Loading...

Hari Malaysia

Hari Malaysia 2019

Hari Malaysia merupakan cuti umum tahunan yang diadakan setiap 16 September untuk meraikan pembentukan Persekutuan Malaysia.

Tahun Tarikh Hari Hari Perayaan Negeri 
2019 16 September Isnin Hari Malaysia Nasional

Tentang Hari Malaysia

Selain daripada sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Hari Merdeka, Hari Malaysia adalah satu hari yang bermakna diadakan pada setiap 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Sambutan Hari Malaysia menandakan penyertaan Malaya, Singapura dan Borneo Utara, yang termasuk Sabah dan Sarawak, dalam membentuk negara Malaysia. Walau bagaimanapun, Singapura telah meninggalkan persekutuan tersebut dua tahun selepas tarikh penubuhannya.

Ditetapkan sebagai cuti umum untuk negeri Sabah dan Sarawak, Hari Malaysia kini diiktiraf sebagai cuti umum kebangsaan yang diisytiharkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Hari Malaysia 2019 ini adalah hari penting yang diraikan untuk memupuk semangat patriotisme dan mengingatkan orang ramai tentang perjuangan zaman nenek moyang dalam mencapai kemerdekaan dan kebebasan yang diperoleh dengan begitu susah payah pada hari ini. Walaupun ianya mungkin ganjil untuk mempunyai dua “Hari Kebangsaan” yang berlainan, penyertaan Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) adalah wajib untuk diingati dan diraikan.

Oleh itu, adalah dengan memperingati Hari Malaysia boleh penduduk tempatan meraikan dan menghayati keindahan negara ini yang pelbagai bangsa dan agama dengan melalui penyertaan Sabah dan Sarawak serta Semenanjung dalam mewujudkan negara Malaysia. Selamat Hari Malaysia diucapkan kepada rakyat Malaysia daripada Easybook!

Aktiviti Menarik Hari Malaysia 2019

Pada sambutan Hari Malaysia, akan terdapat acara patriotik yang menyeronokkan serta mesra-keluarga yang diadakan di seluruh negara, dimana rakyat Malaysia boleh menyertai bersama orang tersayang pada Hari Malaysia 2019 ini. Sebagai contoh, anda boleh mengambil bahagian dalam acara amal, persembahan dan aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai penganjur serta beberapa bengkel termasuk festival seni yang dijalankan untuk memperkenalkan latar belakang budaya Malaysia yang pebagai bangsa.

Di samping itu, terdapat juga tayangan khas mengenai Hari Malaysia di pawagam berhampiran anda. Selain itu, terdapat jualan dan diskaun untuk meraikan Hari Malaysia 2019 di serata negara. Para pelancong boleh menikmati pertunjukan bunga api di pelbagai pusat bandar untuk mengakhiri sambutan Hari Malaysia yang bersejarah ini.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.