Cuti umum negeri Kedah kebiasaannya sama seperti di negeri lain di Malaysia, kecuali ia mempunyai tiga cuti tambahan yang ditetapkan setiap tahun. Cuti-cuti tersebut ialah Hari Keputeraan Sultan Kedah, Israk & Mikraj dan Awal Ramadan. Tarikh Hari Keputeraan Sultan Kedah bergantung pada Sultan yang sedang bertakhta, manakala Israk & Mikraj jatuh pada hari ke-27 bulan Islam yang ketujuh (Rejab) dan Awal Ramadan pula merupakan hari pertama bulan puasa (Ramadan) yang disambut di Kedah.
Selain Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis juga meraikan Israk & Mikraj. Perayaan Islam ini disambut untuk memperingati malam di mana Allah membawa Nabi Muhammad ke Jerusalem dari Mekah sebelum membawa baginda naik ke langit. Umat Islam akan merayakan percutian ini dengan mengingati peristiwa Israk & Mikraj dalam sejarah Islam.
Tarikh cuti Kedah 2019 yang disenaraikan di bawah mungkin akan diubah suai jika ada pengumuman rasmi dikeluarkan mengenai hari cuti umum negeri Kedah.
Tarikh | Hari | Cuti |
---|---|---|
20 Jan | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Kedah |
5 Feb | Selasa | Tahun Baru Cina |
6 Feb | Rabu | Tahun Baru Cina Hari Kedua |
3 Apr | Rabu | Israk & Mikraj |
1 Mei | Rabu | Hari Pekerja |
6 Mei | Isnin | Awal Ramadan |
19 Mei | Ahad | Hari Wesak |
5 Jun | Rabu | Hari Raya Aidilfitri |
6 Jun | Khamis | Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua |
11 Ogos | Ahad | Hari Raya Haji |
12 Ogos | Isnin | Hari Raya Haji Hari Kedua |
31 Ogos | Sabtu | Hari Merdeka |
1 Sep | Ahad | Awal Muharram |
1 Sep | Ahad | Cuti Hari Merdeka |
9 Sep | Isnin | Hari Keputeraan YDP Agong |
16 Sep | Isnin | Hari Malaysia |
27 Okt | Ahad | Hari Deepavali |
9 Nov | Sabtu | Maulidur Rasul |
25 Dis | Rabu | Hari Krismas |
Dengan jumlah 19 cuti umum Kedah yang dijangka akan berlaku pada tahun 2019, warga Kedah boleh mula merancang percutian awal untuk mengelakkan kekecewaan pada saat akhir. Di Easybook, anda boleh menggunakan hari cuti dengan menempah bas, kereta api atau feri ke destinasi percutian anda di Malaysia.
Selain tiket pengangkutan, Easybook juga menyediakan khidmat kereta sewa, servis pemindahan penumpang dan pakej tour. Perjalanan antara bandar utama di Kedah dan negeri-negeri lain di Malaysia boleh dilakukan dengan mudah kerana Easybook menawarkan pelbagai laluan untuk pelancong. Mulakan perancangan cuti 2019 Kedah melalui Easybook hari ini dan nantikan berita menarik mengenai promosi hebat sempena musim cuti!