Loading...

Cuti Umum

Hari Raya Haji 2019

Hari Raya Haji atau dikenali sebagai Hari Raya Aidiladha adalah sebuah perayaan yang disambut di Malaysia yang membawa maksud “perayaan pengorbanan”. Ia merupakan sebuah perayaan yang diperingati oleh komuniti Islam di seluruh dunia dan dianggap sebagai perayaan terbesar selain Hari Raya Aidilfitri.

Tahun Tarikh Hari Perayaan Negeri
2019 11 Ogos Ahad Hari Raya Haji Nasional
12 Ogos Isnin Cuti Hari Raya Haji Nasional

Fakta Tentang Hari Raya Haji

Hari Raya Haji disambut oleh komuniti Islam untuk memperingati peristiwa apabila Allah SWT muncul di dalam mimpi Nabi Ibrahim (Abraham) lalu memerintah baginda untuk mengorbankan anaknya Ismail (Ismael) untuk menunjukkan taatnya kepada Yang Maha Kuasa. Walau bagaimanapun, ketika Nabi Ibrahim hendak memulakan langkah, Allah SWT mendedahkan kepada baginda bahawa ianya adalah sekadar ujian semata, maka seekor kambing telah muncul untuk dijadikan korban. Oleh itu, sebagai simbolik dalam menghargai ketaatan Nabi Ibrahim kepada Allah SWT, umat Islam seluruh dunia akan menawarkan haiwan berkaki empat seperti kambing sebagai korban kepada Allah SWT dalam sambutan cuti raya haji. Haiwan tersebut akan disembelih mengikut sunnah Islam sebelum diedarkan daging kepada komuniti Islam di kejiranan terdekat.

Cuti Hari Raya Haji di Malaysia lebih dikenali sebagai Hari Raya Qurban. Tarikh Hari Raya Haji disambut kira-kira dua bulan selepas Hari Raya Aidilfitri, iaitu pada hari ke-10 Zulhijjah yang juga merupakan bulan ke-12 dalam kalendar Islam dan menandakan berakhirnya tempoh menunaikan Haji. Setiap tahun, berjuta umat Islam akan melawat tanah suci Mekah di Arab Saudi untuk menunaikan Haji yang juga sebahagian daripada Lima Rukun Islam, tetapi ianya hanya diharuskan untuk yang berkemampuan serta sihat tubuh badan sahaja. Apabila selesai tunaikan Haji, yang lelaki akan menerima gelaran “Haji” manakala wanita akan terima gelaran “Hajjah”.

Makanan tradisional Hari Raya Haji

Semasa musim perayaan ini, terdapat pelbagai aneka masakan tempatan yang dimasak khas untuk menyambut cuti raya haji di Malaysia. Diperkenalkan oleh komuniti zaman dahulu, makanan tradisi kaum Melayu di negara ini mencerminkan secara tidak langsung gaya hidup komuniti Muslim di Malaysia.

Sepanjang sambutan cuti Hari Raya Haji, kebanyakan makanan yang disediakan dimasak melalui pengagihan daging qurban pada hari tersebut. Peringati Hari Raya Haji 2019 ini dengan makanan tradisi seperti Rendang Daging, Daging Hitam, Sup Ekor, Satay Daging serta Asam Pedas Daging! Kesemua hidangan ini adalah lauk wajib pada cuti raya haji.

Tradisi Hari Raya Haji

Dalam komuniti Islam seluruh dunia, budaya yang pelbagai mempengaruhi setiap tradisi yang disambut untuk cuti Hari Raya Haji. Walau bagaimanapun, masyarakat Islam umumnya meraikan perayaan ini dengan bangun awal untuk ke masjid, tunaikan solat sambil memakai pakaian baru mereka. Selepas itu, keluarga dan kawan terdekat akan ziarah-menziarahi dan kemudian dilanjutkan dengan menikmati hidangan yang disediakan. Sebahagian dari daging yang diagihkan atau sejumlah wang akan diberikan kepada yang memerlukan supaya mereka juga dapat meraikan Hari Raya Haji.

Destinasi Menarik untuk Dikunjungi

Malaysia dikenali sebagai negara yang menawarkan pelancong dengan kepelbagaian budaya Asia. Berikut adalah beberapa contoh destinasi menarik untuk dikunjungi semasa cuti Hari Raya Haji 2019:

Kelantan

Pelancong boleh menghabiskan cuti hujung minggu mereka di Kelantan di mana cuti raya haji diraikan dengan lebih meriah di sana berbanding Hari Raya Aidilfitri. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai jenis kuih tradisional yang terdapat di Kelantan.

Melaka

Destinasi lain yang mendapat perhatian pelancong semasa cuti raya haji ini adalah bandar Melaka. Kunjungi bandar bersejarah Melaka yang dahulunya pernah menjadi pusat kuasa semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pelancong juga boleh melawat ke Istana Kesultanan Melaka, Chinatown, Little India, Portuguese Settlement, Dataran Pahlawan Megamall Melaka, Muzium Maritim serta Menara Taming Sari dan banyak lagi.

Tips Perjalanan

Oleh kerana Hari Raya Haji 2019 jatuh pada hari Ahad, maka hari Isnin secara rasminya akan menjadi cuti umum bagi rakyat Malaysia. Lazimnya, mereka akan mengambil cuti hujung minggu yang berlanjutan bermula dari hari Jumaat hingga hari Selasa pada minggu hadapan. Oleh itu, kesesakan lalu lintas tidak dapat dielakkan. Kehadiran orang ramai akan dijangkakan terutamanya di setiap hab pengangkutan utama seperti di lapangan terbang, stesen keretapi, terminal bas dan juga feri. Pastikan barang peribadi tidak berjauhan dengan anda untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan jarak jauh, seeloknya rancang perjalanan anda untuk memastikan perjalanan yang lancar. Contohnya, tambah nilai kad Touch ‘n Go lebih awal untuk elak daripada beratur panjang di plaza tol. Jangan lupa untuk membeli makanan ringan sebelum memulakan perjalanan kerana RnR cenderung untuk dipenuhi dengan orang ramai dari siang hingga malam. Memandangkan Malaysia mempunyai cuaca panas dan lembap sepanjang tahun, pakai pakaian yang selesa untuk keselesaan perjalanan jarak jauh.

Tempah Tiket bersama Easybook

Musim perayaan di Malaysia dijangka akan mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk walau dimana anda berada. Laburkan sedikit bajet anda untuk menikmati percutian yang selesa melalui perkhidmatan pengangkutan sedia ada untuk ke destinasi pilihan anda. Di Easybook, kami menyediakan pelbagai medium pengangkutan ke destinasi serata Malaysia dengan harga tiket yang berpatutan.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mengisi butiran yang diperlukan, buat pembayaran, dan anda telah bersedia untuk mulakan perjalanan. Ianya sangat mudah! Nikmati cuti Hari Raya Haji 2019 anda dengan menempah tiket di Easybook sekarang! Easybook mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada mereka yang menyambut.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.