Loading...

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul 2019

Sebagai sebuah negara yang mempunyai majoriti penganut agama Islam, ramai rakyat Malaysia merayakan kelahiran Nabi Muhammad yang juga dikenali sebagai "Mawlid" atau "Maulidur Rasul". Maulidur Rasul 2019 akan diraikan pada 9 November.

Tarikh Hari Hari Perayaan Negeri
9 Nov Sabtu Maulidur Rasul Semua Negeri

Tentang Maulidur Rasul

Nabi Muhammad diyakini oleh seluruh umat Islam sebagai nabi terakhir atau ‘Rasul Allah’ kepada umat manusia. Umat Islam percaya bahawa Nabi Muhammad telah diutus oleh Tuhan untuk meneruskan wahyu yang sama yang disampaikan oleh nabi-nabi Yahudi dan Kristian sebelumnya. Nabi Muhammad diutuskan kepada bangsa Arab untuk menyempurnakan firman Tuhan kepada mereka terlebih dahulu sebelum menyebarkan Islam kepada seluruh umat manusia. Menurut kalendar Islam, kelahiran Nabi Muhammad jatuh pada 12 Rabiulawal pada tahun 570 Masihi.

Peristiwa terawal sambutan Maulidur Rasul bermula di Timur Tengah sebagai tanda penghormatan, 400 tahun selepas kematian Nabi Muhammad. Pada zaman moden, sambutan ini merangkumi perarakan di mana penganut Islam akan membaca pujian bagi Nabi Muhammad dari ayat-ayat dalam Al-Quran. Terdapat perspektif yang berbeza dalam komuniti Islam di seluruh dunia tentang keperluan untuk meraikan Maulidur Rasul, tetapi kebanyakan negara termasuk Malaysia menyambut Maulidur Rasul untuk memperingati peristiwa kelahiran Nabi Muhammad.

Tradisi Maulidur Rasul

Di Malaysia, Maulidur Rasul dirayakan di seluruh negara dengan pelbagai program seperti ceramah agama dan bacaan Al-Quran untuk menunjukkan rasa cinta terhadap Nabi Muhammad. Acara bermula dengan menunaikan solat subuh disusuli dengan pembacaan Al-Quran oleh umat Islam di masjid di seluruh negara. Setiap masjid dibersihkan terlebih dahulu untuk sambutan Maulidur Rasul.

Sambutan diadakan di pelbagai lokasi di seluruh negara. Untuk peringkat kebangsaan, sambutan Maulidur Rasul diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) beracarakan syarahan, bacaan suci ayat-ayat Al-Quran dan penganugerahan kepada individu terhormat di atas pencapaian serta sumbangan kepada masyarakat Malaysia. Sambutan rasmi di peringkat negeri dianjurkan dengan acara yang serupa.

Puncak sambutan Maulidur Rasul adalah perarakan besar-besaran. Para peserta akan melalui beberapa set laluan sambil berzikir dan membawa sepanduk. Makanan percuma turut diedarkan kepada semua yang hadir di akhir perarakan.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.