ahad, hari cuti Deepavali dibawa ke hari Isnin dan secara automatik memberi rakyat satu hujung minggu yang panjang. Ibu bapa bekerja dan anak-anak dapat merasai cuti sekolah sempena Deepavali selama 3 hari berturut-turut. Terdapat beberapa cadangan destinasi percutian menarik yang ditawarkan semasa cuti perayaan Deepavali, antaranya ialah:

Kuala Lumpur

Ibu kota Malaysia ini ialah tempat utama di mana banyak tarikan pelancong seperti Menara Berkembar Petronas, Menara KL, Bukit Bintang, Pasar Seni serta pelbagai jenis pusat membeli-belah dan muzium. Pelancong yang ingin menyaksikan kemeriahan dan perarakan perayaan Deepavali boleh pergi ke Little India di Brickfields, Kuala Lumpur di mana terdapat banyak kedai yang dikendalikan oleh kaum India menjual barangan dan makanan India. Batu Caves juga menjadi pusat tarikan di mana kuil dan patung Hindu ditempatkan di kompleks gua semula jadi. Pengunjung akan berpeluang untuk mempelajari budaya dan tradisi Hindu di gua ini.

Pulau Pinang

Pulau Pinang ialah destinasi percutian popular di Malaysia yang menawarkan pantai-pantai yang cantik, makanan lazat, tapak bersejarah dan pelbagai tarikan lain lagi. Dicadangkan untuk para pelancong menginap dua malam untuk menerokai pulau ini secara menyeluruh. Beberapa tarikan terkenal yang terdapat disini ialah Batu Feringhi, Kubu Cornwallis Pulau Pinang, Rumah Istana Cheong Fatt Tze, Tokong Nenek Moyang Han Jiang dan Old Georgetown yang akan menjadi lokasi strategik untuk bergambar.

Pahang

Kebanyakan rakyat Malaysia pasti akan buat perancangan percutian ke Pahang kerana negeri ini mempunyai alam semula jadi yang indah seperti hujan tropika, pulau, tasik air tawar, taman negara dan pusat peranginan. Pengunjung boleh melakukan aktiviti yang menyeronokkan di Pantai Cherating, Pulau Tioman, Tasik Chin, Genting Highlands, Bukit Fraser dan Taman Negara. Setiap tarikan menawarkan pengalaman percutian yang berbeza dan ia sangat sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.

Tips Perjalanan Semasa Hari Deepavali

Memandangkan tarikh perayaan Deepavali jatuh pada hari Ahad, maka cuti Deepavali akan digantikan pada hari Isnin. Secara langsung menjadikan cuti ini sebagai hujung minggu panjang. Untuk peroleh perjalanan yang lancar, pelancong perlu buat perancangan awal kerana ramai akan berlumba-lumba untuk pergi bercuti pada waktu yang sama.

Pada musim perayaan, kesesakan lalu lintas merupakan perkara yang biasa dan untuk cuti Deepavali kali ini, dijangkakan jalan akan menjadi sangat sibuk kerana ramai orang akan meluru ke lebuh raya utama dalam satu masa. Pelancong dinasihatkan untuk merancang dan menempah tiket perjalanan lebih awal atau ambil cuti dari kerja satu atau dua hari sebelum hujung minggu untuk melepaskan diri dari kesesakan jalan.

Tempah Tiket Sempena Cuti Deepavali Melalui Easybook

Hujung minggu yang panjang akan berlaku sempena cuti 2019 Deepavali kerana hari cuti tersebut dibawakan ke hari Isnin. Percutian 3 hari ini akan memberi peluang kepada ramai orang Malaysia untuk merancang perjalanan balik ke kampung atau pun percutian ke mana-mana destinasi yang mempunyai tarikan menarik.

Pembelian tiket perjalanan boleh dilakukan dengan mudah melalui perkhidmatan tempahan tiket dalam talian Easybook. Proses penempahan tiket dapat dilakukan dalam beberapa minit dengan mengikut beberapa langkah mudah sahaja. Nantikan promosi dan diskaun menarik yang akan ditawarkan sempena cuti perayaan Deepavali. Ikuti halaman media sosial Easybook untuk ketahui berita promosi secara langsung.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.