Loading...

Cuti Umum

Hari Federal Territory 2019

Di Malaysia, Hari Federal Territory atau Hari Wilayah Persekutuan disambut setiap tahun pada 1 Februari di mana hari tersebut diperuntukkan sebagai cuti umum bagi semua penduduk Kuala Lumpur.

Tarikh Hari Cuti Negeri
1 Feb Jumaat Hari Federal Territory (Hari Wilayah Persekutuan) Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

Mengetahui tentang Hari Federal Territory

Negara Malaysia yang moden dibentuk pada tahun 1963 di mana tarikh pembentukannya telah dikenali sebagai Hari Malaysia. Pada masa ini, bekas tanah jajahan British di Singapura dan negeri – negeri Timur Malaysia termasuk Sabah serta Sarawak telah disatukan bersama Persekutuan Tanah Melayu.

Sebelum menjadi ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur dahulunya merupakan sebahagian daripada negeri Selangor. Pada 1 Februari, Kuala Lumpur (KL) menjadi sebuah wilayah persekutuan empat hari setelah Perjanjian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditandatangani pada 28 Januari 1974. Wilayah persekutuan yang kedua ditubuhkan pada tahun 1984 apabila pentadbiran di Sabah menyerahkan Labuan kepada kerajaan persekutuan. Labuan mempunyai anggaran populasi penduduk sebanyak 100,000 orang terletak di bahagian selatan Kota Kinabalu. Negeri Labuan dikenali sebagai pusat kewangan pesisiran yang menawarkan pelbagai tarikan menjadikannya antara destinasi pelancongan yang menakjubkan.

Setelah Kuala Lumpur berkembang dengan pesat yang kemudiannya menjadikan bandar tersebut sebuah bandar yang sesak, sebuah bandar terancang yang baharu dikenali sebagai Putrajaya diwujudkan untuk dijadikan sebagai pusat pentadbiran negara Malaysia. Kerajaan Malaysia mengalihkan kerusi dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada tahun 1999 menjadikan Putrajaya sebagai wilayah persekutuan yang ketiga pada tahun 2001. Berjarak 25 kilometer dari Kuala Lumpur, Putrajaya direka untuk menghimpunkan pelbagai kementerian kerajaan sebagai alternatif untuk mencapai pentadbiran yang cekap serta berkembang. Pengumuman pengasingan kementerian – kementerian tersebut dari Kuala Lumpur juga dianggap sebagai satu usaha bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar serta membolehkan pelbagai kementerian menukar hartanah kerajaan menjadi pusat perkembangan komersial.

Ketiga – tiga wilayah persekutuan meraikan Hari Wilayah Persekutuan atau perayaan Federal Territory pada 1 Februari setiap tahun bagi menandakan penubuhan awal Kuala Lumpur sebagai sebuah wilayah persekutuan.

Aktiviti – Aktiviti pada Hari Federal Territory

Walaupun Hari Federal Territory hanya diraikan di tiga negeri utama, terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk dilihat dan disertai pada tahun 2019 semasa lawatan ke Malaysia pada sambutan hari tersebut.

Diraikan dengan penuh keseronokan, aktiviti – aktiviti semasa Hari Federal Territory termasuk pelbagai jenis persembahan, perarakan, pameran kebudayaan dan pertandingan serta permainan disertai bersama tembakan bunga api. Pertunjukan dan pameran kebudayaan yang dipaparkan adalah percuma tanpa sebarang bayaran kemasukan dikenakan.

Lokasi – lokasi hangat untuk pemandangan menarik semasa perayaan Federal Territory termasuk Menara Berkembar Petronas KLCC dan Dataran Merdeka. Setiap tahun, pelbagai acara akan diadakan di lokasi – lokasi yang unik untuk memperingati Hari Federal Territory.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.