Loading...

Cuti Umum

Cuti Umum Melaka

Hari kelepasan am Melaka secara umumnya sama seperti negeri-negeri lain di Malaysia. Walau bagaimanapun, ia mempunyai beberapa cuti khas lain yang dimasukkan dalam kalendar tahunannya iaitu Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah, Awal Ramadan dan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka. 

Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah merupakan cuti umum Melaka untuk merayakan penamaan bandar Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Cuti am ini disambut pada 15 April setiap tahun di mana perniagaan dan pejabat tidak beroperasi. Awal Ramadan ialah hari istimewa yang diisytiharkan sebagai cuti umum negeri Melaka untuk menyambut hari pertama bulan puasa dalam kalendar Islam (Ramadan). 

Oleh kerana Melaka tidak mempunyai Sultan, Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka dijadikan sebagai hari cuti am di negeri ini. Berdasarkan sejarah, dahulu Melaka merupakan bandar diraja, tetapi sistem monarki telah dihapuskan ketika Portugis mendominasi negeri Melaka pada abad ke-16. Tarikh cuti am Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka bergantung pada hari ulang tahun kelahiran gabenor Melaka yang terkini. 

Tarikh Cuti Umum Melaka 2019

Tarikh-tarikh cuti Melaka yang disenaraikan di bawah mungkin akan diubah suai jika terdapat sebarang pengumuman rasmi mengenai hari cuti am yang terlibat dengan cuti 2019 Melaka. 

Tarikh Hari Cuti
1 Jan  Selasa  Tahun Baru 
5 Feb   Selasa  Tahun Baru Cina 
6 Feb  Rabu  Tahun Baru Cina Hari Kedua 
15 Apr  Isnin  Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah 
1 Mei  Rabu  Hari Pekerja 
6 Mei  Isnin  Awal Ramadan 
19 Mei  Ahad  Hari Wesak 
20 Mei  Isnin  Cuti Hari Wesak 
5 Jun  Rabu  Hari Raya Aidilfitri 
6 Jun  Khamis  Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua 
11 Ogos  Ahad  Hari Raya Haji 
12 Ogos  Isnin  Hari Raya Haji Hari Kedua 
31 Ogos  Sabtu  Hari Merdeka 
1 Sep  Ahad  Awal Muharram 
2 Sep  Isnin  Cuti Awal Muharram 
9 Sep  Isnin  Hari Keputeraan YDP Agong 
16 Sep  Isnin  Hari Malaysia 
11 Okt  Jumaat  Hari Jadi yang di-Pertua Melaka 
27 Okt  Ahad  Hari Deepavali 
28 Okt  Isnin  Hari Cuti Deepavali 
9 Nov  Sabtu  Maulidur Rasul 
25 Dis  Rabu  Hari Krismas 

Tempah Tiket Sempena Cuti Umum Melaka melalui Easybook

Di Easybook, kini penduduk Melaka boleh memanfaatkan cuti mereka untuk pergi bercuti ke mana-mana destinasi percutian di Malaysia. Dengan sistem penempahan tiket dalam talian, pelancong boleh membeli tiket perjalanan dan guna servis online lain seperti sewa kereta, pemindahan penumpang dan pakej tour.

Easybook merangkumi pelbagai laluan destinasi popular di seluruh Malaysia, antaranya ialah Pulau Pinang, Langkawi, Genting Highlands, Johor Bahru dan banyak lagi. Proses tempahan amat mudah dan ia boleh dilakukan dalam masa beberapa minit sahaja. Layari laman web Easybook dan muat turun aplikasi mudah alih untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi dan laluan perjalanan pilihan anda!

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.