Loading...

Cuti Umum

Hari Pekerja 2019

Hari Pekerja merupakan cuti umum Malaysia yang diadakan setiap bulan Mei pada 1 hari bulan setiap tahun.

Tahun Tarikh Hari Hari Perayaan Negeri 
2019 1 Mei Rabu Hari Pekerja 2019 Nasional

Tentang Hari Pekerja

Pernah tertanya-tanya bagaimana Hari Pekerja bermula? Atau mengapa para pekerja diberikan hari cuti menjelang Hari Pekerja Malaysia? Hari Pekerja 2019 adalah satu-satunya masa untuk para pekerja menikmati waktu istirehat yang sewajarnya walaupun hanya satu hari. Hari Pekerja dianggap sebagai cuti umum tahunan demi memperingati pencapaian para pekerja di seluruh dunia, termasuk penubuhan gerakan 8 jam yang mencadangkan 8 jam untuk kerja, 8 jam untuk rekreasi, dan 8 jam untuk berehat. Pada masa dahulu, para pekerja sering dipaksa untuk bekerja sehingga 12 jam sehari dan 7 hari seminggu, lalu dengan demikian mendorong penubuhan Hari Pekerja.

Hari Pekerja Nasional adalah bersempena dengan Hari Pekerja Antarabangsa dimana ianya jatuh pada hari yang sama iaitu pada 1 Mei setiap tahun. Hari Pekerja Malaysia pertama kali diperkenalkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dengan harapan bahawa keputusan itu dibuat sebagai hari didedikasikan kepada para pekerja yang bekerja keras demi negara. Dikenali juga sebagai “May Day” di serata dunia, penduduk tempatan secara umumnya menghabiskan cuti Hari Pekerja mereka dengan melawat kaum keluarga, pergi bercuti atau menikmati masa lapang dengan bersantai di rumah. Hari Pekerja Malaysia turut kadang-kala terdapat perhimpunan awam yang diadakan oleh para pekerja.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.