Seperti negeri – negeri utama di Malaysia, Pulau Pinang atau Penang menyediakan pelbagai cuti umum untuk penduduknya bagi tahun 2019 ini. Penang sering dipenuhi dengan ramai orang terutama sekali semasa sambutan perayaan Tahun Baru Cina dan beberapa perayaan terkenal di Malaysia juga disambut di Pulau Pinang. Pada 7 Julai 2008, pusat bandar negeri tersebut dikenali sebagai Georgetown telah diisytiharkan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia yang telah mempengaruhi pentadbiran negeri untuk mewartakan cuti satu hari atas peristiwa tersebut. Sejak itu, Pulau Pinang menyambut Hari Warisan Dunia Bandar Georgetown pada 7 Julai setiap tahun di mana hari tersebut merupakan cuti umum bagi setiap warga Pulau Pinang.
Berikut merupakan senarai tarikh rasmi untuk cuti umum di Penang bagi tahun 2019. Adalah dinasihatkan untuk merancang semua perjalanan semasa musim perayaan terutamanya bagi perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.
Tarikh | Hari | Cuti |
---|---|---|
1 Jan | Selasa | Hari Tahun Baru |
21 Jan | Isnin | Thaipusam |
5 Feb | Selasa | Tahun Baru Cina |
6 Feb | Rabu | Tahun Baru Cina |
1 Mei | Rabu | Hari Buruh |
19 Mei | Ahad | Hari Wesak |
20 Mei | Isnin | Cuti Hari Wesak |
22 Mei | Rabu | Nuzul Quran |
5 Jun | Rabu | Hari Raya Aidilfitri |
6 Jun | Khamis | Cuti Hari Raya Aidilfitri |
7 Jul | Ahad | Hari Warisan Dunia Bandar Georgetown |
13 Jul | Sabtu | Hari Ulang Tahun Gabenor Pulau Pinang |
11 Ogos | Ahad | Hari Raya Haji |
12 Ogos | Isnin | Cuti Hari Raya Haji |
31 Ogos | Sabtu | Hari Merdeka |
1 Sep | Ahad | Awal Muharram |
2 Sep | Isnin | Cuti Awal Muharram |
9 Sep | Isnin | Hari Ulang Tahun Agong |
16 Sep | Isnin | Hari Malaysia |
27 Okt | Ahad | Deepavali |
28 Okt | Isnin | Cuti Deepavali |
9 Nov | Sabtu | Hari Ulang Tahun Nabi Muhammad |
25 Dis | Rabu | Hari Krismas |
Layari Easybook sekarang untuk menempah tiket perjalanan bagi percutian di Pulau Pinang dan nikmati cuti umum di Penang dengan melihat pemandangan bandar yang indah serta kesenian yang menakjubkan. Easybook menawarkan platform mudah untuk memulakan percutian dengan tempahan tiket bas, kereta api, feri serta menyediakan servis penyewaan kereta dan bas. Di samping itu, tiket juga boleh ditempah untuk perjalanan selain di Pulau Pinang menuju ke destinasi – destinasi menarik termasuk Ipoh, Genting Highlands, Langkawi dan ibu kota Kuala Lumpur. Teruskan ke Easybook hari ini dan tempah tiket perjalanan dengan mudah!