Loading...

Cuti Umum

Cuti Umum Negeri Sembilan

Cuti umum di Negeri Sembilan dijadualkan pada tarikh yang sama seperti cuti negeri-negeri lain di Malaysia, termasuk perayaan utama lain yang disambut di seluruh negara. Walau bagaimanapun, negeri ini mempunyai satu cuti umum tambahan iaitu Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar (YDPB) Negeri Sembilan. Negeri Sembilan ialah salah satu negeri di Malaysia yang tidak mengamalkan sistem monarki, jadi negeri ini tidak mempunyai Sultan kerana ia ditadbir oleh YDPB. Cuti umum Hari Keputeraan YDPB jatuh dan disambut pada setiap 14 Januari oleh penduduk Negeri Sembilan.

Tarikh Cuti Umum Negeri Sembilan 2019

Jadual di bawah menyatakan tarikh-tarikh rasmi cuti untuk tahun 2019 di Negeri Sembilan. Perlu diingatkan bahawa perubahan pada tarikh cuti boleh terjadi jika ada sebarang pengumuman rasmi dikeluarkan mengenai pengubahsuaian hari yang terlibat dengan cuti Negeri Sembilan 2019.

Tarikh Hari Cuti
1 Jan  Selasa  Tahun Baru 
14 Jan  Isnin  Hari Keputeraan YDPB Negeri Sembilan 
21 Jan  Isnin  Hari Thaipusam 
5 Feb   Selasa  Tahun Baru Cina 
6 Feb  Rabu  Tahun Baru Cina Hari Kedua 
3 Apr  Rabu  Israk dan Mikraj 
1 Mei  Rabu  Hari Pekerja 
19 Mei  Ahad  Hari Wesak 
20 Mei  Isnin  Cuti Hari Wesak 
5 Jun  Rabu  Hari Raya Aidilfitri 
6 Jun  Khamis  Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua 
11 Ogos  Ahad  Hari Raya Haji 
12 Ogos  Isnin  Hari Raya Haji Hari Kedua 
31 Ogos  Sabtu  Hari Merdeka 
1 Sep  Ahad  Awal Muharram 
2 Sep  Isnin  Cuti Awal Muharram 
9 Sep  Isnin  Hari Keputeraan YDP Agong 
16 Sep  Isnin  Hari Malaysia 
27 Okt  Ahad  Hari Deepavali 
28 Okt  Isnin  Hari Cuti Deepavali 
9 Nov  Sabtu  Maulidur Rasul 
25 Dis  Rabu  Hari Krismas 

Tempah Tiket Sempena Cuti Umum Negeri Sembilan melalui Easybook

Ambil kesempatan ini untuk ambil masa rehat dari bekerja dengan merancang percutian ke mana-mana destinasi di Malaysia semasa cuti 2019 Negeri Sembilan. Dengan sistem tempahan dalam talian yang disediakan oleh Easybook, pelancong dapat membeli tiket perjalanan dan mengguna perkhidmatan lain seperti pakej tour, kereta sewa dan servis pemindahan penumpang.

Dari utara hingga ke selatan Semenanjung Malaysia, pelancong dari Negeri Sembilan boleh merancang percutian mereka dengan merujuk laluan yang ditawarkan di Easybook. Anda hanya perlu mengambil beberapa langkah mudah untuk menempah tiket perjalanan dan yang paling penting, tempahan boleh dilakukan di mana dan bila-bila masa sahaja dengan sambungan internet yang baik. Layari laman web Easybook atau muat turun aplikasi mudah alih di telefon pintar untuk mula mencari perjalanan percutian anda.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.